Bab 8

8.2K 383 2
                                    

Ash memakai light blue maxi dress lengan tiga suku bersama shawl dark blue. Ash memaksa Adam memakai baju sedondon dengannya iaitu dark blue skinny jeans dan kemeja light blue. Bergaduh juga mereka. Akhirnya, Adam ikutkan sahaja kehendak Ash.

"Ash, nak buat inai sekali?" Tanya pengantin perempuan yang bernama Ain.

"Huh? Boleh ke?" Tanya Ash lalu tersengih. Teringin juga. Lama tak conteng tangan.

"Boleh je. Ash lawalah. Akak tak decide lagi sapa nak jadi pengapit akak. Ash nak jadi?" Tanya Ain mmebuatkan Ash teruja. Wow! Seumur hidup tak pernah jadi pengapit. Baru Ash nak buka mulut, Cik Mas dah berkata dulu.

"Tak payah. Nanti pengapit lagi lawa dari pengantin. Haru," kata Cik Mas membuatkan Ash menjelirkan lidah.

"Eleh, kata je lah cik yang nak jadi pengapit," kata Ash membuatkan semua tergelak.

"Boleh tak Ash?" Tanya Ain lagi. Ash tiba-tiba bangun.

"Kejap. Ash nak tanya pendapat Adam dulu," kata Ash lalu berlalu keluar dari rumah.

Kelihatan Adam sedang bercakap dengan sekumpulan lelaki siang tadi. Ash menghampiri Adam lalu mengambil tempat di sebelah Adam. Yang lain mula memperhatikan Ash. Ash senyum pada yang lain.

"Weyh, jom buat inai," ajak Ash membuatkan Adam berkerut.

"Eh? Bukan aku yang nak kahwin," kata Adam menolak. Ash mencebik.

"Alah, kita date lah inai sama corak. Boleh lah," desak Ash dengan tangannya menarik-narik lengan Adam.

"Kau ni dari tadi paksa aku lah," Adam mengeluh. Ash pandang mata Adam lama. Cara ni sahaja yang dapat menyuruh Adam mengikut kehendaknya.

"Boleh eh?" Tanya Ash dengan anak matanya menikam anak mata Adam. Adam melarikan anak matanya dan mengangguk kecil.

"Yeah! Thanks! Ni yang aku suka tentang kau. Lain aku tak suka," kata Ash gembira.

"Kau orang couple ke?" Tanya Ammar membuatkan Ash berpaling pada Ammar. Ash senyum senget. Matanya dijeling ke arah Adam.

"Tak. Kita orang tak couple," laju Adam balas sebelum Ash mahu membuka mulutnya yang tersisip niat jahat. JILAKE!

"Ash pun tak nak aku. Tak akan dia nak kau pula. Bapak kau kan pengurus bank je," kata Ammar membuatkan Ash berkerut. Pengurus bank? Macam lain je.

"Bukan ayahanda kau bakal mentadbir Melaka ke? Atau ayahanda kau ada buka bank?" Tanya Ash dengan kebodohan. Adam sudah tunduk menutup mata. Kenapalah Ash ni bodoh sangat.

"Tadbir Melaka?" Tanya Ammar pelik.

"A'ah. Nama dia kan Tengku Putera Adam Farhan Mukmin Shah bin Tengku Raja Amin Faizal Mukmin Shah. Cucu sultan Melaka. Naik Ferrari Limousine," kata Ash lalu membuat muka. Masih terlayar Ferrari Limousine yang mengambil Adam dari sekolah. Aduh idaman tu.

"Ah, aku tak percaya," kata seorang lelaki yang dari tadi hanya diam. Adam terus mengangkat muka. Dia paling pantang bila orang tidak percayakannya bila dia benar. Ash merampas Iphone7 milik Adam yang berada di tangan kiri Adam.

"Tada! Logo Melaka Royal Family. Siap ada nama dia lagi," kata Ash dengan menunjukkan casing phone Adam.

"Aku tak nak lah menunjuk yang aku ni cucu sultan. Tapi, dah alang-alang semua dah tau, casing aku bukan sebarang metal. 80% diperbuat daripada platinum dan selebihnya campuran logam berkualiti," kata Adam lalu menunjukkan kad pengenalannya yang menunjukkan alamat istana Melaka. Adam bangun lalu menarik lengan Ash supaya mengikutnya. Ash mengikut Adam hingga ke dalam rumah.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now