Bab 46

6.9K 291 8
                                    

Ash melangkah malas menuju ke bilik kelab Muzikal. Cuti-cuti pon kena ada latihan. Sungguh kejam president kelab ini!

Pintu kelab dibuka. Keadaan hening. Ash lihat sekeliling. Adam memandangnya dengan pandangan tajam.

"Baru sekarang sampai?" Tanya Adam. Lantang dan kuat dengan keadaan kelab yang sunyi.

Ash telan liur. Sah Adam tengah mengamuk dan dia telah datang pada waktu yang salah.

"Sorry," balas Ash perlahan. Sedangkan dia tunang Adam pon takut, lagikan junior bawahan yang dimarahi itu. Dah kecut segala usus kecil dan besar agaknya.

"Doesn't mean that you are my fiancee, you got the pass to do whatever you want," kata Adam keras. Semua mata memandang ke arah Ash.

Ash diam dan tunduk bawah. Kenapa rasa nak menangis? Kenapa emosi sangat ni? Tapi, dia datang lambat je. Kenapa Adam baran sangat?

Adam berjalan menghampiri Ash. Ash yang menunduk dipandang.

"Dengar tak?" Tanya Adam dingin dan keras.

"Aku datang lambat je. Kalau kau marah kat orang lain, janganlah marah aku," kata Ash dengan esakan kecilnya.

Adam mengeluh perlahan.

"I am sorry. Pergi duduk," kata Adam lembut. Memang salah dia. Dia marahkan budak-budak junior dan Ash kena tempiasnya.

Ash mengambil tempat di meja yang terletaknya beg sandang Adam.

"Akak menangis?" Tanya seorang pelajar perempuan iaitu juniornya.

"Tak ada lah, drama je. Ini cara lembutkan hati dia," kata Ash lalu mengesat pipinya yang basah. Drama lah sangat kan. Kau pon dah kecut!

"Tadi teruk semua kena marah, kak," beritahu Lulu sayu.

"Dia marah sebab apa?" Tanya Ash.

"Yang main violin tu tak ikut timing sampai dah lari sangat dengan grand piano. Tu yang Tengku Adam mengamuk. Dia kata masa dah suntuk, tapi semua main-main lagi," terang Fatin yang menegurnya pada awal.

"Adam tu memang, baran," kata Ash geram.

"Tapi dengan akak mesti dia romantik kan?" Tanya Lulu.

"Romantik? Boleh kira guna jari lah. Tak lebih sepuluh kali," balas Ash.

"Tapi, kita orang tengok akak sweet je," kata Natty. Ash gelak.

"Ye, adakalanya sweet. Adakalanya aku terdetik, kenapa lah lelaki macam ni yang buat aku jatuh tergolek-golek?" Kata Ash membuatkan semua ketawa.

Adam menjeling tajam ke arah sekumpulan yang ketawa. Terus diam semua. Ash pon melarikan pandangan.

Ash membuka beg sandang Adam. Dia mencari telefon pintar Adam. Tiada, mesti ada dalam poket. Oh, ada powerbank. Ash mengeluarkan powerbank itu dan mula mengecas telefonnya yang tidak sempat dicas.

"Tak apa ke akak selongkar?" Tanya Fatin takut-takut. Sedangkan orang nak alihkan beg itu seincin pon dah meremang bulu roma, lagi nak buka.

"Berani dia nak marah sebab buka beg dia?" Tanya Ash sarkastik.

Ipad Adam dibuka. Buat pertama kalinya dia membuka Ipad itu. Adam tak pernah beri dia sentuh Ipad itu. Entah apa rahsia sangat. Bila tanya, jawapannya adalah sama. Just kerja.

Apa pula password ni? Birthday Adam? Salah. Birthday Ash? Salah. Okay, hampa sikit. Last digit number phone? Salah. Last digit ic number? Salah. Okay, kena tunggu 30 saat.

Tiba-tiba terasa ada bayang-bayang dihadapannya. Dan terasa ada tangan yang mencuit pinggangnya. Lambat-lambat kepala diangkat. Senyuman manis dihadiahkan buat buah hati pengarang jantung itu.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now