Bab 39

6.9K 335 1
                                    

Ash keluar dari kelas bersama Hanis dengan keadaan tergesa-gesa. Adam tak boleh nampak dia pergi mana.

"Ashreena Lavender," panggil Adam. Langkah Ash mati. Dia berpaling lambat-lambat.

"Nak pergi mana? Hari ni ada practice untuk concert," tegur Adam. Ash hilang kata. Tak tahu nak bagi alasan apa.

"Adam, nak pinjam tunang kau sekejap. Aku ada club activity. Kena ada partner. Boleh? Sekejap je?" Kata Hanis dari belakang Ash. Adam angkat sebelah kening.

"Okay. Ash, balik sebelum pukul 5:30 p.m. Solat zohor dengan asar jangan lupa. Lepas maghrib siap, kita keluar dinner," kata Adam sebelum pergi. Ash senyum. Walaupun percakapan Adam sedikit dingin, tapi jauh sudut dalam ayatnya sangat sweet.

"Dah,jangan nak angau sangat. Jom," ajak Hanis sebelum menarik tangan Ash mengikut langkahnya.

Mereka menuju ke bilik masakan. Hanis membuka bilik itu dengan kuncinya.

"Kau ada kunci?" Tanya Ash.

"Aku kan penolong setiausaha. Walau baru masuk, aku berjaya dapat pangkat tau," kata Hanis bangga.

"Ye lah, sebab ahli sekerat," balas Ash mengejek. Hanis tersengih.

"Sebab tu lah aku masuk. Tak ramai orang, rimas," kata Hanis.

Hanis membuka beg sandangnya. Dia mengeluarkan bahan untuk membuat kek. Ash terlopong.

"Kau letak dalam beg?"

"Ye lah. Demi balas jasa kau semalam belikan aku bracelet tu. Aku sanggup bawa barang ni walaupun macam nak patah bahu aku," bebel Hanis sambil mengeluarkan bahan-bahan dari beg.

"Kita nak buat cake apa?" Tanya Ash.

"Forest fruit cake," balas Hanis. Ash menganggguk setuju.

"Hanis, nanti tolong ambilkan cincin yang beli hari tu eh," pinta Ash. Hanis mengangguk.

🍰🍰🍰🍰🍰

"Amer, esok minta kad club awal tau," pesan Ash pada Amer.

"Mana dia bagi kad club tu suka hati walaupun kat aku," keluh Amer.

"Tak apa. Esok pandai lah aku."

💞💞💞💞💞

Ash berlari anak ke arah Adam. Adam terus angkat wajah dari ralit dengan makanannya.

"Adam, tolong jawabkan soalan ni. Aku tak tahu lah. Kena hantar hari ni juga," rengek Ash. Adam menyambut huluran ipad itu.

Ash memberikan isyarat mata pada Amer. Amer angguk.

"Bro, lama ke? Kalau lama bagi kad dulu lah. Kesian member tunggu lama," kata Amer. Adam pandang Amer sebelum kad dihulurkan.

"Kata dengan dia orang, aku lambat sikit," pesan Adam. Amer mengangguk sebelum beredar.

"Tolong, eh," kata Ash dengan senyuman puas hatinya.

"Ini lah masalah bila buat kerja last minute." Adam sudah mula mood membebelnya.

Selepas beberapa minit, Adam berjaya menghabiskan 20 soalan add maths itu.

"Dah, siap," kata Adam seraya menghulurkan iPad itu semula kepada Ash.

"Jom," ajak Ash dengan suara terujanya.

🎂🎂🎂🎂🎂

"Happy Birthday, Tengku Adam!!" Sorak seisi kelab sebaik sahaja Adam membuka pintu kelab. Adam pandang sekeliling sebelum tersenyum.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now