Bab 36

7K 311 7
                                        

Ash berjalan menuju ke Bugatti Chiron milik Adam dengan baldi di tangan. Adam yang bersandar di kereta berdiri tegak. Penampilan Ash ditilik. Hoodie pink dan juga work out legging. Hoodie menutupi kepala. Inner neck sahaja yang dipakai untuk menutupi rambut dan leher.

"Ini kali terakhir aku nampak kau pakai macam ni. Ingat, kali terakhir," kata Adam keras. Ash berkerut. Lah, apa masalahnya.

"Apa masalahnya?" Tanya Ash sambil menilik pakaiannya.

"Your leggings, way too tight. Tudung mana? Aku faham lah dah tutup rambut segala. Habis, dada tu? Kena tutup sekali Ash. Allah dah sebut dalam al-Quran. Labuhkan tudung menutupi dada," bebel Adam. Terkulat-kulat Ash.

"Ye, last. Next time tak ada lagi." Ash mengaku kalah.

"Good fiancè. Apa lagi, start lah," arah Adam. Dia berjalan menuju ke sebuah meja.

"Kau tak tolong?" Tanya Ash dengan membuat muka kesian.

"Kerja kau kan? So?" Tanya Adam sarkastik. Ash mengeluh.

Ash membasuh kereta Adam dengan bersungguh. Nak juga Adam puji dia secara ikhlas. Tak tipu lah yang dia sekarang ni desperate mahukan perhatian Adam. Adam selalu berikan layanan dingin kepadanya. Sampai rasa keliru, betul ke dia orang ni bertunang?

Selepas siap segalanya, Ash berjalan menuju ke meja yang diduduki Adam. Panas betul hati bila nampak Hanis di situ. Seksi lagi. Ash tilik Hanis dari atas hingga ke bawah beberapa kali. Leggings hitam berjaring pada bahagian tepi berserta cropped top hoodie menampakkan pusatnya.

"Adam!! Aku dah siap," kata Ash dengan nada manjanya. Adam kerling pada keretanya sekejap sebelum kembali mengajar Hanis Add Math.

"Thanks," ucap Adam sepatah selepas beberapa saat. Ash juling mata ke atas. Tu je?

Ash tercegat berdiri melihat Adam dan Hanis. Walaupun aku dah tahu sangat cara Adam layan aku, tapi aku tetap terasa. Aku tetap kecil hati. Dia boleh je cakap baik-baik dengan perempuan lain. Tapi dengan tunang sendiri pun tak boleh.

Ash mengeluh perlahan. Dia berjalan menuju ke kereta Adam semula. Baldi yang digunakan diangkat. Baru beberapa langkah, namanya diseru. Bukan Adam, tapi Khairul.

"You basuh kereta dia? Dia menperhambakan you ke?" Tanya Khairul dengan nada marahnya.

"No. We deal something. And i lost. So, this is my job," balas Ash malas. Mood hilang.

"Ouh. Eh, berat ni. Nak I tolong?" Tanya Khairul. Ash kerling pada Adam. Dia mengeluh.

"No, thanks. Move," Ash berjalan terus menuju ke asrama perempuan.

Ash duduk di hadapan meja soleknya. Rambutnya yang bewarna merah dikuak ke belakang. Wajahnya ditenung.

"Nak kata Hanis tu lawa, aku lagi lawa. Maybe Adam minat tanned skin macam minah tu kot. Tapi, aku lagi lawa!! Kenapa dia layan betina tu dengan baik sedangkan aku lagi lawa!" Bentak Ash. Nasib memang tak ada orang dalam dorm. Kalau tak, mesti Juanne dah tanya kenapa.

Ash mengeluh. Adam. Kenapa Adam nak bertunang kalau sikit pun dia layan tak macam tunang. Telefon berdering mematikan lamunan Ash. Dia menjawab panggilan itu.

"Lunch. 10 minutes from now," kata Adam sebelum mematikan talian. Ash mengeluh.

Makan tengah hari yang sangat hening. Ash tak bercakap langsung. Hanya sesekali Adam bercakap dan percakapannya jelas tidak dilayan oleh Ash.

"Kau kenapa?" Tanya Adam. Kesabarannya dah hilang. Ash hentak chopsticks di atas pinggan. Cukup kuat bunyinya.

"Aku kenapa atau kau kenapa!" Ash membalas. Kesabarannya juga tercabar.

Tyara College ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang