"Aku dulu seorang penzina," kata Adam. Bulat terus mata Ash.
"Kau yang tegur aku banyak pasal agama dulunya berzina?" Tanya Ash tak percaya. Entah kenapa ada perasaan hampa di sudut hatinya.
"Secara jujurnya, ya. Aku keluar masuk club. Aku tonggak arak. Aku dulu peluk, cium perempuan itu perkara biasa. Itu lah perkara yang aku banggakan dulu. Aku ni dulu seperti sehina-hina manusia pada pandangan syurga. Dan mesti sekarang kau pandang hina gila kat aku kan? Ya lah, sekurangnya kau tak buat perkara terkutuk macam aku buat," luah Adam. Ash terus tunduk apabila mendengar ayat terakhir Adam.
"I'm sorry," ucap Ash. Adam senyum.
"It's okay. Aku dah biasa. Manusia akan pandang orang itu tetap jahat walaupun telah bertaubat. Semua manusia pernah buat silap. Aku tak kisah pandangan orang terhadap aku. Biarlah orang pandang aku dari segi kebodohan aku yang dulu. Apa yang penting, pandangan Allah. Hanya Dia sahaja yang tahu kita betul-betul bertaubat dengan Dia atau tidak," kata Adam tenang. Matanya dilarikan di atas bendang sawah yang luas.
"Macam mana kau boleh berubah?" Tanya Ash. Adam pandang Ash sekilas dengan senyuman.
"Masa tu birthday kawan baik aku. We had party the whole night. Imagine lah budak form 2 clubbing. Masing-masing ada perempuan kat tangan. Aku tak ada mood sangat malam tu sebab Tengku Indra caci aku petang tu. Dia kata aku ni memalukan kerabat." Adam berhenti bercerita. Ash pandang Adam lama.
<----------------------------------->
"Weyh, minumlah," pelawa Zahid. Adam pandang Zahid sekilas sebelum cawan bertukar tangan.
"Kau kenapa Adam?" Tanya Jazz. Adam melepaskan nafas kasar.
"Tak ada apa lah. Masalah keluarga sikit," balas Adam sebelum gelas yang berisi champagne diminum.
"Apa hal, doh? Cerita lah. Kita kan bestie," pujuk Raif. Adam meletakkan cawan kasar.
"Jahat sangat ke aku ni?" Tanya Adam.
"Mana ada. Kalau kau jahat, kau bunuh orang. Kau merompak. Itu jahat," balas Raif. Adam mengangguk.
"Dah lah. Abaikan lah persepsi orang pada kita. Yang penting kita gembira dengan life kita macam ni," kata Kay.
"Forget it. Ini kan birthday aku. Enjoy lah," pujuk Jazz. Adam senyum sebelum mencapai segelas cawan berisi pear cider.
Sekumpulan perempuan mendekati mereka dengan menggoda. Masing-masing memandang dengan senyuman nakal. Adam hanya pandang tanpa riak. Mood swing. Tak ada masa nak layan betina. Seorang perempuan memakai boyfriend shirt merah duduk di atas riba Adam.
"Wanna spend the whole night with me?" Bisik perempuan itu cukup menggoda. Adam senyum senget.
"I don't fuck prostitute," bisik Adam kembali. Cemberut muka perempuan cina itu. Lantas perempuan itu bangun. Dengan pantas Adam menarik kembali tangan perempuan itu duduk di atas ribanya.
"But I do kiss and flirting," bisik Adam. Lantas perempuan itu tersengih nakal.
Adam terjaga. Dia membuka matanya perlahan. Kepalanya berpusing disebabkan terlampau banyak meneguk alkohol. Jam di tangan dikerling. Jam 5:20 A.M. Tangannya menepis kepala perempuan yang melayannya sepanjang malam. Semak atas lengan orang. Dia memicit sedikit kepalanya. Aduh, memang betul aku minum over. Tak pernah weng macam ni sekali. Dia menepuk Raif kuat. Terpisat-pisat Raif bangun.
"Bro, balik. Dah pukul 5 lebih. Kejut yang lain," arah Adam sebelum pergi ke tandas. Loya betul rasa tekaknya. Selepas muntah dua kali, dia kembali ke tempat kawan-kawannya.
"Kau asal?" Tanya Jazz apabila Adam kelihatan tak bermaya.
"Muntah je," balas Adam tidak acuh.
"Anak sapa, doh?" Tanya Raif mengusik. Adam jeling maut.
YOU ARE READING
Tyara College ✔
Roman pour AdolescentsTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...