Adam memberhentikan kenderaan di hadapan Aman Mall. Ash melihat keadaan sekeliling. Adam dipandang.
"Kita nak buat apa kat sini?" Tanya Ash.
"Kau kan dah bosan duduk kampung. Aku hantar kau dekat bandar sikit. Kau shopping lah apa yang kau nak. Aku nak tidur. Apa hal call aku," balas Adam sebelum membaringkan seat.
"Alah, kau tak nak teman aku ke? Tak risau ke kalau aku hilang nanti?" Ash buat muka comel tambh seposen. Adam mengeluh.
"Ye lah." Mengalah je lah. Dia ni selagi tak bagi menang, selagi tu dia memaksa. Nanti keluarlah ugut-ugut dia tu.
Ash menarik Adam berjalan ke arah kedai pakaian Uniqlo.
"Lawa tak ni?" Ash menunjukkan sehelai baju T bewarna hitam dengan tulisan seperti darah Play No More.
"Hmm,"balas Adam malas.
"Alah, kau ni. Ikhlas lah sikit jawab. Lawa tak?" Ash tanya lagi. Adam mendengus.
"Ya, lawa. Sesuai dengan kau. Sangat," balas Adam geram dengan menekan perkataan sangat. Ash jeling maut.
"Tak pernah ikhlas," gumam Ash. Dia membelek saiz baju sambil mengacukan di tubuh.
"Ambil M. Aku tahu kau nak ambil saiz S. Tak payah nak tayang badan sangat," tegur Adam dengan matanya tajam memandang Ash.
"Besar sangat lah M." Ash mengacukan baju saiz M pada tubuh.
"Kan lebih baik kalau berbaju longgar sedikit. Kau nak tayang kat sapa body? Keep for your husband je lah," nasihat Adam lalu mencapai baju bersaiz M lalu dihulurkan pada Ash.
"Kenapa kau nak ambil kisah pasal hal aku ni?" Tanya Ash tak puas hati.
"Aku sayang kau sebab kau sesama islam. Tanggungjawab aku untuk betulkan apa yang salah. Kalau kat akhirat nanti, Allah tanya 'Kenapa tak tegur Ashreena?' Aku nak jawab apa? Sekurangnya sekarang aku dah tegur. Aku dah nasihat. Aku dah usaha. Jadi tanggungjawab aku dah selesai. Jadi, hal ni antara kau dengan Allah pula," ceramah Adam panjang. Ash tunduk. Asal deep sangat ni!!
"Ye lah," Ash mengalah dengan mencapai baju bersaiz M. Adam senyum. Bukan sinis, tetapi bersyukur.
Adam membelek baju pula.Kemeja yang bewarna maroon itu menarik perhatiannya. Seorang promoter mendekati Adam. Adam senyum.
"Cucu sultan Melaka pakai ke brand Uniqlo? Bukan pakai Arrow je ke?" Perli Ash. Adam pandang pelik.
"Tak kisah lah aku cucu sapa pon. Aku suka hidup jadi rakyat biasa dari jadi cucu sultan," balas Adam seraya mencari saiz.
"Alah. Best apa jadi kerabat ni. Duit berlimpah, orang hormat," kata Ash bersungguh. Adam pandang Ash sebelum senyum.
"Semua tu tak bawa masuk syurga, sayang," kata Adam lembut. Ash julingkan matanya ke atas.
"Baiklah, Tengku Putera Adam Farhan Mukmin Shah bin Tengku Raja Amin Fazil Mukmin Shah bin Tuanku Paduka Baginda Tengku Sultan Azmi Fadhil Mukmin Shah bin Almarhum Tengku Sultan Abdul Faizal Mukmin Shah," kata Ash selafaz. Adam tersengih.
"Sampai ke moyang aku kau hafal," seloroh Adam.
"Alah, maklumat kau hujung jari je lah," kata Ash bangga. Adam angkat bahu. Kemeja jeans di tangan dibelek.
"Tengku, kemeja jeans ini juga terdapat pasangannya untuk ladies. Couple shirt," kata promoter perempuan itu tiba-tiba. Adam dan Ash berpandangan sebelum tersengih. Alamatnya, kalau dah 44 kali orang kata dia orang ni couple, bercinta kot.
"Boleh lah. Kemeja yang perempuan tu sila bagi saiz M. Yang ni bawa ke kaunter, ya" pinta Adam. Promoter itu cepat mengambil baju dari lengan Adam.
YOU ARE READING
Tyara College ✔
Teen FictionTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...