"Nanti kosongkan kapasiti yang banyak pada memori kau," pesan Adam ketika dia memandu ke Melaka.
"Untuk apa?" Tanya Ash. Adam senyum segaris.
"Untuk kenal dengan semua kerabat aku," balas Adam. Ash terdiam. Nampak macam ramai sangat family Adam ni.
"Kena eh?" Tanya Ash dengan sengihan.
"Mestilah. Kau akan jadi one of them one day. Kau kena kenal mereka," balas Adam.
"Ramai tak?"
"Tak ramai pon."
💎💎💎💎💎
Ash melihat dirinya di cermin tandas di Masjid Selat. Nampaknya, tak ada apa lagi yang tak sempurna. Baju peplum peach berlace putih dan shawl berjenama Duck edisi KL berwarna krim cair yang dililit rapi menutupi kepalanya. Ash keluar dari tandas. Nenda sedang menunggunya di luar. Lantas kakinya melangkah menuju ke arah Tunku Hasnah.
"Sorry, nenda. Ash lambat," kata Ash sebaik sahaja dia berada di hadapan Tunku Hasnah.
"Tak apa. Nah telekung. Adam kata Ash tertinggal dalam kereta." Tunku Hasnah menghulurkan beg kertas yang berisi telekung dari jenama JannaRezqi.
"Terima kasih, nenda," ucap Ash sebelum memulakan langkah memasuki kawasan solat.
Selepas membuat bacaan yassin untuk majlis pertunangan ini, bermulalah sesi memakaikan gelang kepada pasangan perempuan. Ash pelik. Kenapa tak bonda yang pakaikan gelang? Kenapa Nenda? Lagipun, tak nampak langsung bonda Adam dari tadi. Tak datang ke dia ada majlis pertunangan anak sendiri?
"Tahniah kita ucapkan kepada Tengku Putera Adam Farhan dan Ashreena Lavender di atas pertunangan mereka. Dengan berkat Allah SWT, kita telah sampai ke penghujung majlis. Di minta para hadirin menjamu selera di khemah yang telah disediakan selepas menunaikan solat maghrib. Terima kasih," kata imam masjid ini. Ash menyarungkan telekungnya. Sudah sedia untuk solat maghrib.
Selepas sahaja dari solat maghrib, Ash dan Adam berjalan menuju ke khemah. Khemah yang serba mewah itu dipenuhi dengan majoriti kaum kerabat Adam. Adam dan Ash ambil tempat di sebuah meja yang telah diduduki Tunku ,Tengku Raja Amin dan Tengku Sultan Asri dan Dato' Ashraf.
"Aku ambilkan makanan eh," kata Ash lembut. Adam angguk perlahan.
Ash bangun mencapai pinggan dan mula menyenduk nasi ke pinggan. Lauk untuk Adam diletakkan pada pinggan. Air untuk Adam turut disediakan oleh Ash. Adam dan Dato' Ashraf hanya memerhati dengan pelik. Ash kembali duduk.
"Ni kena sampuk hantu ke?" Bisik Adam. Lantas tangan Ash mencubit peha Adam kuat. Adam mendesis kesakitan.
"Kita kena tunjuk mithali sikit," balas Ash dengan berbisik.
"Hipokrit," gumam Adam. Ash sudah meletakkan tangannya di pinggang Adam untuk mencubit lagi. Adam cepat menahan lengan Ash sebelum menggeleng.
Ash senyum menang sebelum memulakan suap selepas membaca doa. Suasana sedikit hening di meja ini. Adab bersantap kot.
"Dato' Ashraf, saya ucapkan selamat datang ke dalam keluarga saya," ucap Tengku Sultan Asri. Dato' Ashraf tertawa.
"Patutnya Tuanku ucap kan kepada anak saya, bukannya saya," balas Dato' Ashraf.
"Tak apa. Kami mengalu-alukan Dato' sekeluarga seperti keluarga kami. Lihatkan Ashreena yang sangat sopan ni, saya percaya keluarga Dato' datang dari keluarga yang baik-baik. Saya dengan besar hati berterima kasih kepada Dato' kerana telah memperizinkan puteri tunggal Dato' mengikatkan ikatan pertunangan bersama cucu kesayangan saya," kata Tunku Hasnah panjang dengan anggukan setuju dari Tengku Sultan Asri. Adam tergelak kecil mendengar perkataan sopan untuk Ash.
"Kau diam eh. Jangan nak malukan aku," bisik Ash keras. Adam angkat kening.
"Meh sini aku kenalkan kau dengan keluarga aku. Seperti kau tahu, yang duduk depan kita ni ayahanda, nenda dan nenda wan. Apa kata kau cakap je siapa yang kau rasa nak kenal. Senang sikit," cadang Adam. Ash angguk sebelum matanya memerhatikan sekeliling khemah mencari manusia yang menarik perhatiannya.
"Yang tu?" Tunjuk Ash kepada seorang lelaki yang wajahnya persis Arab.
"Oh tu pichang," balas Adam bersahaja. Ash terlongong. Adam mula ketawa.
"Cakap lah betul-betul." Ash mendesak. Adam berhenti ketawa.
"Okey. Nama dia Ungku Syed Abbasy Abbud. Dia sepupu aku. Mak dia kerabat Melaka, bapa dia arab ori," terang Adam.
"Kenapa pichang?" Tanya Ash. Adam gelak lagi diikuti Tunku Hasnah dan Tengku Sultan Asri.
"Bukan aku yang panggil macam tu eh. Nenda wan yang start dulu. Dia tu manja sangat. Semua benda nak suruh parents dia buat. Entah kenapa nenda wan panggil dia pichang. Aku ikut je lah," terang Adam.
"Oh. Pulak macam tu eh. Yang kembar tu? Dari tadi aku nampak dia orang."
"Tunku Aqil dan Tunku Aqilah. Doa orang kira dua pupu aku. Cucu saudara nenda. Dia orang ni pendiam. Jarang nak dengar suara."
"Weyh. Kenapa Tengku Bukhairi panjat Tengku Mahkota. Dia bukan abang kau kan?" Tanya Ash. Kekeliruan ramai akan terlerai di sini.
"Actually, ayahanda bukan anak sulung yang sepatutnya mewarisi takhta Sultan Melaka ni. Tengku Raja Aazad telah mangkat sebelum aku lahir lagi. Sebelum Tengku Raja Aazad mangkat, isterinya telah melahirkan Tengku Bukhairi. Anak-anak sebelum Tengku Bukhairi semuanya perempuan. Jadi, Tengku Raja Aazad mula risau sebab dia tahu hidup dia tak lama. Orang kata, sempat juga dia tengok Tengku Bukhairi membesar sampai 4 tahun sebelum dia dipanggil ilahi. Jadi sepatutnya Tengku Bukhairi yang ambil takhta selepas Tengku Sultan Asri. Tapi, Tengku Bukhairi menolak. Katanya, dia tak perlukan takhta sebesar itu dalam usia muda. Maka, jatuhlah takhta ke atas ayahanda aku. Tapi, Tengku Mahkota masih belum tukar. Dengar khabar angin ianya akan ditukar selepas kemangkatan Sultan Asri. Faham?" Terang Adam panjang. Berpinar kepala otak Ash. Rumit sungguh sistem beraja ni.
Sedang Adam dan Ash berborak berkenaan sistem beraja, datang Khalis.
"Maaf, Putera Adam. Saya di arahkan untuk memberikan maklumat berkenaan wartawan yang mahu membuat temu duga," kata Khalis dengan kepalanya ditundukkan. Adam mengerling matanya kepada Tunku Hasnah.
"Benarkan hanya seorang masuk," arah Tunku Hasnah.
"Baiklah, Tunku," kata Khalis sebelum beredar.
"Kau nak cakap apa je?" Tanya Ash. Adam angkat bahu.
"Masih dalam perbincangan antara otak. Jom, kita ke bilik mesyuarat masjid," ajak Adam sebelum mengetuai langkah menuju ke bilik mesyuarat masjid.
Soalan demi soalan ditujukam untuk Adam dan Ash oleh wartawan. Tapi, Adam masih mendiamkan dirinya. Tiada sebarang jawapan dari Adam. Adam berdehem membuatkan seluruh bilik itu hening.
"Saya tunang untuk elak fitnah. Saya faham sepatutnya saya perlu terus bertindak untuk menikahi wanita pilihan saya. Tetapi memandangkan kami masih bersekolah, saya membuat keputusan untuk hanya bertunang dan perancangan kami untuk bernikah tahun depan tetap akan dijalankan."
Ash terkebil. Memang dia ni serius ke nak kahwin lepas SPM?
ANDA SEDANG MEMBACA
Tyara College ✔
Roman pour AdolescentsTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...
