Ash baring dengan menekup muka di bantal. Argh! Kalau macam ni, tak keluar bilik lah aku! Macam mana dia boleh tengok gambar tu. MALU! Ash menghentak kakinya ke katil beberapa kali.
Adam di ruang tamu termenung. Sekejap dia geleng. Sekejap dia beristighfar. Gambar itu masih berlegar dalam ingatannya.
"Astaghfirullah hal azim, Dam. Apa kau ingat ni. Memang lah sekali pandang itu rezeki, tapi kau dah teringat. Melampau Adam. Ash tu ada maruah," bebel Adam sendiri.
Adam menggeleng kepala. Gambar Ash membuat mirror selfie dengan hanya memakai sport bra dan sport short yang menampakkan 11 line absnya. Aduh, tak kira lagi peha dengan kaki tu. Adam lantas bangun menuju ke bilik air. Tak boleh jadi ni. Wudhuk dan baca Quran.
Ash keluar dari biliknya. Dia hendak ke bilik air. Dah 3 petang masih tak mandi lagi. Sampai sahaja di hadapan bilik air, Adam membuka pintu. Mata mereka bertembung sebelum mereka melarikan mata masing-masing serentak. Tiada teguran. Adam keluar bilik air, Ash masuk.
-^^^^^^^^-
"Kau orang ni kenapa? Abang pelik lah tengok. Dari siang tadi tak bercakap. Gaduh ke?" Tanya Afzin ketika mereka makan. Adam dan Ash angkat bahu serentak.
"Zin, biar lah. Nanti tegurlah semula tu. Dia orang mana boleh hidup tanpa sesama sendiri kat sini," kata Cik Mas sebelum menyuapkan nasi ke dalam mulut.
"Adam dah siap makan," kata Adam seraya mengangkat pingannya ke singki dan dibasuh.
"Eh, nak pergi mana tu? Tunggh sini. Esok ada kerja," kata Cik Mas ketika Adam mahu keluar dari dapur. Adam kembali mengambil tempat duduknya.
"Apa dia?" Tanya Adam. Dia perlu cepat beredar. Rasa bersalah sangat dengan Ash.
"Esok kau orang pergi ke Langkawi. Jadi, pergi kemas beg. Kita duduk Langkawi 3 hari 2 malam. Bawa baju secukupnya," pesan Cik Mas. Bukan setakat Ash dengan Adam sahaja yang ternganga. Dengan Afzin dan Affin sekali.
"Nak gerak pukul berapa, bu?" Tanya Afzin.
"Grab car esok ambil pukul 7 pagi. Jadi, pukul 6 pagi dah kena bangun," jawab Cik Mas. Bulat empat pasang mata itu.
"Awalnya. Grab car apa?" Tanya Ash. Cika Mas pandang.
"Kau ingat, orang yang nak naik feri tu sikit?" Tanya Cik Mas sarkastik.
"Ye lah. Grab car apa lah orang tanya," kata Ash geram.
"Kau ni ganggulah aku makan. Proton Wira," jawab Cik Mas dengan suara dingin. Hampir jatuh rahang Ash.
"Huh? Ash sanggup keluarkan modal untuk naik kenderaan mewah," kata Ash tak puas hati.
"Tak ada lah. Naik Alphard. Nanti lepas habis makan, Cik Mas pulangkan balik duit dengan kredit kad," kata Cik Mas buatkan Ash tersenyum puas hati.
-/////////////-
Ash dengan Adam masih lagi dingin dan tidak bertegur sapa. Ash rasa masih tebal lagi muka ni. Adam pula masih berlengu dengan rasa bersalahnya. Dah lah mereka ditempatkan di tempat duduk belakang sekali. Habis kekok ah situasi.
"Err, Ash. I'm sorry. I didn't mean to see your aurat. It just, I accidently slide to that photo. I'm sorry. Really I am," kata Adam berbisik pada Ash. Ash diam.
"Apologize accepted," kata Ash. Adam senyum. Hilang rasa serba salah.
Telefon bimbit Ash berbunyi menandakan mesej masuk. Dia membuka mesej dari papa dahulu.
》Papa♥《
- Ash, are you okay there. I'm not going to fetch you at school masa Ash balik Kl. I've conference about Ash Holding new project at Macau. I'm sorry dear.
YOU ARE READING
Tyara College ✔
Teen FictionTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...