"Are you kidding me?!" Terjerit Adam. Penumbuk dikepal. Terasa mahu membaling cawan yang berada di hadapannya.
"Adam, tak akan kau nak jadi anak derhaka?" Kata Ash lembut.
"Dia tak pernah jadi ibu aku, Ash!" Balas Adam kuat.
"Kau minum susu dia, Adam." Ash masih tenang.
Adam menghentakkan kepalanya di atas meja. Buntu dia. Ya, dia tak mampu nak balas kata-kata Ash.
"Tapi dia tak pernah ikhlas, Ash," gumam Adam.
"Ikhlas atau tidak, dia tetap ibu kau. Sejahat mana dia, kau perlu hormat. Perlu dengar kata dia," kata Ash perlahan. Ah, ini bukan seperti dirinya. Sejak bila dia berkelakuan begini.
"Dia jadikan kita tempat balas dendam, Ash," kata Adam seraya mengangkat kepala memandang Ash.
"Tahu, Adam. Tapi, kau tak nak jadi derhaka kan? Apa guna ilmu agama tinggi melangit kalau derhaka?" Makan dalam kata-kata Ash. Adam terdiam.
"Then, we need to give up on our relationship just because of her?" Tanya Adam lemah.
"Kalau bukan jodoh itu milik kita?" Tanya Ash. Adam memandang Ash geram.
"Jodoh tak akan jadi bila kita tak nak, Ash!" Balas Adam kuat.
"Adam, tak kiralah bertapa kayanya kita kat dunia ni. Bertapa berkuasanya kita di muka bumi ini. Kita tak mampu nak tolak takdir tuhan. Perkenalan, perpisahan, maut dan jodoh itu di tangan tuhan." Ash mengingatkan Adam yang mula berkata mengarut akibat amarahnya.
"Kau dah tak sayang aku ke?" Tanya Adam sayu. Serabut otaknya.
"Sayang, Adam. Sangat sayang sampai aku tak nak kau jadi anak derhaka," balas Ash perlahan.
"Tapi, kenapa kau mengalah dengan mudah dalam hubungan ni. Kita boleh fight kan," ujar Adam. Masih dengan nada sayu.
"Ada sesuatu perkara kita kena ikut flow. Kalau kita lawan, mungkin lagi besar perkara ni. Kita letakkan pada takdir Allah," pujuk Ash. Dia pon berat sangat hati. Tiga hari dia berfikir. Dan akhirnya dia buat keputusan mengikut nalurinya.
"Kita janji nak kahwin kan?" Adam menekup mukanya. Air mata rasa mahu gugur.
"Mungkin ada sebab kenapa benda ni berlaku. Mungkin aku belum layak jadi seorang isteri? Kau pon kata yang setiap perkara pasti ada hikmah. Allah tak akan pisahkan kita untuk sia-sia kan?" Ash masih memujuk. Lihat pada reaksi Adam buatkan dia tidak sampai hati.
Adam diam sejenak. Dia berfikir. Apa baik dan buruknya untuk mereka berpisah. Tetapi syaitan seperti menghasut. Menghasutnya tidak percayakan takdir Allah. Masya Allah, siapa dia ingin menolak ketentuan tuhan. Astaghfirullah hal azim!
"Kalau kita ada jodoh, pasti tuhan temukan kita semula. Jadi, aku tak nak kita mengalah. We need to fight for our own happiness," kata Adam. Dia sudah buat keputusan.
"Fight with doa?" Tanya Ash.
Adam mengangguk. Ini keputusannya.
"Kita boleh ubah jodoh dengan usaha. Usaha untuk berdoa pada tuhan. Kau tak akan mengalahkan?" Tanya Adam. Air matanya mula bergenang.
"Ya, aku tak akan mengalah untuk terus berdoa," janji Ash.
"Aku nak satu syarat, Ash," pinta Adam.
"Apa dia?" Tanya Ash.
"Aku tak nak kita putuskan pertunangan. At least I know that half of you are still mine." Gugur air matanya. Jantung berdegup hebat. Trachea rasa seperti tersumbat.
Ash mengangguk setuju.
"Aku nak satu syarat juga," pinta Ash pula.
"Apa dia?" Tanya Adam lemah.
"Don't ever find me. Biarkan Allah temukan kita. Biar kan takdir penentunya. Boleh?" Ash telan liur. Tidak sampai hati mahu ucapkan ayat ini.
Air mata Adam gugur lagi. Tangannya menggeletar. Adam mengangguk setuju akhirnya.
"Kirimkan salam aku buat Amer dan Afiq. Aku balik dulu." Ash bangun. Beg dicapai.
"I love you," ucap Adam. Langkah Ash terhenti. Ash menggigit bibir.
"I love you too," balas Ash tanpa berpaling dan melangkah pergi.
Sepanjang perjalanan Ash termenung. Fikirannya bercelaru. Tak tahu mana mahu fikir. Menyesal? Siapa sahaja tak menyesal. Tapi, ianya lebih baik menyesal sekarang dari kemudian.
Kata-kata Ungku Fazihah bermain dalam mindanya.
"Kau ingat kalau kau kahwin dengan Adam, aku tak akan kacau hubungan kau?" Ungku Fazihah berkata sinis. Berkata dengan penuh perasaan dendam. Sangat serius.
Ash mengeluh perlahan. Pintu kereta dibuka setibanya di rumah. Biliknya dijadikan destinasi utama. Pintu bilik di tutup.
Terus dia bersandar pada pintu bilik sebelum melorot duduk ke bawah. Air mata gugur tanpa henti. Dada dipegang dengan tangan yang menggeletar.
"Masya Allah, sakitnya. Sakit!" Rintih Ash. Sungguh sakit dadanya. Sakit rasa kehilangan yang baru ini. Sangat sakit.
💞💞💞💞💞
Adam memandu Maserati GranCabrio laju. Air matanya tidak berhenti mengalir. Pedal minyak ditekan lagi sehingga kelajuan menginjak ke 220km/j. Laju membelah jalan raya.
Akhirnya dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Sakit pada dadanya tidak dapat ditahan. Kepala dihantukkan pada stereng kereta.
Teresak-esak dia menangis. Dadanya dipegang kuat.
"Sakit, ya Allah. Sakitnya ujian ni ya Allah," rintih Adam.
Ya, kehilangan memang sakit.
💞💞💞💞💞
"Ya Allah, kalau dia bukan jodoh aku, temukan dia dengan pasangan yang lebih baik. Kalau tertulis dia sebagai jodoh aku di loh mahfuz, temukan kami suatu hari nanti," doa Adam dan Ash dengan air mata yang mengalir deras.
Doa yang sama, rintihan yang sama. Hanya tempat yang berbeza.
Tak semua perlu berakhir dengan kemanisan. Jadi, pahitlah penamatnya.
T A M A T
Terima kasih kepada pembaca setia saya dari bab 1 sehingga bab 51. Yang rajin komen dan vote, I love you so much. Yang tunggu setiap kali tunggu cerita ni update, I am sorry sebab selalu buat anda tertunggu. And akhirnya, habis juga.
Jangan marah saya dengan ending 😁
Love,
Neesha Adlina

ANDA SEDANG MEMBACA
Tyara College ✔
Novela JuvenilTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...