Bab 6

8.2K 388 10
                                    

Cik Mas sergah masuk bilik Ash ketika Ash sedang mendengar lagu di dalam bilik. Ash merengus. Tak reti nak ketuk ke?

"Dah, jom makan. Jangan lupa pakai tudung," Cik Mas ingatkan. Ash bangun lalu menyanggul rambut merahnya. Sebelum menyarungkan tudung syria bercorak rama-rama.

"Kau warnakan rambut ke?" Tanya Cik Mas dengan nada suara garangnya. Ash buat muka menyampah.

"Inai lah. Jom lah. Ash dah lapar," kata Ash lalu keluar dari biliknya dan menuju ke dapur.

Kelihatan Adam dan Cik Mas sedang menunggunya. Adam memandangnya sehingga dia mengambil tempat duduk di sebelah lelaki itu. Ash mengerutkan kening sebelum menjelirkan lidah pada Adam. Adam hanya menjeling.

"Tak ada spoon and fork ke?" Tanya Ash apabila selesai sahaja Adam membaca doa makan.

"Tak ada. Guna tangan," kata Cik Mas. Ash mengeluh. Mana dia reti guna tangan.

"Asal ayam ni keras semacam?" Tanya Ash membuatkan Cik Mas mengeluh kecil.

"Ayam kampung. Tak pernah makan ke?" Sinis Cik Mas bersuara.

"Eleh, tanya je," gumam Ash perlahan lalu menyuapkan seusap nasi ke dalam mulutnya. Rasa kekok makan guna tangan.

"Rumput apa ni?" Tanya Ash sambil tangannya menunjukkan sepinggan ulam yang terdiri dari ulam raja, pegaga, tenggek burung dan pucuk gajus. Adam ketawa kecil mendengar soalan Ash. Rumput pon boleh~

"Ya Allah budak ni! Makan je lah. Jangan banyak songeh," marah Cik Mas. Ash mengeluh.

Selepas makan, Ash terus masuk ke bilik. Badannya direbahkan di atas tilam. Nasib baik berspring. Bantal emojinya dipeluk. Rasa mahu menangis. Baru sehari. Ni sebulan! Macam mana nak hidup! Nak mengadu kat papa, tak ada line. Ash menarik selimut biri-birinya sebelum nyenyak tidur.

~///~

Ash dan Adam mengikut Cik Mas ke kebun selepas bersarapan. Terdapat banyak jenis buah di kebun ini. Tapi, kebanyakkannya tidak berbuah. Bukan musim. Ash dan Adam perlu memetik enam jenis buah mangga untuk di jual pada penjual buah. Adam tukang jolok, Ash tukang kutip.

"Ouch, sakitlah," adu Ash apabila buah yang dijolok Adam jatuh tepat ke kepalanya ketika dia sedang sibuk mengutip buah masuk ke dalam guni.

"Eh, sorry. Tak perasan kau kat sini," kata Adam lembut lalu tangannya menggosok kepala Ash sebelum meyambung menjolok buah mangga. Ash pandang Adam terkebil-kebil. Pahal laki ni.

Adam dan Ash duduk berehat di pondok yang telah dibina. Ash memerhati sahaja buah mangga yang nampak sedap itu. Air liur ditelan. Pisau yang ada di pondok itu dikerling. Nak makan! Tak reti potong!

"Adam, tolong potongkan aku sebiji mangga," pinta Ash mendayu. Naik bulu roma Adam dengar.

"Potonglah sendiri," balas Adam pendek. Ash tarik muncung.

"Aku tak reti potonglah," kata Ash membuatkan Adam terus memandangnya.

"Ni lelaki ke perempuan?" Tanya Adam sarkastik. Ash memukul lengan Adam.

"Kurang ajar lah kau!" marah Ash. Adam ketawa kecil. Ash pandang Adam lama. Jarang nampak Adam ketawa. Selalunya muka dia ketat saja.

"Ye lah, aku tolong potongkan. Pilihlah buah yang kau nak," kata Adam lalu membasuh pisau yang berada di sudut pondok dengan sebotol air minuman yang dibawanya. Ash meletakkan beberapa biji mangga di sebelah Adam. Adam memotongnya dengan kemas. Ash pula yang malu tengok. Lelaki kut dia ni.

"Basuh tangan dulu," arah Adam apabila Ash sudah mahu mengambil sehiris mangga yang baru dipotong Adam. Ash mengambil air botol Adam dan membasuh tangannya. Buah mannga yang telah dihiris di tangan Adam diambil dan di masukkan ke dalam mulut. Manisnya!

"Kenyangnya!" kata Ash lalu menggosok perutnya.

"Memang patutlah kenyang. 13 biji kau telan," seloroh Adam membuatkan Ash menjeling Adam tajam.

"Kita share kan. Tapi, thanks potongkan. Kalau kau tak potongkan, aku rasa aku makan dengan kulit sekali," kata Ash lalu ketawa.

"Macam beruk," tambah Adam membuatkan Ash ketawa lagi. Adam hanya senyum.

~///~

Ash buntu. Nak search jenis-jenis ulam kat Pak Cik Google, line tak ada. Mana satu ulam raja? Yang mana pegaga? Macam mana bentuk kacang boto? Dan bunga kantan? Weyh Lavender aku tahu lah. Kantan mana lak ni! Stressnya!

Ash berjalan menuju ke halaman rumah. Kelihatan Adam sedang menolak kereta sorong yang penuh dengan kelapa. Ash datang menghampiri Adam. Adam memberhentikan langkahnya. Handkerchief yang berada di dalam poketnya dikeluarkan. Dia mengelap peluh yang meniti di wajah dan leher Adam. Adam pandangnya pelik.

"Kau dah kenapa ni?" Tanya Adam lalu menepis lembut tangan Ash yang mengelap peluhnya. Ash senyum manis.

"Tolong aku cari ulam dengan bunga... erm, tantan," kata Ash confident. Adam bantai gelak kuat. Mana ada bunga tantan. Adam kembali menolak kereta sorong tanpa henti gelak. Ash sudah rasa geram. Ash mengikut Adam hingga ke belakang rumah.

"Kau nak tolong aku tak?" Tanya Ash geram dengan Adam yang masih belum habis gelak.

"Okey...haha..okey. Astaghfirullah hal azim," Adam cuba berhenti gelak dan kemudiannya beristighfar. Ash angkat kening. Berhenti pun gelak.

"Nak tolong?" Tanya Ash masih lagi mengharap petolongan Adam. Adam mengangguk lalu berjalan menuju ke kebun belakang rumah Cik Mas diikuti Ash.

"Apa yang cik nak?" Tanya Adam. Ash berhenti berfikir.

"Pucuk gajus dengan boto kacang. Banyak sikit. Cik Mas nak jual," kata Ash confident. Adam ketawa perlahan. Pisau di tangan Ash dirampas.

"Ni kacang boto," Adam kenalkan dengan menekan perkataan kacang boto. Ash tarik muka. Adam memetik kacang boto lalu diletakkan di dalam bakul rotan yang Ash pegang. Adam kemudiannya pergi ke pokok gajus.

"Ni pula pucuk gajus," Adam menunjukkan pucuk gajus kepada Ash. Ash mengangguk kepala.

"Nak petik juga," kata Ash. Adam buat muka tak percaya. Ada yang lain dia petik ni.

"Petik yang daun dia ada warna maroon je," Adam mengingatkan. Ash angguk tanda faham. Seterusnya mereka ke pokok pegaga dan ulam raja.

"Last, but not least, bunga kantan," kata Adam lalu mengangkat kening sarkastik. Okey, Ash salah sebut lagi.

"Mana lah aku tahu. Lavender aku tahu lah," kata Ash lalu menarik muka.

"Jap, asal nama kau ada Lavender eh?" Tanya Adam sengaja mahu berbaik dengan Ash supaya Ash berhenti kerja jahatnya.

"Papa kata masa mama mengandungkan aku, papa yang mengidam macam-macam. Since family aku duduk California yang banyak lavender tu, papa mengidam nak kunyah lavender. Tu lah nama aku ada lavender ni. Sempena papa mengidam kunyah lavender," cerita Ash membuatkan Adam menghamburkan tawa. Ni lawak.

~///~

Rasa sekejap pun ada. Dah hampir seminggu Adam dan Ash menetap di kedah. Ash pergi ke dapur apabila Cik Mas sudah menjerit namanya beberapa kali. Ash mengeluh.

"Tolong tumbuk kacang tanah yang dah goreng dengan lesung batu," arah Cik Mas. Ash terkebil. Kacang tanah? Nut soil??

"Ground nut ke cik?" Tanya Ash kerana apa yang dia nampak hanya ground nut di atas meja makan.

"Betul lah tu," Adam pula yang jawab. Ash menjeling Adam.

"Tumbuk guna apa?" Tanya Ash. Dia tak ingat benda apa yang disebut oleh Cik Mas.

"Lesung batu," jawab Cik Mas malas.

"Lesung batu? Benda apa tu?" Tanya Ash pelik. Tak pernah dengar. Lesung pipit pernah lah dengar.

"Ya Allah budak ni! Mak kau memang tak reti nak ajar kau tradisi melayu ke? Dah semua benda kau tak tahu. Nanti aku nak jumpa dengan mak kau. Nak cakap suruh ajar kau sikiit. Entah-entah mak kau pun sama dengan kau," bebel Cik Mas.

Ash pandang Cik Mas tak berkelip. Matanya mula berasa hangat. Dadanya berombak. Sepinggan kacang tanah yang telah digoreng itu dilepaskan jatuh. Dia terus berlari masuk ke dalam biliknya selepas menghempas pintu.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now