Bab 9

8.4K 371 3
                                        

Satu kesyukuran Ash tidak membuat masalah ketika menjadi pengapit. Ash duduk di bawah khemah dengan tangannya ligat bermain dengan telefon bimbit. Pengantin sibuk dengan sesi bergambar. Adam menghampiri Ash yang sedang bermain Farm Heroes Saga. Adam menghulurkan segelas air sirap selasih kepada Ash. Tanpa memandang Ash menyambut huluran itu dan meneguknya hingga habis.

"Jom balik. Cik Mas lama lagi kat sini. Dia suruh balik petik pucuk paku untuk jual. Lepas tu siap. Malam ni ada kenduri arwah dekat kampung sebelah. Dia kata kat sana ada line," kata Adam panjang. Dengar sahaja ayat 'ada line' Ash terus memandang Adam.

"Ye ke??" Tanya Ash teruja nak mati.

"Ye lah. Boleh lah kau update insta ke twitter ke. Tak pun call your daddy ke. Oh ya, jangan lupa chat Khairul kesayangan kau tu," kata Adam malas. Ash berkerut. Uish, asal tiba-tiba nama Khairul muncul ni.

"Oi, aku mana ada apa-apa. Minat gitu-gitu je. Nak update selfie kat insta, nak update 'bencinya aku dengan suasana kampung yang msikin' kat Twitter dan call papa. Nak nangis!" kata Ash bersungguh lalu melihat bateri pada telefonnya. Dia mencebik.

"Dah kenapa mencebik bagai tu?" Tanya Adam apabila tiba-tiba Ash mencebik.

"Tak ada apa. Jom balik! Bateri nyawa-nyawa babi ni," kata Ash lalu meletakkan gelas dan menarik lengan Adam menuju ke motorsikal.

Sampai sahaja di motorsikal terus ditepis tangan Ash yang memegang lengannya. Sesedap asam pedas ikan pari tukang masak dia sahaja nak pegang orang.

"Kan aku dah kata, jangan suka hati nak pegang-pegang," Adam memberi amaran tetapi Ash hanya buat bodoh.

"Diam lah. Cepatlah balik," kata Ash teruja. Nak balik. Nak buat karangan sebanyak satu kertas mahjong depan belakang. Nak luahkan kat papa.

~///~

"Papa nak tahu tak, Ash sekarang dah kenal bunga kantan dengan ulam. Lepas tu, Ash dah kenal lesung batu. Lagi, Ash dah pernah makan ayam kampung keras sikit....." Ash membebel dengan papanya tanpa henti. Adam dan Cik Mas yang berada di sebelahnya ketawa kecil melihat telatah Ash.

Adam teringat untuk menelefoni ibundanya. Ikon contact disentuh sebelum 'Bonda' menjadi nama tertera di skrin memanggil.

"Assalamualaikum. Bonda sihat?...."

Instagram Ash yang dah berhabuk tu dibersihkan semula. Tiga gambar dipost. Gambarnya dengan pemandang sawah di belakang dengan caption 'Morning, with sawah'. Kedua, gambarnya dengan Adam yang mereka saling berpandangan dengan caption 'TERsweet dengan musuh' dan akhir sekali gambarnya dengan inai acah ayu. Caption nak win 'Tak sabar nak pakai bila kahwin. Kikiki' Berangan!

Twitter tak payah cakap lah. Segala maki hamun keluar. 'Kampung are suck! F**k! Nak balik! TAK TAHAN!!' (BIG BOLD)

"Puas hati aku dah luah semua dengan papa and Mak Jah," kata Ash dengan senang hati ketika mereka menonton TV pada tengah malam.

"Kalau puas hati pun, boleh tak duduk jauh-jauh. Jangan nak menyendeng macam ni," kata Adam lalu menolak badan Ash yang bersandaran dengan bahunya.

"Kau ni kedekut lah," gumam Ash marah lalu membetulkan duduknya dengan jarak di antara Adam dan dirinya tiga jengkal.

"Kalau buat pahala, aku tak kedekut. Tapi, kalau buat dosa, aku akan sehabis baik kedekut," kata Adam sarkastik. Ash pegang dada dengan membuat muka tahan sakit.

"Ouh, DEEP! Dah lah nak masuk tidur. Nak elak buat dosa," kata Ash lalu bangun masuk ke dalam biliknya. Tudungnya dibuka. Ikatan rambut dilepaskan. Serum rambut disapukan pada hujung rambut. Time to sleep.

Tyara College ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang