Bab 42

6.6K 342 1
                                    

Tepat jam satu pagi Adam sampai di hadapan rumah Ash. Dia tidak sepatutnya menghantar Ash pulang. Tapi, dia perlu pulang ke KL.

"Aku turun dulu, ya. Dah malam sangat. Kau pun selalu cakap kan," kata Ash menyentak lamunan Adam. Adam pandang Ash.

"Ash. Ahad kita pergi Jepun, boleh?" Tanya Adam. Siapa lagi dia mahu ajak kalau bukan tunangnya.

"Ahad? Tanya papa dulu lah. Kalau papa bagi, aku okey," balas Ash. Adam senyum.

"Thanks," ucap Adam perlahan. Ash berkerut.

"For what?" Tanya Ash pelik. Tak akan ajak pergi Jepun pon kena ucap terima kasih. This is not Adam.

"For what?" Tanya Ash. Adam senyum tanpa memandangnya.

"Sebab berani masuk dalam masalah aku," beritahu Adam. Ash senyum.

"Aku tak boleh tolong benda lain selain dari support kau. Lagipun, I am the only one you trust after all," balas Ash manja. Adam tersenyum. Mungkin nampak gedik, tapi dia suka.

"Dah, masuk. Tak appropriate kau lama-lama dengan aku kat dalam kereta tengah malam-malam ni," arah Adam.

"Ye, nak masuk lah ni. Kau balik tidur. Don't think too much. Bye, dear." Ash keluar dari kereta.

Pintu pagar dibuka oleh pengawal keselamatan rumahnya. Dia masuk ke dalam rumah. Kelihatan Ariana dan Andrian sedang menonton movie di ruang tamu kedua rumah. Ash buat tidak tahu dan mahu terus melangkah ke dalam lif.

"Macam bohsia balik tengah-tengah malam." Ariana memerli. Ash berhentikan langkahnya.

"Macam pengemis duduk rumah orang tak reti nak balik," perli Ash kembali sebelum memasuki ke dalam lif.

Suri sekeluarga lagi satu masalah yang perlu diselesaikan.

💞💞💞💞💞

Pagi-pagi Adam sudah sampai ke rumah Dato' Ashraf. Kalau dah namanya hujung minggu kalau bangun awal itu adalah sesuatu yang luar biasa bagi Ash. Lagi-lagi bila tengah datang bulan, tidak perlu bangun solat subuh.

Ketukan pintu bilik tidurnya menganggu lena Ash. Suara Mak Jah yang menjerit dari luar terasa merimaskan. Argh! Semua ini ganggu lena dan mimpi sahaja.

Ash bangun. Dia berjalan malas ke pintu bilik. Pintu dibuka.

"Masya Allah. Mak Jah jerit-jerit haram tam bangun budak ni. Naik sakit tekak ni. Tangan ni pon dah penat ketuk," bebel Mak Jah. Ash julingkan mata.

"Nak apa? Biarlah Ash tidur," rengek Ash.

"Eh, kesayangan awak tu dah ada kat bawah. Tak kan Ash nak tidur. Kalau Ash tak layan dia, takut-takut ada yang lain melayan," kata Mak Jah. Ash yang faham maksud itu terus mengangguk.

"Ye, Ash turun. Kata dengan baby Adam, kasi lima minit untuk mandi," kata Ash sebelum menutup pintu biliknya.

Mak Jah menggeleng perlahan. Wanita tua itu turun ke bawah. Adam yang sedang duduk bersembang bersama Dato' Ashraf dan Suri didekati.

"Ash tengah mandi. Lagi lima minit dia turun," kata Mak Jah sebelum berlalu ke dapur.

Selang beberapa minit, Ash turun dengan running pants, long sweatshirt dan bawal Yasmine by Naelofar bewarna pink lembut.

Ash berjalan dengan senyuman manjanya mendekati Adam sebelum melabuhkan duduk di sebelah tunangnya.

"Baby, awalnya datang. Rindu eh?" Ash berkata dengan manja. Kalau Amer dengar, boleh hilang selera.

Adam hanya ketawa perlahan dengan perangai Ash. Mula lah tu buat benda mengarut.

"A'ah rindu," balas Adam melayan. Sekali sekala melayan mengada Ash ni tak salah juga.

Ash pandang Adam tidak percaya. Okay, this is little bit awkward.

"Ash, esok nak pergi Jepun kan?" Tanya Dato' Ashraf apabila anaknya dan Adam memandang sesama sendiri tidak berkelip. Ash lantas memandang ayahnya.

"Yes, Adam ajak. Papa bagi tak?" Tanya Ash. Berdebar juga. Paling jauh dia pernah pergi dengan Adam ialah Kedah.

"Kalau dengan Adam semestinya boleh," balas Dato' Ashraf. Ash senyum gembira.

"Terima kasih, papa," ucap Adam. Dato' Ashraf menganggukkan kepalanya.

"We are going to Japan. So, jom shopping," ajak Ash. Adam pandang tunangnya pelik.

"Kena ke?" Tanya Adam.

"Kau berani kata tidak?" Tanya Ash berbaur ugutan di situ.

"Okay kita pergi. But, change your pants. This running pants are way too tight," pesan Adam.

-///-

Seperti biasa KLIA2 yang sarat dengan manusia. Ash dan Adam sudah siap check in. Mereka hanya perlu tunggu departure gate untuk buka.

"Bro! Nasib aku sempat," sapa Afiq dari arah belakang Adam dan Ash. Lantas Adam dan Ash memusingkan kepala dan menoleh ke arah Afiq.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Ash terkejut. Siapa sahaja tidak terkejut bila orang lain muncul secara tiba-tiba.

"Pergi Jepun lah. Kenapa?" Tanya Afiq. Ash pandang.

"He will join us," kata Adam tanpa riak. Afiq mengangguk.

"What? Asal tak cakap pon. And why dia ni kena ikut?" Ash tayang muka tidak puas hatinya.

"Tak appropriate kalau kita pergi berdua je. Aku ingatkan nak bawa Amer, tapi kau pun tahu lah kan macam mana busy anak Tun Khir tu," balas Adam.

"Kau, Afiq! Penyibuk!" Marah Ash.

"Eh, apa pula. Aku hanya mengikut arahan. Lagipun, aku suka. Dapat bercuti free. Dapat kacau love bird nak beromantik," balas Afiq lalu menjelirkan lidahnya. Ash tumbuk bahu Afiq kuat.

"Stop it. Departure gate dah buka. Come on," arah Adam. Ash berlalu mengikut Adam dengan menghentakkan kakinya. Protes!

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam pesawat Malaysia Airlines iaitu A380. Pramugari terus mengetuai langkah mereka ke cabin first class sebelum mereka mengambil tempat masing-masing. Yang paling teruja sudah tentunya Afiq.

"Wah! Aku tak pernah naik first class, doh. Bapak selesa," kata Afiq teruja. Ash julingkan mata. JAKUN!

"Shut your mouth, Afiq. Jangan buat malu," kata Ash. Pramugari sudah berbisik dengan tingkah Afiq yang terlebih teruja.

"Kau ni kan. Apa yang kau tak puas hati sangat?" Tanya Afiq kepada Ash yang berada tidak jauh darinya.

"Sebab kau menyibuk!" Balas Ash geram. Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu!

"Ash, kita bukan nak pergi honeymoon," tegur Adam yang sedari diam dari tadi.

"Okay! Fine!" Ash mengalah. Wajah Afiq yang menayangkan riak kegembiraan dijeling.

Penerbangan  akan memakan masa selama 6 jam. Selepas sejam perjalanan, Ash sudah tewas dengan rasa kantuk. Akhirnya, gadis itu lena dibuai mimpi.

"Afiq, mesti banyak benda kau nak tanya aku kan?" Tanya Adam kepada Afiq yang hanya termenung memandang ke arah tingkap.

"Banyak sangat. Tapi, dah kau kata jangan tanya apa-apa. Jadi aku tak tanyalah. Lagi-lagi bila dah sogok dengan bercuti ke Jepun secara percuma," balas Afiq dengan sengihannya.

"Tapi, kau tahukan yang kita pergi bukan untuk bercuti," kata Adam. Afiq senyum.

"Aku tahu. Tapi, chill lah. Janji aku dapat jejak kaki ke Jepun, okay lah tu." Afiq berkata ikhlas.

"Thanks," balas Adam pendek. Afiq sekadar balas dengan senyuman ikhlasnya.

Adam melirikkan mata ke arah Ash yang sedang tidur di sebelahnya. Neck pillow miliknya di ambil dan diletakkan di leher gadis itu. Selimut diambil dan diselimutkan. Afiq hanya memerhati.

"Adam, ada benda aku nak tanya," kata Afiq.

"Apa dia?"

"Macam mana kau boleh fall for that crazy girl? Bukan dulu kau enemy ke?" Tanya Afiq membuatkan Adam ketawa.

Adam angkat bahu. Mungkin kalau tanya Ash, Ash akan ada banyak jawapan kenapa gadis itu sukakannya. Tetapi bagi dia, tiada japwannya. Mungkin.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now