Bab 29

7.6K 384 23
                                    

"After all your confession words, kau buat aku macam ni? Kau tahu tak aku sakit hati gila! Kau tak faham ke, kalau perempuan diam maksudnya dia terima!" Ash bercakap cukup lantang. Seisi dewan dapat mendengarnya. Adam masih lagi dengan muka tak beriak.

"Terima? Terima apa?" Tanya Adam dengan senyuman sinisnya.

"Kalau kau rasa nak mainkan aku, kau dah menang," kata Ash geram. Dia berjalan ingin keluar dari dewan.

Adam tarik lengan Ash. Tali leher yang berada di dalam vest dikeluarkan. Tie clipper yang terukir namanya dibuka dan di pasang pada tali leher Ash. Tie clipper milik Ash dibuka sebelum dipasang pada tali lehernya. Ash pandang Adam tak berkelip. Sorakan mula bergema. Ada yang suka dan ada yang tidak. Ini tradisi Tyara College. Apabila pasangan dalam official date, mereka akan bertukar tie clipper.

"Explain, please," kata Ash perlahan. Adam senyum. Tiada lagi senyum senget. Tiada lagi senyuman yang menyakitkan hati. Ini senyuman manis bak selori gula pasir dalam teh hijau.

"From now on, we are officially date. Sorry, sakitkan hati kau. Perkataan terima tu yang aku nak dengar," balas Adam dengan diselangi senyuman yang cukup menawan.

"Adam, serius lah," kata Ash tidak percaya. Memang tak percaya. Angan-angan kosong sahaja bila dia terbayang memiliki hati kerabat. Sekarang, angan-angan jadi kenyataan. Adakah ini mimpi?

"Tak, Ash. Kau tak mimpi. Semuanya betul," kata Adam membuatkan Ash terkebil-kebil. Hish, mamat ni.

"Ehem," dehem Tuan Zikri kuat. Adam pandang Tuan Zikri. Senyuman nakal ditarik.

"Perhatian! Hari ni cuti peristiwa!" Adam membuat keputusan tiba-tiba. Ramai yang bersorak kuat. Tuan Zikri dah senak. Sejak bila Putera Adam pandai buat hal ni? Sejak berkawan dengan Ash ke?

Adam berjalan dengan menarik lengan Ash keluar dari dewan. Mereka menuju ke arah tempat letak kereta. Adam membukakan pintu kereta Maserati GranCabrio bahagian penumpang depan untuk Ash. Jelas kelihatan ragu-ragu Ash.

"Kita nak pergi mana?" Tanya Ash selepas 10 minit dalam perjalanan. Adam masih dengan senyuman bahagianya.

"Jumpakan kau dengan nenda," balas Adam.

"Huh?! Weyh, kau biar betul! Aku... aku." Kata-kata Ash tersekat.

"Kau tak sedia?" Tanya Adam. Fuh! Sedas kena di dada.

"Sort off lah. Permaisuri Melaka tu aku nak hadap," kata Ash perlahan sambil kepalanya ditundukkan.

"Chill. Nenda baik," balas Adam bersahaja.

Memang lah kau kata chill. Kau yang tak menghadap. Tak pernah-pernah aku masuk istana. Mak ai, nervous ni.

Dari KL ke Melaka, dua jam sahaja perjalanan. Tapi, siapa je tak mengantuk kalau keadaan kekok macam ni. Jadi, baiklah lelapkan mata sekejap. Dunia, biar aku tidur.

"Ash, bangun," kejut Adam lembut. Sejak bila Adam bertukar jadi romeo kelas satu ni?

"Sampai?" Tanya Ash tutup gugup.

"Ya," balas Adam pendek. Ash lihat sekeliling. Wahau!

Memang istana. Buat kali pertama dia masuk istana. Dulu, masa papa ambil pangkat Dato' pon dia masih belum lahir. Pintu istana yang sebesar alam diteliti dari dalam kereta. Kalau aku kahwin dengan Adam, maksudnya aku bakal duduk sini lah kan. Eh, relationship tak sampai sehari dah fikir kahwin.

"Ash, tak nak turun?" Tanya Adam yang sudah keluar dari kereta. Adam masih lagi dengan kaca mata hitamnya.

Lambat-lambat Ash keluar. Dia mengikut langkah Adam dari belakang. Pengawal yang menjaga pintu terus membuka pintu utama istana yang setinggi 15 meter. Pengawal keselamatan itu lantas menunduk hormat. Adam berjalan masuk ke dalam. Tapi, Ash ditahan untuk pemeriksaan.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now