Adam memandang bosan coklat pelbagai bentuk, warna dan jenama. Sudah hampir 3 jam berada di shopping mall ni. Tetapi, untuk kaum-kaum hawa iaitu Ash dan juga Cik Mas tidak lagi menjadi menunjukkan minat mereka untuk berhenti menghabiskan duit. Adam menghampiri satu-satunya kerusi berdekatan dengan rak botol-botol arak tersusun untuk merehatkan kaki yang semakin lenguh. Bungkusan merah jambu coklat dari jenama Geisha dibuka. Lebih baik dirinya memaniskan hati yang kian pahit. Kini dia redha. Allah lebih mengetahui. Sehebat-hebat perancangan manusia, qada' dan qadar Allah tak mampu dihalang. Dia sedar dia masih terlalu muda untuk percaya pada hati.
Sedang menunggu sambil menyuapkan coklat ke dalam mulut, Adam memerhatikam Khairul yang sedang ralit melihat botol-botol arak berdekatan. Adam menyimpan coklatnya ke dalam plastik. Dia bangun menghampiri Khairul. Bahu Khairul ditepuk.
"Bro, cari apa?" Tanya Adam membuatkan Khairul menggaru belakang kepala.
"Tak ada apa. Aku tengok je," balas Khairul. Adam angkat kening sebelah.
"Biasa kau minum apa? Beer? Wine? Champgne? Cider? Whiskey? Vodka?" Tanya Adam membuatkan Khairul pandang pelik.
"Banyaknya kau tahu. Kau pun kaki minum jugak ke? Jom lah sekali sekala kita lepak kat Fuze dengan Vertigo. Aku ingatkan kau stok alim-alim," kata Khairul dengan senyuman.
"Dah-dah lah. Brain damage, hallucinations, enlarge heart, high blood pressure, pancreatitis, impotence and much more. Nak ke mati awal sebelum bertaubat?" Kata Adam sarkastik sebelum berlalu."Kau ingat kau dah bagus sangat ke? Dah yakin masuk syurga?" Kata Khairul tidak paus hati.
"Noted!" Balas Adam kuat.
👉👉👉👈👈👈
Ash merehatkan dirinya di atas sofa. Selepas sahaja balik dari makan malam, dia terus sahaja mengemas barang untuk pulang pada esok hari. Hati ni rasa macam nak melompat sahaja. Tinggal lagi 3 hari dia akan menetap di Kedah sebelum kembali ke Kuala Lumpur yang dirindui.
Ash membuka mesej dari Khairul.
Khairul: Good night sweet lavender😘Ash mengeluh. Rancangannya gagal. Syarat seperti tidak lagi pergi ke kelab dan berpegangan itu hanya lah rekaan supaya Khairul mengalah. Tak sangka pula Khairul sanggup terima ni. Spoil! Minggu depan ada sambutan hari lahir Jason Hayes di Vertigo. Tak akan dia tak pergi. Lelaki kacukan Eropah dan siam itu siap datang menjemputnya face to face. Kalau pergi nanti, apa kata Khairul. What a big deal pergi kelab malam atau bar? Bukannya aku pergi sana aku bedal arak. Aku menari dan have fun je. Bukannya aku pergi sana pakai halter dress. Aku masih lagi bertudung. Mentality orang melayu, masuk kelab je mesti balik mabuk-mabuk.
Ash mengeluh kasar sebelum berlalu ke katilnya untuk melelapkan mata. Harap buka mata je terus ada kat KL.
💖💖💖💖💖
Adam duduk di atas pangkin dengan matanya meneliti sawah padi yang terbentang luas. Esok adalah hari terakhir. Dia pasti akan rindukan semua ni. Adam mengeluh perlahan. Otaknya ligat memikirkan perasaannya terhadap Ash. Tapi, dia perlu lupakan. Ya, dia nekad untuk melupakan.
Hari yang semakin gelap membuatkan Adam melangkah masuk ke dalam. Mata membulat tatkala memandang tiga bagasi dan beberapa beg lain berada di ruang tamu. Teruja sangat nak balik ni. Tetapi, hatinya rasa sebaliknya. Dia rasa ralat nak tinggalkan suasana kampung ini.
"Eh, Adam. Dah kemas beg?" Tanya Ash teruja.
Adam pandang tanpa menjawab. Dia melangkah terus ke belakang untuk mengambil wuduk. Selepas solat didirikan, terus dia menuju ke dapur untuk menolong Cik Mas.
"Cik Mas, boleh Adam tolong?" Tanya Adam apabila sampai ke dapur.
"Tolonglah. Lauk dalam periuk tu hidangkan. Cik Mas nak buat makanan untuk Ash ni," kata Cik Mas. Adam menurut.

YOU ARE READING
Tyara College ✔
Teen FictionTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...