Kuala Lumpur. Bandar yang hingar bingar. Bandar yang merata maksiat. Bandar yang menjadi target penyerangan militan ISIS. Gentar? Takut tetapi masih melakukan maksiat. Manusia, selagi tidak kena batang hidung sendiri, selagi tu tak berubah. Sama lah seperti aku, Adam. Alhamdulillah, kejadian itu tidak kena lah betul-betul di batang hidung. Tapi, cukup aku bersyukur aku dapat bertaubat. Terima kasih, Allah.
Adam mengeluh lemah. Kata-kata dalam otaknya membuatkan dia mengeluh hiba. Selepas sahaja sampai ke KL, Adam terus meminta tolong Cikgu Sabir menghantarkannya di penthouse miliknya. Di penthouse yang berada di tingkat 25 itu mampu menampakkan bandar Kuala Lumpur yang sesak. Jam menginjak ke angka enam. Lebih baik dia mandi dan ke masjid.
Kereta Maserati GranCabrio Sport milik Adam diparkirkan pada tempat letak kereta berbumbung yang direzabkan untuk dirinya. Bukan dia yang minta untuk orang-orang masjid sediakan tempat letak kereta untuknya. Tetapi, dah orang masjid buatkan, tak akan tak hargai.
"Lama saya tak nampak Tengku," tegur imam besar masjid ini ketika Adam baru memasuki masjid.
"Saya ada aktiviti sekolah di Kedah selama sebulan. Itu yang tak ada," balas Adam ramah.
"Risau saya, Tengku. Ingat Tengku sakitlah," kata imam besar iaitu Imam Fatih Al'.
"Sorry, Imam. Saya lupa nak bagitahu," kata Adam dengan senyuman.
"Tak apa. Masuklah. Malam ni ada tahlil sekali. Tengku ikut sekali, ya?" Imam Fatih menepuk bahu Adam. Adam senyum ikhlas.
"Mestilah, Imam."
🎉🎉🎉🎉🎉🎉
Dengan masih berbaju melayu putih dan kain pelikat, Adam memandu keretanya mengelilingi KL. Esok, dia perlu uruskan mana hal yang tidak siap lagi di kolej. Kelab teater muzikal dan band masih belum dipantau. Lusa dah hari majlis itu. Tidak lagi kes-kes perlanggaran disiplin yang perlu dibuat report. Tabahkan sahaja hati ini. Kereta diparkirkan randomly di tempat yang kosong. Telefon bimbit yang berdering dicapai.
"Assalamualaikum, Mer. Ada apa?" Tanya Adam.
"Kau balik asrama bila?" Amer tanya gelabah.
"Esok pagi."
"Fuh, nasib baik." Amer melepaskan nafas lega.
"Pahal? Kau bawa masuk perempuan ke apa?" Adam teka dengan sengihan mengusik.
"Astaghfirullah hal azim. Bana kau! Dorm ni yang macam sarang tikus. Karang kau balik memekak je. Jadi, aku, Am dengan Zack sempatlah kemas," jujur Amer.
"Aku dah pesankan. Aku nak keadaan dorm sama macam aku balik." Suara Adam kini serius.
"Ye, aku tahu. Sebelum kau balik, kita orang bersihkan lah. Ni tengah tunggu Am balik," terang Amer.
"Kemas tau. Chau." Adam mematikan talian. Beg sandang di sebelah dicapai. Baju melayunya dibuka meninggalkan singlet. Baju T putih berlogo Kate Spade dikeluarkan dari dalam beg sebelum menyarungkannya ke tubuh. Bomber jacket berwarna hitam disarungkan. Kain pelekat dibuka meninggalkan sweatpants hitam berlogo New Balance. Pomade dikeluarkan sebelum gaya undercut terbentuk di rambutnya. Rambutnya masih perang dengan inai rambut Ash. Slipper berjenama DC digantikan dengan Kasut Lunge Adagio bewarna biru gelap.
Telefon pintar dan beg duit miliknya dicapai. Enjin kereta dimatikan. Pintu kereta dibuka. Banyak mata tertancap padanya. Kaki laju menghala ke arah sebuah kafe.
"Duduk, Tengku. Nak order apa-apa?" Tanya Dato' Ashraf apabila Adam berada di hadapan mejanya. Adam mengambil tempat. Pelayan menghampiri meja mereka.
"Hot chocolate," pesan Adam kepada pelanggan itu.
"Ash dekat sana okey?" Tanya Dato' Ashraf.
"Kenapa Dato' tipu Ash? Dia mengharap sangat Dato' ambil dia kat Kedah." Adam bertanya dengan geram. Kasihan lihat Ash yang sedih disebabkan ayahnya tidak dapat ambil. Kononnya outstation padahal terpacak depannya.
"Sabar, Tengku. Panggil saya uncle sahaja. Saya ada hubungi Cik Mas ketika kau orang di sana. Cik Mas kata Ash dengar cakap awak walau membentak. Ash jarang nak dengar cakap orang lain. Dia nak dengar cakap dia sahaja. Saya cakap lagilah dia tak dengar. Saya nak minta tolong Tengku sebenarnya," kata Dato' Ashraf penuh ketenangan.
"Adam. Tak perlu Tengku. Uncle nak saya tolong apa?" Adam menghirup sedikit hot chocolate yang baru sampai selepas berkata.
"Eh, tak apa ke? Tengku ni bukan kerabat yang bawahan. Tengku anak bakal Sultan selepas Sultan sekarang. Dengar cerita Tengku ada pangkat Tengku Putera Muda."
"Tak perlu dibanggakan dengan pangkat dunia ini. Mungkin saya dipandang bertuah lahir dalam kalangan orang-orang berkuasa atau saya sendiri adalah orang yang berkuasa. Tapi, orang tak tahu apa kekurangannya semua ni. Jadi, tolong uncle. Saya Adam Farhan Mukmin Shah," kata Adam tegas. Mungkin dulu dia akan bangga dengan pangkat dan kuasa yang dia ada. Tapi, bukan lagi sekarang.
"Baiklah, Adam. Uncle nak minta tolong Adam jagakan Ash. Jaga dia macam adik Adam. Ajar dia macam-macam realiti kehidupan. Dekatkan dia dengan agama. Jadikan dia berdisiplin. Boleh, kan?" Pinta Dato' Ashraf membuatkan Adam berkerut.
"Kenapa saya?" Tanya Adam.
"Sebab Adam satu-satunya makhluk tuhan yang dia akan dengar cakap. Tolong uncle, Adam. Uncle tak mampu ubah dia. Uncle dah lambat sangat. Uncle manjakan dia sangat. Uncle ada perasaan tak sampai hati bila dengar dia merayu. Adam boleh ubah Ash. Tolong tarik Ash keluar dari dunia dia. Ash dah jauh terpesong," rintih Dato' Ashraf. Adam jadi hiba mendengar rintihan seorang bapa.
Dulu, ketika dia jauh terpesong dari agama, tiada siapa yang kisah. Tiada siapa yang membantu. Tiada bapa yang merintih untuk anaknya berubah. Ash, masih beruntung. Ada bapa yang pedulikan dirinya. Dan dia, Adam masih lagi hidup sendiri. Seperti tiada keluarga.
"Insha Allah. Saya tolong." Terpanculnya ayat itu dari mulut Adam tanpa sedar.
" Alhamdulillah. Terima kasih, Adam. Mulai sekarang, Ash bawah tanggungjawab Adam." Mendengarkan perkataan tanggungjawab membuatkan Adam berasa takut. Harap, tanggungjawab yang diamanahkan akan dilakukan dengan jujur.
"Adik? Kalau bini tak boleh?"
Berdekah-dekah Dato' Ashraf ketawa. Nampaknya bukan hati Adam yang berbicara. Mulut Adam sudah terlajak berkata.
"Tak kisah lah, Adam. Kalau Adam minta balasan kahwinkan dengan Ash pon, uncle tak kisah," kata Dato' Ashraf dengan ketawa yang masih bersisa. Adam terasa mahu mengetuk kepala sendiri di meja.
"Saya yang tak sanggup jadikan dia isteri," balas Adam.
"Rambut tu, Ash yang buat?" Tanya Dato' Ashraf tiba-tiba.
"A'ah."
💃💃💃💃💃
Adam berjalan perlahan menuju ke arah bilik kelab teater muzikal dan band sekolah. Kelab ini mempunyai bilik kelab terbesar di Tyara College. Dengan berpengerusikan Tengku Putera Adam.
Adam membuka pintu bilik kelab itu. Hingar bingar kedengaran. Segala jenis alatan muzik bergema. Dah macam pasar. Masing-masing fokus dengan alat muzik di tangan. Adam berjalan menuju ke tempat duduk pengerusi. Mikrofon di buka.
"Ehem. Berhenti sekejap. Vice president mana?" Tanya Adam dengan speaker bergema suaranya. Semua ahli kelab senyap.
" Tadi dia kata pergi breakfast. Tapi, tak balik-balik. Tak tahu lah pergi breakfast ke tolong mak cik Dining Hall tu kemas dewan," seloroh Zaiq, setiausaha kelab.
"Semua dah selesai? Esok majlis tu tau. Dua tahun kita menang semua pertandingan teater muzikal. Jadi, jangan malukan nama kolej. Berlatih dulu, lepas tu kita cuba buat kat Sapphire Hall." Adam menjatuhkan arahan. Semua akur dan mula menjalankan latihan secara personal.
Adam keluar dari bilik kelab. Telefon pintar dikeluarkan. Nombor Amer didail.
"Weyh, kau balik kelab sekarang. Aku nak keluar kejap."
Adam bergerak ke arah keretanya. Kereta dipandu laju. Rumah Ash dijadikan destinasi. Nafas dihembus. Ini tanggungjawab barunya.
Jaga Ash seperti adiknya. Eh? Nak adik ke bini?
YOU ARE READING
Tyara College ✔
Teen FictionTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...