Baju kebaya rasmi sekolah pada hari jumaat dikemaskan di hadapan cermin. Ash duduk di atas kerusi di hadapan vanity. Lampu pada cermin dibuka. Solekan di muka dimulakan. Solekan yang lebih kepada gaya Simple Night Makeup Look. Shawl hitam dari jenama Duck edisi London dililit rapi. Bekas contact lens dibuka. Contact lens yang bewarna kelabu itu dipakai. Selepas lengkap penampilannya, Ash tersenyum menampakkan braces lilacnya. Ash mengeluh. Esok kena pergi tukar braces.
Ash bangun menuju ke arah wardrobe. Dia mengeluarkan sekotak kasut Jimmy Choo. Kotak itu dibuka menampakkan Romy 100 Black Lace Toe Pumps. Kasut bertumit sederhana itu dijinjing. Chanel Classic Flap Bag Medium size bewarna hitam diraih. Dia berjalan untuk keluar dari bilik. Langkahnya terhenti. Seperti Ada benda yang tertinggal. Lantas dia patah balik ke meja solek dan spraykan Gold Mist ke muka. Baru nampak glowing.
"Eh, lawanya kau malam-malam ni. Siap pakai kebaya sekolah," tegur Juanne apabila ternampak Ash keluar dari bilik.
"Aku keluar date," balas Ash. Juanne berkerut.
"Date apa pakai kebaya sekolah?" Juanne terasa pelik.
"Prez ajak pergi Malaysia Private School Institution Event kat JW Marriott Hotel. Date lah kononnya," kata Ash sambil memakai heels.
"Ouh," balas Juanne pendek sebelum matanya melirik ke arah Narnia. Masam muka gadis itu.
"Aku pergi dulu," kata Ash sebelum berlalu keluar dari bilik. Dia turun ke bawah. Kelihatan kereta Bugatti Chiron Adam sudah berada di hadapan asrama perempuan. Banyak mata yang memandangnya pelik. Buang tebiat agaknya pakai kebaya sekolah malam-malam macam ni.
Ash buka pintu kereta itu. Dia melangkah masuk. Kelihatan Adam sedang membuat kerja sekolah di Ipad. Adam memberhentikan kerjanya. Dia pandang Ash atas bawah. Ini nak pergi pertandingan ratu kebaya ke apa?
"Kereta lain lagi," kata Ash perlahan. Adam pandang sekilas sebelum sambung melakukan kerjanya.
"Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki dapat beli kereta mahal," balas Adam. Ash juling mata ke atas. Ash pandang Adam lama.
"Weyh! Asal kau pakai suit? Asal aku kena pakai kebaya?" Tanya Ash tak puas hati. Dah lah paksa orang pakai kebaya sekolah. Dia pula bukan main nak pakai suit merahnya.
"Ini majlis rasmi. Tak akan aku nak pakai baju melayu. Okay apa kebaya dengan suit merah ni. Kan aku dah kata nak date. kena lah sedondon," balas Adam sebelum mula menggerakkan kereta.
"Kan boleh beli dress merah."
"Tak sempat," balas Adam pendek.
"Sempat. Petang tadi sempat je pergi," nafi Ash keras.
"Aku suka tengok kau pakai kebaya. Nampak ayu," kata Adam membuatkan Ash pelik.
"Apa kena mengena benda yang kau suka dengan aku?" Tanya Ash. Adam pandang Ash.
"Kau kan bini aku," kata Adam sambil mengenyitkan matanya. Ash terdiam. Adam senyum. Kelemahan Ash detected. 'BINI'.
Adam dan Ash keluar dari kereta. Kunci keretanya diserahkan kepada Ash. Ash angkat kening.
"Tumpang handbag kau," kata Adam tanpa nada. Ash mencebik. Hek eleh, nak tumpang cakap baik-baik lah. Ash mengekori Adam dari belakang menuju ke kawasan kolam renang.
"Tyara College," kata Adam kepada pelajar yang menjaga kaunter pendaftaran.
"Student card," pinta pelajar itu kepada Adam. Adam menyeluk poket suitnya untuk mengambil kad pelajar.
"Ash, kau punya mana?" Tanya Adam. Ash menyeluk ke dalam begnya. Tiada. Mana?
"Adam, tak ada," kata Ash gelabah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tyara College ✔
Teen FictionTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...