Bab 28

7.4K 342 22
                                    

Dua hari berlalu. Adam dan Ash buat seperti tiada apa yang berlaku. Masing-masing berlagak tenang. Dalam hati, macam nak meletup je bila jumpa sesama sendiri.

Adam melangkah ke kelas Ash. Tempat duduk gadis itu kosong. Adam duduk di tempat Ash. Matanya melirik ke arah pelajar baru yang merenungnya.

"Tahu tak Ash pergi mana?" Tanya Adam kepada Hanis. Hanis senyum.

"Buat apa cari Ash sedangkan I ada," kata Hanis dengan suara lembut. Boleh lembut tulang osikel dengar. Adam senyum kelat.

"Tak apalah. Maksudnya you tak nampak lah ni," kata Adam. Dia bangun untuk berlalu.

Langkah Adam terhenti apabila terasa jari jemarinya bertaut. Adam pusing menghadap Hanis yang menarik tangannya. Adam merentap tangannya lembut.

"Ops, I thought all royal family love this way," kata Hanis separuh menggoda dengan tagannya mengusap dada Adam.

Memang tak reti malu minah seorang ni. Ada beberapa orang dalam kelas ni, dia boleh goda prez. Adam pegang lengan Hanis yang berlapik dengan baju kurung sekolah.

"Jangan senang judge orang. Tak semua manusia sama," kata Adam keras. Hanis senyum senget. Dia menarik tangannya perlahan.

"Chill lah, prez. I'm Nur Hanis. Panggil Niss. Kalau nak panggil honey, dear atau darling pon boleh. You pilih je lah," kata Hanis dengan lenggok gediknya. Adam senyum.

"Putera Adam Farhan. Panggil Adam." Adam memperkenalkan dirinya.

"Adam. What a nice name. I love it," kata Hanis sambil bermain dengan rambut kelabunya.

"You mix apa? Jarang nampak melayu this gorgeous kalau tak ada mix," kata Adam dengan pujian terselit. Hanis sudah senyum gatal. Siapa tak kembang kena puji.

"I'm not original malay. I've mix. My dad is malay and my mom is Canadian. Dapatlah I yang gorgeous ni. You mix apa?" Hanis senyum senang hati. Nampaknya Putera Adam fall for her beauty.

"I mana ada mix. I melayu asli," balas Adam.

"Really? Tapi kenapa I tengok macam you ada mix. You have a pale white skin. You macam ada mix chinese," kata Hanis dengan menilik wajah Adam.

"Tak akan I nak bohong you. I tak ada mix. Both of my parents are malay. By the way, got to go. Seems that Ash is here. Bye, Dear Niss," kata Adam dengan mengenyitkan matanya kepada Hanis. Adam berjalan mendekati Ash. Hanis senyum mengejek pada Ash.

"Yang kau flirting dengan budak baru tu kenapa?" Tanya Ash tak puas hati.

"Dia ada nama. Hanis or should I call her Dear Niss. Sound nice," kata Adam. Ash mengepal penumbuk.

"Whatever. Dah, berhambus. Aku nak balik bilik." Ash menyandang begnya sebelum menolak Adam ke tepi.

"Eh, jangan nak mengada. Lepas ni ada latihan band," kata Adam. Ash buat tak tahu.

⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡

Fikir aku kisah sangat ke dia nak ada apa-apa pun hubungan dengan budak baru tu? Eleh, setakat cucu sultan aku tak hadap lah. Biar aku goda sultan. Lagi awesome.

Ash meletakkan begnya di atas kerusi di meja belajar. Dia membaringkan tubuhnya di atas katil. Matanya semakin kuyu sebelum mimpi membawa tidur menjadi lena.

Deringan dari telefon pintarnya membuatkan Ash terjaga perlahan-lahan. Nama pemanggil dikerling. Huh, apa dia nak?

"Kau nak apa?" Tanya Ash acuh tak acuh.

"Lunch jom," ajak Adam si pemanggil. Ash mendengus.

"Ajak lah Dear Niss kau tu. Dia kan 'dear' kau. Aku ni 'deer' kau je. Belaan semata," kata Ash laju. Adam di hujung sana talian tergelak halus.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now