"Okay lah tu, Fiq. Kau cuba lah lagi," pujuk Amer lalu menggosok lembut belakang Afiq yang menangis dari tadi.
"Kau cakap senang lah. Dah dua kali aku fail," raung Afiq.
"Bro, lesen kereta je. Kau hulur sikit lepas lah," kata Ash bengang. Drama tak bertempat.
"Rasuah, Ash," tegur Adam yang hanya memandang Afiq menangis.
"Dah tu, yang dia ni bengap sangat kenapa? Aku yang IQ 95 ni pon lepas lah dalam cubaan pertama. Apa guna IQ sampai 137 tapi bengap sangat," kata Ash geram. Memang geram! Menangis tengah-tengah halayak ramai ni. Tak malu ke?
"Ash," tegur Adam. Ash julingkan mata.
"Aku akan pastikan aku berjaya kali ni. Kalau tak, aku belanja kau orang semua Kenny Rogers!" Kata Afiq seraya bangun secara tiba-tiba.
"Kus semangat!" Amer mengurut dadanya.
💞💞💞💞💞
"Lama juga tak makan sini. Kalau tak sebabkan ada orang fail lagi, tak merasa lah," kata Ash sinis lalu menyuapkan isi ayam ke dalam mulut.
"Afiq, makan," arah Adam. Afiq hanya duduk menunduk.
"Kenapa aku bengap?" Tanya Afiq sayu.
"Alah kau lepas juga kan. Siapa kisah berapa kali pon kau amik," pujuk Amer lalu menyuapkan Afiq isi ayamnya.
"Makin lama aku tengok kau orang ni, makin pelik," kata Ash sambil matanya merenung tajam Amer dan Afiq.
"Apanya?" Tanya Amer.
"Kau orang ni ada apa-apa ke?" Tanya Ash.
"Masya Allah!" Terus Amer dan Afiq menjarakkan duduk mereka sedepa.
Ash ketawa kuat. Comel kawannya ini.
💞💞💞💞💞
"Berapa?" Tanya Adam kepada Afiq yang duduk di sebelah kedua ibu bapanya.
Afiq menggeleng. Apa lah nasib. Minggu lepas bengap dalam ujian memandu. Sekarang keputusan SPM tak memuaskan.
"Teruk sangat ke, uncle?" Tanya Amer. Ahmad Abu menggeleng.
"Tak lah. Okay keputusan dia. Uncle puas hati. Dia je yang emosi terlebih," kata Ahmad Abu.
"Bro, berapa? Tak kan tak nak kongsi," kata Amer. Afiq menggeleng.
"Tak sehebat kau orang," kata Afiq perlahan.
"Lah, kau nak kata aku hebat? Aku patut tergolong dengan kau. Adam ni kita campak jauh-jauh." Amer berjenaka untuk mengambil perhatian Afiq.
"Ye je kau. Sini, aku tengok." Afiq menarik Amer mendekatinya.
"Okay lah. Apa yang tak nya," kata Amer.
"Tapi aku ada A minus." Sayu suara Afiq.
"Tak ada B kan? Bersyukur sikit," kata Amer.
"Tapi tak straight A's macam kau," balas Afiq.
"Tapi bukan straight A plus macam orang tu kan?" Kata Amer. Mereka memandang Adam lalu menjeling.
"Apa?" Tanya Adam kasar.
"Ya lah. Putera Adam kita ni nak berjaya seorang je," perli Amer.
"Kau jangan sampai aku pelangkung kau. Baik diam," marah Adam. Amer tekup mulut.
"Baby!" Jerit Ash dari jauh yang sedang berlarian anak.
"Aku ke?" Tanya Adam.
"Siapa lagi yang berani jadi baby dia," kata Afiq sinis. Kalau tak kena terajang dengan Adam, cuba lah jadi baby Ash.
"Adam! Flying colors!" Jerit Ash lalu memeluk lengan Adam erat.
"Berapa?" Tanya Adam sambil meleraikan pelukan Ash di lengannya.
"7A 1C 1D," kata Ash bangga. Dia sendiri terkejut. Ekonomi dan akaun A!
"Congrats," ucap Amer dan Afiq serentak.
"Baby, tak nak ucap apa-apa?" Tanya Ash berharap.
"I should congrats myself sebab aku yang ajar kau sampai macam ni kan?" Kata Adam sebelum berlalu.
"Hish, dia tu!" Marah Ash.
"Maksudnya dia kata tahniah lah tu. Ego melangit," kata Amer.
💞💞💞💞💞
"Cucu nenda memang pandai," puji Tunku Hasnah seraya meleraikan pelukan Adam.
"Alhamdulillah, anugerah Allah," kata Adam dengan senyumannya.
"Ash dapat berapa?" Tanya Tunku Hasnah.
"7A. She did better than her trial. Adam yang ajar kan," kata Adam bangga. Tunku Hasnah mencubit pipi Adam manja.
"Macam tu lah. Ilmu perlu dikongsi. Jangan lokek ilmu. Allah murka," nasihat Tunku Hasnah. Adam mengangguk setuju.
Selepas berborak bersama tunku Hasnah, Adam mahu terus pulang ke KL. Tiada apa yang perlu dibuat di Melaka ini. Sekurangnya di KL ada Ash yang mengada. Ada Amer dan Afiq yang kuat mengarut.
"Adam," tegur Ungku Fazihah ketika Adam ingin keluar dari rumah.
"Ya, bonda," balas Adam lalu memusing menghadap Ungku Fazihah.
"Dengar Adam dapat straight A's. Bonda bangga sangat. Pandai anak bonda ni," kata Ungku Fazihah lalu mencapai tangan Adam.
"Ya, pandai macam Hanae Hayashi," kata Adam seraya meleraikan pegangan dan berlalu pergi.
Ungku Fazihah berdiri di hadapan muka pintu istana yang besar itu. Tangan dikepal geram.
"Kau tak tahu siapa aku, Adam." Monolog Ungku Fazihah sendiri.
💞💞💞💞💞
Ash membuka pintu rumah apabila loceng berbunyi beberapa kali. Mak Jah dan bibik sudah ke pasar pagi hujung minggu begini. Cik Han pula telah menghantar papa bermain golf.
Bulat mata Ash. Ungku Fazihah berdiri di hadapan pintu rumahnya.
"Tak nak jemput masuk?" Tanya Ungku Fazihah sarkastik.
Lantas Ash membuka pintu pagar. Ungku Fazihah masuk terus ke dalam. Tanpa dijemput dia melabuhkan duduk di atas sofa.
Ash merapati lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Ungku Fazihah menyambut tetapi tatkala Ash mahu mencium tangan itu, Ungku Fazihah menariknya kasar. Tersentak Ash.
"Seorang?" Tanya Ungku Fazihah sambil melihat keadaan sekeliling.
"Ya, seorang," balas Ash menikus.
"Kau mesti dah tahu segala cerita kan?" Tanya Ungku Fazihah.
Ash tidak tahu mahu angguk atau geleng. Tidak tahu apa yang perlu diresponkan.
"Aku anggap sahaja kau dah tahu. Aku nak cakap ni. Kau dengar baik-baik," kata Ungku Fazihah serius.
Ash telan liur. Apa pula ni!

ANDA SEDANG MEMBACA
Tyara College ✔
Teen FictionTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...