Bab 43

6.8K 345 2
                                        

Ash perlahan membuka matanya. Terasa sesuatu berada di lehernya. Neck pillow itu ditarik. Oh my, Adam punya. Bantal itu dipeluk. Hmm, bau Adam. Okay, sounds pervy. Ah, apa yang penting, Adam makin sweet.

Adam disebelah dikerling. Tidur pon comel, macam mana tak suka. Ash perlahan letakkan kepalanya dibahu Adam. Sementara Adam tidur, let's do everything that I want. Adam ni semua benda tak boleh. Duduk rapat-rapat tak boleh, makan kongsi satu sudu tak boleh. Tapi, surrender juga lah bila dia sebut pasal agama.

Adam yang terasa berat pada bahunya terus membuka mata. Ash yang sedang melayan drama sambil kepalanya direhatkan atas bahu Adam dipandang sebelum kepala itu ditolak ke tepi. Terkejut Ash.

"Hish, see. Semua benda tak boleh," gumam Ash. Adam buat-buat tidak dengar. Tempat duduknya dibetulkan.

"Lapar?" Tanya Adam. Ash angguk. Adam memanggil pramugari.

"Nak Beef Cheek With Polenta and Vegetables," pesan Ash.

"Tanya Afiq dia nak makan apa?" Suruh Adam. Ash menepuk kuat bahu Afiq yang ralit dengan movie.

"Sakit lah, bodoh. Nak apa?" Tanya Afiq kasar.

"Nak makan apa?" Balas Ash kasar. Nampaknya entah bila nak berbaik.

"Apa-apa. Tapi, nak paling mahal," kata Afiq sebelum memakai semula headphones.

"Order je lobster," kata Ash pada Adam.

"So, one Beef Cheek With Polenta and Vegetables, one Grilled Lobster Tail, one Lamb Biryani and beverages semua orange juice," pesan Adam kepada pramugari itu.

Pesanan sampai selang beberapa minit.

"Wey, macam mana nak buka binatang ni?" Tanya Afiq. Ash mendengus kuat. Baru nak acah romantik dengan Adam!

Ash bangun dari tempatnya dan duduk di sebelah tempat Afiq yang kosong. Pada mulanya tempat duduk Afiq ialah milik Adam. Sengaja Adam membeli dua seat untuk dia seorang. Tetapi bila Ash berkeras mahu duduk dengan dia, hancurlah harapan mahu memikir masalah dengan aman.

"Sini. Tu lah mengada nak mahal lagi," kata Ash sambil tangan lincah mengeluarkan isi lobster itu.

"Alah, seumur hidup tak pernah makan. Sekali sekala try lah." Afiq pertahankan dirinya.

"Nak try sangatkan. Nah, buka mulut." Ash menyuapkan isi lobster itu.

"Thanks, Ash," ucap Afiq.

Adam memandang kedua manusia yang terasa romantik itu. Terasa sakit di dada tiba-tiba. Kenapa dia ada rasa menyesal ajak Afiq ni.

"Ash, back to your place!" Arah Adam. Ash tersengih. Ada aura cembura di sana.

"Nah, makan sendiri. Baby I dah panggil. Baby Adam kuat jealous," bisik Ash pada Afiq sebelum kembali di tempatnya.

"Apa kau bisik?" Tanya Adam. Ash senyum sahaja.

Ash mula memakan makanannya. Adam di sebelah dikerling. Pandangan tajam Adam pada dia.

"Ye lah, aku suap kau pula." Ash menghulurkan sudu yang berisi nasi biryani Adam.

Adam menerima suapan itu kasar. Makanan di dalam mulutnya dikunyah rakus. Dia masih memandang Ash dengan pandangan tidak puas hatinya.

"Warning, Ash!" Kata Adam keras sebelum memulakan makan.

Ash ketawa. Comelnya Adam ni!

💞💞💞💞💞

Adam mengambil luggage Ash. Beg itu ditolak pada Ash.

"Bawakan," pinta Ash.

"Bawa sendiri," balas Adam. Seperti biasa, Adam jarang nak melayan mengada Ash.

Tyara College ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang