Ash keluar dari surau sambil melipat lengan baju. Hari ini sungguh terik. Keluar sahaja dari surau, terasa berbahang.
"Ehem."
Langkah Ash mati mendengar suara itu. Dia berpaling memandang suara itu.
"What?" Tanya Ash lemah. Rimas dia dengan lelaki ini.
"You pergi Japan dengan Adam?" Tanya Khairul. Ash menjulingkan matanya.
"Salah ke?" Tanya Ash dengan nada jengkelnya.
"Do you hate me that much?" Tanya Khairul sayu. Ash mengeluh perlahan.
Baru sahaja mulut mahu menjawab, ada yang memanggil dari belakangnya."Ash," tegur Afiq. Lantas Ash pusing.
"Afiq!" Ash meluru ke arah lelaki itu.
"Kau masuk kelas mana?" Tanya Ash.
"Sama dengan Adam," beritahu Afiq. Ash angkat kening. Sah, stok-stok IQ 400 dan ke atas.
"So, classmate dengan dia ni lah?" Ash menunjuk kepada Khairul.
"A'ah. Ex ke?" Tanya Afiq.
"No. Someone that I have crushed on long time ago," balas Ash sebelum menarik Afiq untuk meninggalkan Kahirul yang memandang Ash sepi.
"Kenapa kau macam tak suka dia?" Tanya Afiq ketika mereka menjamu makan tengah hari.
"Dia mainkan aku dulu. Aku jadi marah lah. Entah apa penyakit nak perhatian aku pula," kata Ash jengkel.
"Adam tahu?" Tanya Afiq.
"Aku dan Adam tiada rahsia lah. Oh ya. Mana Adam dengan Amer?" Pelik. Selepas sahaja solat, Adam dan Amer terus hilang.
"Dia orang terus ke bilik kelab. Adam suruh aku temankan kau makan dan belikan dia orang makanan. Adam suka makan apa?"
"Belikan je apa-apa. Adam tu tolak kayu dengan batu je," kata Ash. Afiq mengangkat bahu.
💞💞💞💞💞
Ash duduk di tepi gelanggang bola keranjang. Afiq baru sahaja tiga bulan di sini tetapi popularitinya bukan main.
Ash perhatikan tiga orang kawan baiknya yang bermain bola keranjang. Oh, yang satu tu tunang. Untung rasanya ada tiga lelaki yang jadi bodyguard sepenuh masa. Dicemburui ramai oleh pelajar.
Amer, lelaki tinggi berkulit sawo matang dengan pakej senyuman seksi. Pandangan mata yang mampu mencairkan hati. Siapa sahaja tak jatuh suka. Afiq, dia lah paling pendek di antara Amer dan Adam. Mempunyai kulit kuning langsat dan riak wajah yang sentiasa ceria. Senyuman manis yang tidak pernah lekang. Siapa sahaja tidak cair. Adam, ini susah. Dia hanya lelaki tinggi dengan kulit puith pucat. Matanya separuh sepet dan bibir yang sentiasa tersenyum senget. Senang cerita, tak ikhlas nak senyum. Pandangan tajam yang menggerunkan dan senyuman yang mendamaikan. Tahu kontra, tapi itu lah membuatkan Adam sempurna. Di mata Ash sahaja lah.
Afiq berjalan dengan nafas berat menuju ke arah Ash yang sedang duduk memeluk lutut.
"Air," pinta Afiq. Lantas Ash memberikan botol mineral kepada Afiq.
"Penat?" Tanya Ash seraya mengambil tuala muka dan mula mengelap peluh di wajah Afiq.
"Penat lah juga," balas Afiq. Layanan dari Ash mengalahkan layanan bini. Ini namanya ambil kesempatan dalam kesulitan.
"Tunang awak kat sini, cik Ash," tegur Amer. Ash gelak.
Dikerling Adam yang tidak mahu memandangnya. Muka dah masam mencuka. Cemburu lah tu. Hailah, kawan sendiri kot.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tyara College ✔
Teen FictionTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...