Bab 47

6.6K 363 18
                                    

Ash menekup mulut dan hidung Ariana dengan sapu tangan yang telah diletakkan chloroform sebaik sahaja keluar dari bilik air bilik itu. Ariana meronta-ronta. Kau ingat ini macam movie? Beberapa saat dah pengsang. Ini realiti, dey. Ambil masa sekurangnya tiga minit!

Selepas bergelut beberapa minit dengan Ariana, akhirnya Ariana pengsan. Ash menolak Ariana baring ke tepi. Peluh di dahi dilap. Boleh tahan kuat Ariana ni. Berpeluh dibuatnya.

Adam yang berdiri di belakangnya dipandang.

"Tergoda?" Tanya Ash dengan matanya menikam.

"Sikit," balas Adam dengan muka takutnya.

"Adam!" Marah Ash.

"What? Aku lelaki normal, Ash," kata Adam.

"Ada sentuh dia?" Tanya Ash. Adam geleng laju.

"Sumpah tak ada. Aku ingat Allah lagi. Cepatlah, kita sekurangnya ada 25 minit sebelum dia bangun," kata Adam. Ash mengerling ke arah jam. 10:05 malam.

"Nah." Ash membalingkan bathrobe kepada Adam.

"Do as what we planned," pesan Adam.

"Nak buka semua ke?" Tanya Ash dengan matanya melirik kepada Ariana yang telah pengsan.

"Buka je dress dia because I don't think so that she is wearing any underwear," kata Adam sebelum masuk ke dalam bilik air.

"Adam!" Marah Ash. Dia boleh perasan sampai ke situ. Kalau dah namanya lelaki, setinggi mana iman pon boleh jatuh dengan nafsu yang satu tu.

Adam keluar dari bilik air dengan memakai bathrobe kelabu yang Ash berikan. Ash pandang Adam. Okay, sekarang aku yang tergoda. Dengan rabut yang basah tu. Oh my! You are perfect! Macam hero keluar dari movie!

"Asal pandang macam tu?" Tanya Adam. Terasa diperkosa dengan pandangan Ash.

"Dada tu. Tutup! Untuk aku je tu," kata Ash. Adam gelak.

"Belum apa-apa lagi dah kata dada aku kau punya," kata Adam. Ash jelir lidah.

"Adam," panggil Ash perlahan.

"Apa?"

"Kalau rancangan kita tak menjadi?" Tanya Ash. Adam pandang Ash lama sebelum bersuara.

"Kita serah kepada Allah. Niat kita bukannya jahat. Cuma tak baik sikit je nak kenakan dia semula," kata Adam untuk menyedapkan hati Ash. Banyaklah tak baik sikit. Islam tak ajar untuk balas dendam, Adam.

Ash melepaskan keluhan. Go pro diambil. Dia menghentikan rakaman. Dengan menggunakan telefonnya untuk melihat semula rakaman.

"Adam! We got a big bonus," kata Ash sambil matanya tidak lekang dari melihat video itu.

"Bonus apa?" Tanya Adam dan menghampiri Ash.

Adam dan Ash berpaling sebelum tersenyum. REAL BIG BONUS.

💞💞💞💞💞

Ariana terasa kepalanya sakit. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Pandangannya kabur. Bunyi air dari bilik air membuatkan dia tersentak. Andrian ke? Pantas dia duduk dan lagi mengejutkan, dia tidak lagi berbaju. Membulat matanya. Jangan cakap yang di dalam bilik air itu adalah Adam!

Pintu bilik air dibuka. Adam keluar dengan bathrobe. Rambutnya basah. Dia pandang Ariana dan berikan gadis itu senyuman menggoda.

"Nice game, lady," kata Adam.

Tangan Ariana menggeletar. Dia sudah janji dengan Andrian yang dia tak akan tidur bersama Adam. Ini bukan dalam perancangannya. Adam perangkap dia. Kepalanya sakit.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now