Adam menunggu Ash dari depan pondok pengawal keselamatan asrama perempuan. Tak turun-turun. Ramai pelajar asrama lain pelik tengok president tercegat depan asrama perempuan. Telefon Adam berbunyi. Amer sudah telefon.
"Bro, nak imamkan ke tak ni? Ada orang kata kau kat depan block asrama perempuan eh?" Tanya Amer. Adam mengeluh.
"Ash ni tak turun-turun lah. Lagi 10 minit aku tak datang, kau imamkan je lah," kata Adam dengan nada geram.
"Aduh, bini kau ni. Ye lah, chau." Talian dimatikan.
Adam menelefoni Narnia.
"Narnia, Ash mana?" Tanya Adam sebaik sahaja Narnia menjawab panggilan.
"Ada. Tengah pakai kasut," balas Narnia hampa. Semua tanya pasal Ash.
"Suruh dia cepat sikit." Arah Adam sebelum mematikan talian.
Selang 3 minit, Ash turun ke bawah dengan lenggang. Adam pandang tajam. Ewah, dah lah lambat! Jalan terkedek-kedek dah macam itik.
"Jom," ajak Ash selamba apabila dia mendekati Adam.
"Eh, Ash. Kalau kau lambat lagi esok, aku potong masa kau nak shopping esok," ugut Adam. Ash terus berpaling.
"Tak bolehlah macam tu. Weyh, have mercy on me please," rayu Ash. Adam buat tidak tahu. Dia jalan terus ke surau.
Sampai sahaja di surau, Amer sedang mengimamkan solat subuh. Ash datang ke depan mendekati Adam.
"Jadi, solat solo lah ni?" Tanya Ash gembira.
"Jangan nak mengada-ngada. Lepas jemaah ni, aku imam." Adam pandang Ash.
"Tak kan aku seorang je makmum?" Tanya Ash masih lagi mahu lari dari solat berjemaah.
"Tak apa lah. Baru nampak macam bini," kata Adam dengan senyuman nakal. Adam berjalan ke tempat imam selepas jemaah bangun.
"Ash, cepat." Adam bersuara tegas. Ash berlari-lari anak apabila dipanggil.
Ash dan Adam bergerak ke cafeteria.
"Adam, belikanlah aku apa-apa. Aku masuk Dining Hall dulu," kata Ash sebelum berlalu pergi ke Dining Hall.
Selepas membeli makanan, Adam masuk ke Dining Hall. Kelihatan Ash tidur dengan kepalanya diletakkan di atas meja. Adam mendekati. Dulang makanan diletakkan.
"Ash, bangun," kejut Adam dengan mengetuk meja beberapa kali. Ash angkat kepala. Dia tersenyum.
"Shrimp pasta," kata Ash dengan muka bahagia. Lantas garfu diraih.
"Makan lah. Nanti masa assembly jangan tidur pula. Nanti aku jerit nama kau karang," ugut Adam. Ash hanya mencebik.
____________
"Putera Adam, awak dah cari pasangan untuk pergi ke Malaysian Private School Institution Event?" Tanya Tuan Zikri ketika mereka berdua keluar dari dewan selepas perhimpunan tamat.
"Kalau lelaki tak boleh ke?" Tanya Adam sambil gosok leher. Tuan Zikri senyum.
"Saya tahu awak tak selesa nak bawa perempuan keluar. Tapi, Vand International Highschool yang uruskan majlis ni tahun ni. Dia wajibkan ketua pelajar dengan pasangan perempuannya. Kalau awak tak ada idea sangat nak bawa siapa, awak bawa je lah head girl," terang Tuan Zikri. Adam berkerut. Head girl? Victoria Jesse? Ouh, memang tak lah.
"Tak apa lah. Nanti saya cari pasangan sendiri," kata Adam dengan sengihan kelat.
"Eloklah kalau macam tu. Saya beransur dulu." Tuan Zikri meninggalkan Adam yang masih lagi berdiri di hadapan pintu dewan.
YOU ARE READING
Tyara College ✔
Novela JuvenilTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...