Bab 30

8.2K 387 14
                                    

Ash mengikut langkah pembantu istana menuju ke kawasan istirahat Putera Adam. Hampir lima minit berjalan, tak sampai jua. Sebuah pintu dibuka oleh pembantu istana itu. Sebuah taman yang cukup besar kelihatan. Padang golf, tasik dan taman yang cukup cantik.

"Cik, kita perlu naik buggy car ke seberang taman untuk menuju ke kediaman Putera Adam," kata pembantu istana itu.

"Ouh, okay," balas Ash. Mereka menaiki buggy car bewarna merah. Ketika Ash sedang menaiki buggy car, Ash merenung pembantu istana itu. Cantik dan putih.

"Cik, kita dah sampai." Ash menuruni buggy car. Di hadapannya ada sebuah bangunan yang cukup cantik. Besar dan elegan.

"Ini ke tempat Adam?" Tanya Ash kepada pembantu istana itu.

Kelihatan Adam keluar dari kediamannya. Kini Adam berpakaian santai. Dia mengenakan baju T lengan pendek bewarna merah dari jenama U.P by Renoma dan sweatpants dari jenama Diadora. Terus pembantu istana itu tunduk hormat.

"Khalis, awak kena ikut kemana kami pergi. Saya tak nak kami berdua-duaan. Haram," arah Adam.

"Baik, Putera Adam," balas pembantu istana yang digelar Khalis itu.

"Ash, jom." Adam mengajak Ash masuk ke dalam.

Ash pegun. Memang ini rumah kerabat. Exterior pon dah lawa, lagikan interior. Mahu ternganga tak tutup mulut ni.

"Duduk lah dulu. Aku ambil barang kat bilik," kata Adam sebelum berlalu naik ke tingkat atas.

"Nama siapa?" Tanya Ash kepada pembantu istana itu.

"Nur Khalisah binti Nasir. Seisi istana panggil saya Khalis sahaja. Saya salah satu pembantu istana peribadi Putera Adam." Khalis memperkenalkan dirinya.

"Ouh. Saya Ashreena Lavender. Erm, kawan Putera Adam."

"Bakal tunang Putera Adam," sampok Adam dari belakang Ash.

Adam mengambil tempat di sebelah Ash. Dia memandang Ash tajam. Ash pandang tempat lain.

"Apa? Tak payah lah pandang macam tu," gumam Ash perlahan. Adam tersengih.

"Khalis," panggil Adam.

"Ya, Putera Adam," sahut Khalis laju.

"Siapkan sepersalinan casual untuk KAWAN saya ni. Arahkan sesiapa ambilkan. Awak stay sini," arah Adam dengan nada tegasnya. Ash jeling Adam. Perli lah tu.

"Tak apa lah, Putera Adam. Saya boleh ambilkan. Tak jauh." Khalis sudah bangun.

"Awak tak mengikut arahan, Khalis," kata Adam keras. Terus terkulat-kulat Khalis dibuatnya.

"Maafkan saya, Putera Adam. Titah Putera saya laksanakan," kata Khalis perlahan sebelum mengeluarkan walkie talkie dan memberikan arahan.

🙌🙌🙌🙌🙌

"Adam. Khalis tu nampak muda. Kenapa dia nak kerja dengan istana?" Tanya Ash ketika mereka di dalam kereta.

"Khalis tu umur 20. Dia kerja sejak dia habis SPM. Katanya SPM dia blackout. Keputusan tak ada masa depan. Jadi, dia dengar cerita kerja kat istana ni gaji lumayan. Tapi, dia tak tahu bertapa cerewetnya orang yang duduk dalam istana ni. Sebab tu lah aku jadikan dia pembantu istana peribadi. Dia tu asyik kena buli je," terang Adam. Ash mendengar dengan penuh khusyuk.

"Kena buli dengn siapa?" Tanya Ash.

"Kalau tengok muka dia betul-betul, kan ada sikit macam muka orang bodoh. Dia ni macam blur sikit. Bukan je penduduk istana yang buli dia, staff pon buli dia," balas Adam. Ash berkerut. Kasarnya bunyi.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now