Bab 31

7.9K 380 6
                                        

Kata-kata Adam masih lagi bermain dalam minda Ash. Selepas sahaja Adam cakap ayat maut dalam kereta tu, Adam diam. Langsung tak ada berborak. Rasa macam kekok gila.

Ash duduk di atas hanging sofa di koridor. Dia terfikirkan Adam lagi. Betul juga. Kalau Adam boleh terima kekurangan dia, kenapa dia tak boleh terima silam Adam. Lantaklah dengan siapa pun Adam pernah tidur, itu silam. Sekarang Adam dah berubah. Dia jauh lagi baik daripada aku yang tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki.

Ash mengambil telefon pintarnya. Nombor Adam didail. Adam menjawab panggilan.

"Adam, aku tak kisah pon pasal kau siapa dulu. Aku bukan suka kau disebabkan harta ataupun kuasa kau. Aku suka kau sebab kau sendiri. Sebab iman kau, akhlak kau. Boleh suruh nenda bincang dengan papa. Our engagement proceed this weekend." Ash mematikan panggilan selepas segalanya terluah.

"Eh, dah tutup," kata Adam pelik dengan kerutan di dahi. Tidak lama dia berkerut. Senyuman indah terlakar di wajahnya. Dia menyandarkan dirinya pada kerusi belajar. Tengah stress buat kerja dan fikirkan Ash, ada benda indah datang. Terima kasih, Ya Allah.

⭐⭐⭐⭐⭐

"Salah. Macam mana nak ambil SPM kalau cross multiplication tak tahu? Itu budak nak ambil UPSR pon tahu lah." Adam bebel sambil mengetuk tangan Ash dengan pen. Ash mencebik.

"Aku tak suka lah belajar. Kalau boleh aku tak nak ambil SPM. Aku nak buka butik, bakeri dengan florist," kata Ash dengan imaginasi yang tinggi.

"Habis tu, kalau kau tak ada education, tak ke lingkup kedai kau?" Tanya Adam sarkastik. Ash jeling tajam. Baru mulut Ash ingin menjawab, telefon bimbit Adam berbunyi.

"Ya,Nenda," Balas Adam kepada si pemanggil. Adam mematikan talian.

"Kenapa?" Tanya Ash.

"I got to go. Kau balik bilik lah. Nanti malam aku sambung ajar kau," kata Adam sebelum mengemas barangnya.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Ash perlahan.

"Pergi jumpa nenda. Aku janji sebelum malam aku balik. Jadi, lepas maghrib, kau tunggu aku kat sini. Aku pergi dulu. Assalamualaikum," kata Adam sebelum berlalu. Ash pandang kelibat Adam dan menjawab salam perlahan.

Lepas maghrib, Ash duduk di meja yang selalu dia dan Adam duduki. Tadi di surau pun Adam tak ada.
30 minit berlalu.

Ash dah call Adam, haram. Ash pergi car park nak tengok kereta Adam, tak ada. Apa susah pergilah tanya guard.

"Pak cik. Putera Adam dah masuk tak?" Tanya Ash setibanya dia di pondok pengawal keselamatan. Pak cik itu melihat sistem keluar masuk pelajat di komputer.

"Belum lagi." Jawapan dari Pak cik itu sangat mengecewakan.

Ash pergi semula ke meja tadi. Dia mengeluarkan Gummy Bear dari jenama Haribo. Paket candy itu dibuka. Dia kunyah dan kunyah dan kunyah dan kunyah dan kunyah dan kunyah dan tidur.

🎈🎈🎈🎈🎈🎈

Adam memakirkan keretanya. Jam di dashboard kereta dikerling. Sudah menginjak ke angka 23. Kakinya laju berjalan menuju ke asrama. Setibanya dia di bilik, Adam mengutip majalah keretanya di koridor. Dia perasan sesuatu sebelum menutup sliding door.

"Itu meja aku dengan Ash. Kenapa lampu masih terbuka?" Tanya Adam pada diri sendiri. Mata Adam membesar.

"Jangan-jangan Ash...." Adam laju berjalan keluar dari biliknya. Zack yang berada di depan pintu pun ditempuhnya.

Laju kaki Adam berlari menuju ke arah meja itu. Ya, betul. Ash tidur dengan berbantalkan lengan. Adam melepaskan nafas perlahan. Dia mendekati Ash.

Tyara College ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang