"Apa you ni? Buang tebiat ke?" Kata Ash sarkastik kepada Khairul di dalam talian.
"What?! Can't you realize that I'm confessing?" Kata Khairul tak puas hati. Ash juling mata ke atas.
"Okay, then? I'm not going to accept it. So?" Balas Ash malas.
"But why? Means all this long kita rapat tak bermaksud apa-apa?" Tanya Khairul bagaikan tidak percaya.
"It doesn't mean every relationship between a boy and a girl must be mean by love," balas Ash dengan nada berdebat.
"But, can't you just consider me as your boyfriend?" Tanya Khairul membuatkan Ash jatuh rahang.
"Hello, consider?! Are you fucking insane? Cut this shit conversation, idiot," marah Ash sebelum mematikan talian.
Apa ke jadah jantan tu? Call orang tiba-tiba nak confess love. Gila agaknya.
>>>>>>
Ash duduk dimeja makan seorang diri di sebuah restoran ikan bakar. Yang lain semua tengah pilih ikan. Sedang dia sibuk membelek muka dengan casing phone, telefon bimbit Adam dalam begnya berbunyi. Ash keluarkan sebelum matanya meneliti nama 'Tuan Zikri' membuatkan keningnya ternaik. Tapi, apa salahnya angkat.
"Hello, Adam. Dua hari selepas awak pulang semula ke KL, ada Malaysian Private School Institution Event di JW Marriott Hotel. Bawa sekali seorang pasangan perempuan. Kolej kita akan buat persembahan musical. Saya dah arahkan Tyara Musical Club ready untuk persembahan. Sementara awak di Langkawi ni, awak contact vice president kelab. Bincang apa yang patut," kata Tuan Zikri panjang.
"Erm, tuan," kata Ash membuatkan Tuan Zikri menjarakkan telefon bimbitnya dari telinga untuk memeriksa nama pada skrin.
Berkerut dahi pengarah Tyara College yang berumur awal 50-an. Siapa pula yang menjawab panggilannya. Adam dah tukar nombor ke?
"Tuan, Ash ni," tegur Ash apabila Tuan Zikri tidak bersuara sejenak.
"Ouh, Ash. Adam mana?" Tanya Tuan Zikri dengan nada lega.
"Dia, pergi pilih ikan," jawab Ash membuatkan Tuan Zikri pelik. Ada ke pasar buka pukul 9 malam ni?
"Ash, nanti tolong sampaikan pesanan saya pada dia. Saya ada hal ni," pinta Tuan Zikri.
"Aip-aip captain," balas Ash sebelum mematikan talian.
Ash membuka begnya untuk menyimpan semula telefon bimbit Adam. Niatnya terbantut. Senyuman jahat terukir di bibir. Dia menjenguk Adam yang sedang memilih ikan. Telefon pintar Adam dapat dicerobohi dengan senang. Tahu kata laluan memang lah senang. Contact Adam dibuka. Tercengang Ash. Siapa je simpan sampai lebih 2000 contact? Dia ni gila ke? Tengok macam anti sosial.
Ash scroll contact Adam. Kadang-kadang nama contact boleh buat orang berguling gelak dalam tempayan. Apa letak nama Itik Miang. Siapa lah yang malang sangat kena sumpah jadi itik. Ash berkerut. Cari punya cari, tak ada pon contact number miliknya. Tak akan tak simpan. Aku pon simpan dia punya. Siap letak lagi 'Prez 🐷'. How sweet aku ni. I'm in love with pink sampai luahkan kat you pula wahai presiden ku sayang. Ash ketawa jahat dalam hati.
Ash cuba mendail nombornya. Eh, dia save. WHAT! Troublemaker? Siap letak gambar Harley Quinn lagi. Melampau! Aku tak ada lah troublemaker seteruk tu. Aku ni macam guardian angel. Datang membawa miracle. Cheh. Perasan tak sudah.
Niat hanya mahu tengok contact list terbantut apabila notification pop up dari whatsapp menunjukkan 'You've got a new message from Itik Miang'. Ash senyum meleret. Let see siapa kena sumpah jadi itik ni. Icon whatsapp disentuh. Chat di antara Adam dan Itik Miang dibaca dengan sengihan. Serius lawak.
Itik Miang: Adam, lepas you balik dari Kedah, kita keluar makan kat Sunway Putra. I belanja you boat noodle. 💞😘
Adam: Sorry, tak berapa suka keluar dengan perempuan. 🙏
Itik Miang: Sampai hati you.😒 Banyak kali I ajak you keluar. 😞You asyik tolak je.😓 Tak ada ke tempat I di hati you?😔
Geli-geleman rasa tulang belakang. Memang itik miang betul. Euw.. Gelinya bila orang merayu macam ni. Teringat Khairul. Jin mana entah sampuk.
Adam: Wendy Chua, I've told you several times. I have no sense to be in such a cheesy relationship right now. I'm sorry.
Ouh, nama dia Wendy Chua. Apa tadi nama dia? Wendy Chua? Anak Datuk Dr. Wayn Chua? What? Impossible. Telefon pintarnya dikeluarkan. Sama profile picture. Sama nombor. Wendy tak pernah macam ni. She need to explain everyhting. Wait! Asal itik? Oh ya, maybe because of her lips shape. Bibir macam itik.
Ash dengan pantas menyimpan semula telefon pintar Adam. Naya kalau Adam tahu dia godam. Mahu kena leter.
"Adam, tadi Tuan Zikri call kau," beritahu Ash selepas Adam mengambil tempat di sebelahnya.
"Dia cakap apa?" Tanya Adam sambil menggosok jam tangannya yang terkena air ikan.
"Dia pesan suruh kau pergi Malaysian Private School Institution Event dua hari selepas balik semula ke KL. Dia suruh kau bawak partner perempuan sekali. Dia kata kolej kita buat persembahan muzikal untuk event tu. Dia suruh kau call vice president kelab untuk bincang," beritahu Ash panjang. Adam mengangguk.
"Partner perempuan? Siapa aku nak bawa?" Adam berkata sendiri.
"Kau bawa lah Wendy," cadang Ash membuatkan Adam laju menolehnya.
"Will never!" Balas Adam serius membuatkan Ash diam. Nampak sangat tak suka ni.
"Tapi, kenapa kau tak suka dia?" Tanya Ash membuatkan Adam mengeluh.
"Bukan tak suka. Cuma rimas," balas Adam.
"Okay, change topic. Kenapa Tuan Zikri suruh call vice president Musical Club? Kenapa tak president kelab? Dan apa kena mengena president kolej dengan kelab muzikal ni?" Tanya Ash berjelar.
"Kau ni. Nak kata nyanyok, muda lagi. Penat ah nak cakap. Tak ada mood," balas Adam membuatkan Ash juga terdiam.
"Kau marah ke aku tanya pasal Wendy tu?" Tanya Ash membuatkan Adam mengeluh.
"Entahlah. Aku takut nak bagi orang harapan. Aku takut nak cuba cintakan seseorang. Cinta itu bahaya. Tersalah langkah, binasa," jawab Adam sambil memandang laut yang hanya disinari lampu dari restoran.
"Samalah. Aku pun ada pendirian," kata Ash membuatkan Adam senyum senget.
"Sejak bila kau ada pendirian ni? Bukan hidup kau tak menentu?" Kata Adam sinis.
"Kurang ajar lah. Kau tengok aku macam jahat je. Hidup tak ada impian. Aku ni sebenarnya seorang yang berdedikasi," kata Ash penuh yakin membuatkan Adam menguap.
"Ye lah. Apa pendirian kau tu?" Tanya Adam yang menongkat dagunya dengan tapak tangan kanan.
"Cinta monyet tak akan jadi real love lah," kata Ash yakin membuatkan Adam membetulkan duduk.
"Siapa kata? Ada je yang dari zaman sekolah bercinta and then dah besar kahwin," Adam membantah.
"Segelintir je. Perasaan suka remaja ni singkat. Waste time," balas Ash.
"Aku tetap dengan pendirian aku," kata Adam."Kenapa?" Tanya Ash ingin tahu.
"Solat istikharah kan ada," jawab Adam membuatkan Ash menganggukkan kepalanya.
"Kita sambung debat lain kali. Aku dah tak ada idea nak lawan," kata Ash sebelum menyedut sedikit jus epal dari cawannya.
"Ash, kalau aku jadi....... "
YOU ARE READING
Tyara College ✔
Teen FictionTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...