18 tahun lalu
Tengku Azmi tiba di Ishikawa selepas dua jam setengah memandu dari Tokyo. Kedatangannya di negara matahari terbit ini adalah untuk membeli tembikar antik buat hadiah ulang tahun kelahiran bondanya, Tunku Hasnah.Selepas membuat pembayaran ke atas tembikar antik yang dibuat pada tahun 1682 di Gifu, Tengku Azmi terus ke Tokyo untuk pulang ke tanah air. Niatnya terbantut apabila ternampak satu banner yang menunjukkan pantai Chirihama. Mungkin dia perlukan sedikit masa untuk menyendiri dan merasai keindahan tuhan.
Selepas memberitahu orang kanannya berkaitan niatnya ingin ke Ishikawa, Tengku Azmi memandu sendiri ke Ishikawa. Ingin mencari pantai Chirihama.
Pantai yang kebiruan dihiasi langit membiru sangat menyamankan. Udara yang tiada pencemaran. Semuanya menenangkan.
Tengku Azmi membetulkan posisinya bersandar pada bahagian hadapan kereta. Dia mengeluh seketika. Indah jika hidupnya seperti laut ini. Tenang dan ombaknya yang halus. Sangat mendamaikan.
"Tak ada yang hebat sangat dengan harta dan darjat. Itu hanya membebankan." Tengku Azmi bermonolog sendirian.
Sudah setengah jam dia termenung melihat keindahan laut Chirihama. Masa untuk dia pulang. Pulang ke tanah air dan kembali ke kehidupan yang penuh tekanan.
Tindakan Tengku Azmi untuk membuka pintu kereta terhenti apabila seorang perempuan berbangsa Jepun berlari mendekatinya.
"Watashi wo tasukete kudasai!" Kata perempuam itu penuh rayuan. Lengan Tengku Azmi dicengkam. (Please, help me!)
Tengku Azmi tidak dapat memahamkan bicara gadis itu. Cengkaman pada tangan dilepaskan. Tengku Azmi memasuki keretanya.
"Watashi wo tasukete kudasai! Tasukete! Tasukete!" Perempuan itu mengetuk pintu kereta beberapa kali dengan rayuan. (Please help me! Help! Help!)
Tengku Azmi tidak melayan. Dia mula mengundur kereta untuk berlalu. Beberapa orang lelaki datang menghampiri perempuan itu sebelum perempuan itu ditarik rambut dan dilempang beberapa kali. Tengku Azmi memberhentikan keretanya.
Dia manusia juga. Dia masih ada perasaan kasihan dan simpati apabila melihat keadaan sebegini. Dia bukan manusia yang pentingkan diri. Dia bukannya syaitan yang sanggup melihat orang lain merana.
Tengku Azmi keluar dari keretanya. Dia mendekati lelaki itu.
"Stop it! You are hurting her," sampuk Tengku Azmi berani.
"Ittai darena no? Anata wa iki masu. Watashi wa gaikoku hito ga kan'yo shinai yō ni shitai," kata seorang lelaki bertatu seluruh tangan kirinya tegas. (Who on earth are you? You better go. I don't want foreigner to be involved.)
"I can't understand," balas Tengku Azmi. Tipu jika dia tidak kecut perut. Mereka sangat menyeramkan. Orang kanannya pula tidak dibawa sama.
"Orokana o shiri. Yamada, hon'yaku suru," arah lelaki itu kepada konconya. (Stupid ass. Yamada, translate it)
"You must go. We don't want foreigner to get involved." Lelaki yang bernama Yamada itu menterjemahkan.
"Let that woman go." Tengku Azmi berkata dengan berani. Melihatkan perempuan itu membuatkan hatinya sayu.
"She is our boss's geisha. She deserves those beating. You better don't get involved. You are foreigner and know nothing about Japan," kata Yamada. Kini suaranya seperti ingin berunding. Berkata dengan tegas tetapi kedengaran masih sopan.
"I'll pay. Let her go." Tengku Azmi tidak mahu kalah. Ketawa berdekah dari ketua mereka membuatkan Tengku Azmi terpinga.
"Anata wa nani o motte imasu ka? Watashitachi no jōshi ni dorei ni naritaidesu ka? Anata wa yakunitatanai!" Kata ketua mereka itu. Yang lain hanya ikut ketawa. (What do you have? Do you want to be a slave to our boss? You are useless)

ANDA SEDANG MEMBACA
Tyara College ✔
Fiksi RemajaTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...