Ash, Adam dan Isao menunggu di hadapan rumah Hideki Hayashi. Seorang pembantunya membukakan pintu. Dijemput mereka bertiga masuk.
Kelihatan Hideki keluar perlahan dari dalam rumahnya. Apabila matanya menyapa wajah Adam, dia terpaku. Dia terkejut. Wajah lelaki yang berada di depannya sangat sama seperti anak perempuannya yang telah pergi 17 tahun lalu.
"Adam Hayashi?" Tanya Hideki tanpa teragak-agak. Dia yakin inilah satu-satunya cucu dia. Cucu inilah yang akan mewarisi hartanya.
"Yes," balas Adam pendek. Di sini, di negara ini. Dia adalah Adam Hayashi. Fakta yang susah untuk diterima.
Lelaki tua itu berjalan mendekati Adam sebelum tubuh Adam didakap erat. Adam terkedu. Sangkaannya meleset. Dia sangka Hideki akan menghalaunya. Malah, lelaki tua ini menyambut kehadirannya.
"I've been waiting for you to come here. I've been waiting to meet you. I always wanted to see my only grandchild face before I die. And god blessed me today," kata Hideki. Adam terkedu lagi. Lambat-lambat pelukan Hideki dibalas.
Hideki menjemput Adam dan Ash masuk ke dalam rumahnya. Keadaan masih lagi kekok di antara mereka.
"So, Mr. Hayashi. When did you know about me?" Tanya Adam untuk memecahkan kesunyian apabila Hideki tidak henti dari merenung wajahnya.
"Call me Ojichan. Can?," balas Hideki yang sasar jauh dari soalan Adam. Adam angkat kening pada Ash.
"Hai, mochiron," balas Ash apabila Adam diam tidak membalas. Adam terus mencerlung memandang Ash. (Ya, sudah tentu)
"Gomen'nasai. Shikashi, anata wa daredesuka?" Tanya Hideki kepada Ash. (Maaf. Tapi siapa awak?)
"Watashi no fianse," balas Adam laju. Hideki mengangguk sebelum matanya memandang Ash. (Dia tunang saya)
"Kawai on'nanoko," kata Hideki sambil matanya tak lepas memandang Ash. Ash yang tidak selesa terus menepuk peha Adam minta diselamatkan.
"Should we back to my question?" Tanya Adam penuh sinis. Dia benci bila lelaki pandang Ash begitu. Dia benci sehingga rasa nak cungkil biji mata lelaki itu.
"Sorry, what is it?" Tanya Hideki dan terus meletakkan fokusnya pada Adam.
"When did you know about me, ojichan?" Tanya Adam mengulang semula soalan pertamanya.
"Oh. After your dad, Tengku Azmi came and told me that my daughter had passed away after giving birth to you," balas Hideki penuh sebak. 17 tahun telah berlalu, tapi hati masih tidak dapat menerima pemergian anaknya.
"What makes you accept me?" Susah nak percaya yang Hideki menerimanya.
"You are the only heirs that I have and all my assets will be inherited by you," kata Hideki membuatkan Adam terkedu. Dia tak boleh terima harta Hideki. Sumbernya jelas dari yang haram.
"I'm sorry, but I can't. The only things that I want is that house at Iwate," balas Adam pantas. Dia sendiri anak bakal sultan Melaka, berapa banyak harta yang dia perlu ada. Berapa lama malaikat nak tanya perihal hartanya? Harta hanya membebankan.
Kedengaran Hideki mengeluh perlahan. Mungkin tidak percaya yang masih ada orang yang menolak harta sebanyak itu.
"Can you think about it again?" Tanya Hideki dengan pandangan mengharap.
"Give it to another person. I really don't want it." Adam menekankan lagi kata-katanya. Hideki perlu faham yang dia tidak mahu.
💞💞💞💞💞
Ash bersandar pada bahu Adam. Senggugut tak pernah datang pada waktu yang sesuai. Rasa sakit pada pinggangnya sampai rasa nak tercabut. Okay, hiperbola.
"Kenapa?" Tanya Adam apabila melihat wajah Ash yang tidak ubah seperti ayam berak kapur.
"Period pain," balas Ash malas. Adam mesti mahu memarahinya kerana duduk terlalu rapat begini. Ash membetulkan posisi duduknya dan mengesot ke kanan dan bersandar ke pintu kereta.
"Sakit sangat?" Tanya Adam. Ash geleng.
"Normal lah," balas Ash tetap dengan nada seperti tiada semangat untuk hidup.
Adam mengesot menghampiri Ash.
"Kau sakit sangat ke? Kalau sakit kita balik," kata Adam penuh kelembutan. Afiq yang berada di hadapan sudah mula rasa mual dengan drama tak berbayar mereka.
"Tak apa, sikit je," balas Ash dengan pinggangnya dipegang kejap. Dia tak boleh tipu yang rasa sangat mencucuk.
"You are not okay, dear. Afiq, kau ada panadol menstrual? Tanya Adam membuatkan Afiq tercengang. Gila apa!
"Kau dah kenapa? Aku bukannya period sampai nak ada panadol tu," kata Afiq dengan suaranya meninggi. Terkejut sangat tu.
"Ye tak ye kan," balas Adam dan mengeluh. Ash gelak.
"Janganlah kalut sangat. Isao, stop at any convenient store and buy me panadol menstrual," kata Ash. Kadang-kadang Adam ni tak boleh guna. Benda senang tak boleh handle.
Selepas Isao berhenti di kedai dan membeli ubat, Ash terus mengambil ubat yang bewarna merah jambu itu. Ubat dimakan.
"Sleep. Ibaraki jauh lagi," kata Adam lalu menarik Ash bersandar kepadanya.
Ini namanya tuah dalam kesulitan. Hargailah!
💞💞💞💞💞
Adam, Afiq dan Isao masuk ke dalam kereta selepas melawat pusara Hanae. Ash hanya duduk di dalam kereta memandangkan yang dia sedang haid.
"Okay?" Tanya Ash pada Adam yang wajahnya keruh. Adam hanya senyum.
"Ini yang terakhir. Jadi, Afiq. Kita dah boleh mula bercuti," kata Adam. Afiq hanya diam. Adam berkata begitu untuk menutup dukanya.
Isao memandu kereta kembali ke Iwate.
Mereka tiba semula di Iwate lewat malam. Adam hanya termenung sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir enam jam. Ash dan Afiq telah tidur keletihan.
"Ash, bangun," kejut Adam. Sah gadis ini sudah pengsan akibat panadol lagi.
Tiada pilihan. Siapa lagi yang mahu bawa Ash ke dalam kalau bukan dia. Pembantu rumah? Ash bukannya ringan.
Adam keluar dari kereta dan membukakan pintu kereta di sebelah Ash. Perlahan dia mengangkat tubuh Ash. Tuhan, maafkan aku.
Adam meletakkan Ash perlahan di atas katil. Adam tenung wajah Ash lama. Manja dan mengada Ash tidak pernah mengurangkan sukanya pada gadis itu walau sesekali dia terasa rimas. Kadang-kadang perangai kebudakan Ash itu lah yang dia rindu. Rasanya dia dah angau sangat ni.
"Jangan tenung lama-lama, bro. Syaitan bersorak tu," tegur Afiq yang berada di muka pintu. Adam berpaling.
"Astaghfirullah hal azim," ucap Adam perlahan. Semua ini dosa. Zina! Masya Allah, dia lalai lagi.
Adam keluar dari bilik Ash. Pintu itu ditutup perlahan.
"Thanks, bro," ucap Adam pada Afiq. Afiq gelak.
"Kalau aku tak tegur tadi bakal jadi apa-apa ke?" Tanya Afiq.
"Aku tak gila lagi. Dan untuk pengetahuan kau, aku tenung dia tanpa ada fikiran kotor. Tanpa ada rasa nafsu," kata Adam tidak mahu Afiq terus salah faham.
"Aku tahu lah. Aku lelaki, and i know that kind of look bila kau pandang dia. Macam sarat dengan cinta," kata Afiq dengan nada penuh drama.
"Pandai-pandai kau je," balas Adam perlahan. Tetapi wajahnya terasa membahang. Hal hati dan perasaan paling dia benci bila orang lain tahu.
"Tapi aku tak salah kan? Dan aku tanya sekali lagi. Apa yang membuatkan kau suka, sayang, cinta sangat kat Ash tu?" Tanya Afiq. Adam perlahan mengukirkan sedikit senyuman.
"Sebab Ash adalah Ash." Adam membalas mudah.
![](https://img.wattpad.com/cover/84280006-288-k254023.jpg)
YOU ARE READING
Tyara College ✔
JugendliteraturTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...