Adam tak berhenti gelak. Ash rasa macam nak luku je kepala mamat ni.
"Weyh, dah lah!" bentak Ash geram.
"Okey...hahaha," Adam sambung gelak lagi. Ash tak tahan dengan geramnya, Ipod touch 6 diketukkan pada kepala Adam.
"Auch," Adam merengus kesakitan sambil menggosok kepalanya.
"Padan muka. Aku kata dah kan," marah Ash. Adam senyum dengan sengihan.
"Tak ada lah. Dengan kau pakai kain batik ni, nampak macam minah kampung celup bandar tahu tak? Tak kena langsung. Macam lake swan cuba nak jadi itik," kata Adam dengan sengihan yang masih bersisa.
"Kurang asam lah kau ni," rungut Ash lalu tersenyum. Lawak pula perumpamaan lake swan cuba nak jadi itik.
"Macam mana kaki?" Tanya Adam prihatin.
"Dah tak sakit dah," kata Ash gembira. Adam senyum sinis.
"Tak mati kan?" Tanya Adam sarkastik berbaur perli. Ash jeling geram.
"Kau yang tipu aku lah, bana," marah Ash. Adam gelak.
~///~
Adam gelak kuat diikuti dengan Cik Mas. Ash tarik muka cemberut. Dari pagi tadi bawa sampai ke malam. Dia orang ni asyik nak gelak je.
"Kau ni memang kerja nak gelakkan aku sehari suntuk eh?" Tanya Ash geram. Adam berhenti ketawa.
"Weyh, yang kau potong ni tofu kan? Asal buruk sangat rupa? Ni carrot kan? Mana ada orang potong panjang-panjang. Kau ingat ni fries?" Adam ketawa lagi. Aduh, bahan-bahan dalam lodeh hasil potongan Ash memang hancur. Segala bentuk ada.
"Bising lah kau. Cik Mas tak cakap apa pun," marah Ash.
"Cik nak tegur. Tapi, tengok dia beria ambil pisau nak tolong potong tu yang tak jadi. Simpati,"
kata Cik Mas dengan nada gurau."Boek lah jawapan, cik," sokong Adam. Ash ketap bibir geram.
"Memang hari ni semua nak bahan Ash kan," kata Ash sayu. Adam gelak. Cik Mas geleng kepala.
"Dah makan. Lepas ni Ash kena belajar lipat baju," arah Cik Mas. Ash senyum bahagia.
"Lek eleh, lipat baju je. Ash reti lah," kata Ash bangga. Adam sengih sumbing.
"Will see," kata Adam mengejek.
Adam gelak sambil memegang perutnya. Dari atas sofa hingga berguling ke bawah. Cik Mas gelak perlahan.
"Weyh, ni baju ke roti canai?" Tanya Adam dalam gelaknya. Ash tarik nafas perlahan. Tenangkan diri.
"Kau ni kan. Haih, ada yang masuk ICU ni," gumam Ash perlahan. Dia membuka lipatan baju yang tidak jadi itu. Dia cuba lagi. Argh! Kenapa semua macam roti canai?
Tiba-tiba Adam mengambil tempat disebelahnya. Sehelai baju lengan panjang Ash diambil. Dilipat dengan kemas. Dia senyum manis pada Ash. Ash merengus geram. Disebalik senyuman tu, tersisip ejekan. Menyampah!
"Dah lah aku nak masuk tidur," kata Ash dengan nada merajuk sebelum berlalu masuk ke dalam bilik. Adam geleng perlahan.
Setibanya dia di bilik, ikatan rambut dibuka. Rambutnya dibelek. Dia perlu inaikan semula. Warna semakin pudar. Salah satu dari luggage yang dibawa dibuka. Beberapa kotak inai rambut diperhatikan. Warna light brown diambil.
"Esok nak guna yang ni lah," kata Ash lalu meletakkan kotak itu di atas katil.
~///~
"Ash, kau tak ada kerja lain ke?" Tanya Adam bosan.
"Kau diam lah. Kejap lagi basuhlah," balas Ash geram. Adam mengeluh.
"Warna apa ni Ash?" Tanya Adam berkaitan inai rambut yang Ash pakaikan untuknya.
"Light brown," balas Ash sepatah sambil melicinkan kuku dengan menggunakan nail buffer.
"Dah ke belum?" Tanya Adam apabila masa sudah setengah jam berlalu. Ash tengok jam di tangan.
"Okay, dah," kata Ash lalu membuka shower cap di kepala Adam. Ditarik lengan Adam menuju ke tandas.
Tuala kecil diletakkan di bahu Adam. Kepala Adam ditundukkan. Ash membilas dengan senang hati. Siapa tak senang hati bila prez sekolah terpaksa dengar kata dia. Niat hati nak warnakan rambut sendiri, akhirnya warnakan rambut orang lain.
"Puas hati?" Tanya Adam sarkastik. Rambutnya dibelek di hadapan cermin. Adus, hilang kesempurnaan lelaki melayu. Taguna punya Ash.
"Puas lah," jawab Ash riang. Cik Mas masuk ke dalam rumah.
"Astaghfirullah hal azim. Ni kenapa rambut tukar karat ni?" Tanya Cik Mas dengan nada sedikit marah. Adam angkat bahu lalu jari telunjuknya ditunjukkan pada Ash. Ash senyum.
"Tukar style, cik," kata Ash.
"Macam-macam kau orang ni. Kelapa yang dalam kereta sorong tu nanti kopek, lepas tu parut. Pemarut kelapa aku dah sediakan kat belakang rumah. Nanti balik, aku nak tengok dah siap. Aku nak pergi hantar belut kat kampung seberang," arah Cik Mas. Adam angguk. No hal kopek kelapa.
"Aip-aip, captain," balas Ash acah-acah macam spongebob. Cik Mas geleng sebelum beredar dengan kunci motor di tangan. Adam angkat kening pada Ash.
"Ye lah, jom," kata Ash lalu bangun menuju ke belakang rumah.
<..........................>
"Argh!"
"Tajamnya!"
"Adam! Takutlah!"
Setiap jeritan Ash adam buat tidak layan. Jangan terlalu manjakan Ash ni. Biar dia rasa macam mana nak parut buah kelapa. Ash letak je dekat mesin, jerit. Buka mesin, jerit. Adam baling kelapa, jerit. Memang perempuan suka jerit eh?
"Ash, boleh tak kau berhenti jerit. Kalau lah hari-hari macam ni, pecah gegendang telinga aku," rungut Adam.
"Kalau tak nak dengar aku jerit-jerit, tolonglah!" Marah Ash. Adam angkat bahu.
"Dah tu siapa nak kopek kelapa ni? Cantik muka kau nak suruh aku buat semua benda. Kau fikir kau tu anak raja?" Marah Adam tidak puas hati. Kalau dah semua benda Ash tak nak buat, buat apa dia datang sini.
"Eleh cucu raja ni. Tolong sikit pun tak boleh," gumam Ash rendah.
"Tak boleh! Kau sambung kerja kau tu," marah Adam.
"Coconut grinder ni menyeramkan lah," kata Ash perlahan. Adam pandang Ash lama.
"Tak ada yang menyeramkan. Cepat buat, cepat rehat," arah Adam.
~///~
Ash berpaling apabila ada orang memberi salam. Siapa pula yang ganggu orang tengah menyapu halaman rumah ni. Dua orang lelaki keluar dari perut teksi. Wow, handsome. Ash senyum.
"Waalaikumsalam. Cari siapa?" Tanya Ash dengan senyuman bajet ayu.
"Tak cari siapa, dik. Ni rumah abang," jawab seorang yang lebih muda.
"Ni Ash eh?" Tanya seorang yang lebih tua. Ash berkerut. Aik, famous sangat ke aku ni.
"Hai, nama abang Affin. Panggil Abang Fin lah. Ni abang punya abang, Afzin. Panggil je Abang Zin," Affin mengenalkan dirinya. Ash buntu. Siapa dia orang ni. Afzin senyum pada Ash.
"Ya Allah. Sampai pon kau orang," teriak Cik Mas dari pintu rumah.
YOU ARE READING
Tyara College ✔
Teen FictionTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...