Bab 27

7.8K 340 8
                                    

Ash menghampiri Adam dengan membawa setin Nescafe. Nescafe itu diletakkan di atas meja. Ash mengambil tempat di hadapan Adam. Ash pandang sekeliling. Dia pun tak tahu kenapa Adam bawa dia ke sini.

"Kenapa kita kat sini?" Tanya Ash. Adam pandang Ash sekilas sebelum tin Nescafe itu dibuka.

"I need to rest my mind," balas Adam. Kening kanan Ash terjongket.

"Kat 7E? Serius ah, kau rest mind kau kat 7E?" Tanya Ash tak percaya. Memang lah tak percaya. Siapa je yang nak rest mind kat 7E.

"Maksud aku rest mind dari serabut kejap lah. Kau juga yang kata kalau nak mati, mati seorang," balas Adam lalu menyembamkan muka ke atas lengan di atas meja.

"Adam, what's wrong? Kau ada masalah kan?" Tanya Ash. Adam angkat muka. Rambutnya dikuakkan ke belakang. Matanya menahan tangis.

"Jangan pedulikan aku. You don't have to put your feet into my shoes. Let me handle my own life. Selama ni tak ada siapa pun kisah," kata Adam. Ash terdiam.

"Aku pun salah satu dari masalah kau ke? Kalau ya, aku boleh bagitahu papa untuk stop all of this nonsense," kata Ash membuatkan Adam pandang Ash lama.

"Kan aku dah kata, kau tak perlu ambil kisah pasal hidup aku. Aku tahu, memang tak adil bila setiap kehidupan kau aku kawal. Tapi, just tak payah," kata Adam sebelum dia bangun dengan kunci kereta di tangan.

"Kenapa?" Tanya Ash membuatkan Adam berhenti melangkah. Adam pandang Ash sekilas sebelum meneruskan langkah menuju ke kereta.

'Cause it just make my heart flutter,' kata hati Adam.

Keadaan dalam kereta sunyi sepi. Perlahan-lahan Ash melelapkan matanya. Adam mengeluh perlahan. Dia tak faham dengan perasaanya. Ini ke rasa bila ada kawan? Ke ini rasa bila kita mula sayangkan seorang kawan? Ke ini rasa bila kita sudah mula cintakan seseorang? Argh! Serabut!

Adam menepuk bahu Ash beberapa kali. Ash terpisat-pisat membuka mata. Dia melihat sekeliling. Oh, dah sampai. Beg digantung pada bahu. Baru mahu keluar dari kereta, dia teringat sesuatu.

"Adam, esok aku ada appointment gigi," beritahu Ash.

"Hmm. Esok kita pergi dalam pukul 10 pagi. Jangan lambat. Subuh kat bilik je. Isyak jangan lupa," pesan Adam. Ash senyum sebelum keluar.

🍭🍭🍭🍭🍭🍭

"Doktor, saya nak pilih color sebelum doktor buka mulut ni. Nanti susah nak tengok warna," kata Ash selepas masuk ke dalam bilik rawatan. Banyak kali pun terjadi. Dah baring, buka mulut, baru nak tanya warna. Macam mana nak tengok!

"Ya, Ash. Nak warna apa?" Tanya Dr. Fazli.

"Mickey Mouse navy blue."

Adam di luar sambung beberapa kerjanya yang tergendala. Kerja sekolah, asrama, club dan royal family. Komitmen apakah ini?

"Adam! Lawa tak?" Tanya Ash dengan tayang giginya. Adam pandang tanpa riak.

"Biasa je. Jom," balas Adam jujur. Ash julingkan matanya. Ash membuntuti Adam untuk keluar dari klinik pergigian ini.

"Next nak pergi mana?" Tanya Ash apabila Adam membuka enjin kereta.

"Lunch. Nak kat mana?" Adam mula memandu.

"Kenny Rogers," kata Ash.

Adam memandu menuju ke Berjaya Times Square. Selepas membuat pesanan, Adam menyambung kerjanya semula.

"Weyh, asyik buat kerja je kau ni," kata Ash tidak puas hati. Memang tak puas hati. Tak suka tengok orang workaholic.

"Kalau aku tak buat, kau nak buatkan?" Tanya Adam dengan nada sinis. Baru Ash mahu menjawab, ada suara seorang lelaki menyapa.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now