Hari Jumaat. Seluruh warga Tyara College perlu memakai kebaya merah bagi yang perempuan dan lelaki perlu memakai baju melayu merah. Semuanya dijual di Tyara Store.
Adam membetulkan sampinnya yang bewarna hitam bersulam benang emas di hadapan cermin. Songkok yang dililtkan dengan lace merah dicapai lalu diletakkan di kepala. Minyak wangi berjenama Issey Miyaki disembur pada tubuhnya.
Beg sekolahnya yang berjenama Kipling disandang pada bahu kanan. Kolej ID tag digantung di leher sebelum mengambil dressing shoes dan disarungkan pada kakinya. Keluar sahaja dari biliknya, kelihatan Amer sudah tidur di sofa.
"Woi! Bangunlah," kejut Adam dengan menepuk betis kawannya.
"Kau ni. Bersiap mengalahkan perempuan. Mengantuk aku tunggu kau. Jom lah," ajak Amer lalu bangun dari sofa dan menuju ke pintu utama dorm mereka.
"Weyh, hari ni aweks pakai kebaya. Boleh lah tengok body dan betis dia orang," kata Amer gatal. Adam mengetuk kepala Amer.
"Kau ni. Nak tengok kaki Wendy lah tu. Tak habis-habis. Entah nyonya tu nak kat kau entah tak," kata Adam lalu meneruskan langkahnya menuju ke Dewan Golden Tyara.
"Eleh, macam aku tak pernah tengok kau ushar kaki Diana," kata Amer mebuatkan Adam, berkerut.
"Sejak bila pula aku ushar kaki perempuan ni?" Tanya Adam dalam kebingungan.
"Kau percaya aku siapa suruh," kata Amer lalu gelak jahat.
"Kau tu yang cakap nampak confident gila," seloroh Adam. Tiba-tiba dia ternampak Miss Juliya memanggilnya. Dia dengan pantas terus mendapatkan cikgu Bahasa Inggeris itu.
"Ada apa cikgu?" Tanya Adam kepada Miss Juliya.
"Awak boleh tengokkan Ashreena tak? Dia sakan bermekap macam nak masuk pertandingan ratu kebaya pula. Tolong saya buat tindakan ya," pinta Miss Juliya.
"Baiklah cikgu," kata Adam sebelum terus berlalu ke kelas 5 Baguette untuk menyerang Ash dan konco-konconya.
Pintu kelas itu dibuka kasar. Kelima-lima orang gadis itu memandang Adam dengan mata menyampah. Adam merenung Ash lama.
"Sekarang kau orang patut berada di mana? Tiza, Sofy and Ash! Susah sangat ke nak pergi baca Al-Kahfi kat dewan?! Dah banyak sangat pahala tu?" Adam berkata dengan kemarahan.
Adam menjeling Tiza, Vee, Sofy dan Wendy. Keempat-empat mereka mengangkat kedua belah tangan dan beredar keluar dari kelas itu. Mereka sudah faham. Pasti perang antara Adam dan Ash akan berlaku sebentar lagi.
Adam mengorak langkah menuju ke kerusi yang telah diduduki oleh Ash. Kedua belah tangannya menahan arm rest pada kerusi itu. Ash dengan berani tenung mata Adam. Adam senyum sinis.
"Jujurlah. Kau lawa kalau tak pakai make up. tapi, kau lawa sangat bila pakai make up. Aku bukan nak sindir tapi kenyataan. Sumpah tengah puji," kata Adam dengan nada psikonya. Matanya liar memandang segenap wajah Ash. Ash mengetap bibir geram.
"Kau nak cakap apa ni?" Tanya Ash geram.
"Pagi ni ada bacaan kalimah Allah, bukannya pertandingan ratu kebaya," kata Adam lalu menarik bulu mata palsu Ash.
"Ouch! Sakit lah bodoh! Kau ni kenapa sial?!" marah Ash lalu menumbuk bahu Adam.
"Eh, gedik. Bulan lepas aku dah bagi amaran pada kau supaya tak lagi conteng muka tu. Yang kau susah sangat nak dengar cakap aku ni kenapa? Jadi, aku terpaksa membuat tindakan," kata Adam lalu mengenyitkan matanya. Ash jeling geram.
"Kau fikir kau je boleh bagi amaran? Aku pun," Ash senyum sumbing sebelum kedua belah lengannya dilingkarkan pada leher Adam. Adam berkerut.
Ash menarik sedikit demi sedikit muka Adam supaya dekat dengannya. Mata Adam bergetar seperti sudah kalut. Apabila tindakan gila Ash yang seperti mahu mencium bibirnya, Adam terus berdiri dan membuat beberapa langkah ke belakang dengan kedua belah tangan dinaikkan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Tyara College ✔
Teen FictionTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...
