Memang Suri sekeluarga tidak reti malu. Kini sudah masuk minggu kedua mereka menduduki rumah itu. Dato' Ashraf pula tidak berhenti memujuk anaknya untuk menerima Suri. Ash seperti biasa, keras kepala.
"Ariana, ibu nak Ariana dapatkan Tengku Adam. Dan Andrian dapatkan Ashreena. Mudah untuk kita hidup bahagia dan kaya," arah Suri kepada kedua anaknya.
"Ibu ingat senang? Dia pon tak balik-balik. Macam mana nak dapatkan," rungut Andrian. Penat dengan ibunya ini.
"Kalau kita terpaksa guna cara kotor sekalipun, kita akan gunakan," kata Suri dengan senyuman jahatnya.
"Maksud ibu?" Tanya Ariana.
"Kita perangkap mereka. Andrian perkosa sahaja Ash. Lepas tu tuduh Ash yang goda Andrian. Ibu yakin yang Ashraf akan percaya Andrian. Ariana buat benda yang sama pada Tengku Adam. Perangkap dia," rancang Suri.
"Ibu gila ke? Dia tu dah lah keturunan raja. Sekali kita fitnah, dia penjarakan Ariana macam mana?" Ariana tidak setuju.
"Dia lelaki yang ada tanggungjawab. Mesti dia bertanggungjawab punya. Ibu yakin," kata Suri ingin menyakinkan anaknya.
"Tak cukup ke dah ada Dato' Ashraf sampai semua ibu nak?" Tanya anak lelakinya yang lagi satu, Andy.
"Ini yang aku malas nak cakap dengan kau. Kau tu hidup baik sangat. Buat apa kita nak kisah. Hidup kita akan bertambah senang lagi bila adik-adik kau ni kahwin dengan orang-orang berada juga. Aku nak ada pangkat juga. Kalau Ariana dapat Adam, mereka kahwin dan aku sudah tentu akan dapat pangkat Datuk," kata Suri memarahi anaknya.
"Ibu ni yang tamak. Jumpa lelaki yang lebih sikit, terus pergi," kata Andy sinis.
"Kau ni memang lain dari adik-adik kau lah. Tak nak dengar cakap aku," kata Suri tidak puas hati.
"Memang Andy lain sebab abah yang jaga Andy sebelum ibu menyibuk minta hak jagaan semata mahukan duit nafkah lebih. Sebab tu adik yang lain ikut perangai ibu. Mengarut. Sampai ada hubungan sumbang mahram." Andy menaikkan intonasinya menjadi tegas.
"Siapa sumbang mahram? Keluarga kita tak ada sumbang mahram," nafi Suri.
"Tak sumbang mahram ke tidur sebilik? Peluk-peluk? Cium dan meraba sesama sendiri?" Kata Andy dengan senyuman sinisnya memandang kedua orang adiknya.
"Biasa lah bergurau. Adik beradik ada kala tunjuk kasih sayang." Suri mahu membela anaknya walau dia tahu kebenaran itu.
"Suka hati ibulah. Andy datang sini, ikut ibu pon sebab Andy masih ada hormat pada ibu. Tapi, tak sangka pula ibu hanya gunakan Andy untuk meraih simpati Dato' Ashraf. Tapi, Andy dah cukup malu duduk sini. Nak mengahadap orang rumah ni dengan muka tebal. Andy tak akan mewarisi perangai tamak ibu."
🎈🎈🎈🎈🎈
"Ada apa kau nak jumpa?" Tanya Ash kepada Andy dengan muka menyampahnya.
"Ash, cuba cakap elok-elok. Kenapa kau cari kita orang sampai ke sekolah ni?" Adam bercakap dengan baik. Dia tidak mahu ada sebarang pergaduhan.
"Niat aku datang bukan niat jahat. Aku cuma..." Belum sempat Andy menghabiskan ayatnya, Ash mencelah.
"Tak ada niat jahat? Weyh, dari awal kau masuk dalam hidup aku, semuanya jahat lah," tengking Ash.
"Cuba bagi dia habis cakap dulu. Andy, sambung." Adam memarahi Ash. Ash hanya buat muka menyampah.
"Maafkan aku. Aku pon sebenarnya tak faham dengan ibu aku. Aku hasil dari anak perkahwinan pertamanya. Masa aku umur 7 tahun, ibu ada lelaki lain belakang abah. Abah maafkan ibu. Tapi, ibu nak bercerai sebab lelaki itu seorang ahli perniagaan yang berjaya. Abah lepaskan ibu. Abah besarkan aku sampai umur 14 tahun. Ibu bercerai dengan lelaki tu. Dapat seorang anak, Andrian. Dengan ada Andrian, ibu masih boleh dapatkan duit nafkah untuk kegunaan sendiri. Bila ibu rasakan duit nafkah mula tidak cukup untuk dia kekal berjoli, ibu ambil aku dari abah semata duit nafkah. Demi aku, abah berikan duit nafkah yang sangat tinggi. Selepas setahun, ibu jumpa lelaki lain. Berpangkat Datuk Sri. Keadaan sedikit bahagia. Aku nampak macam ibu dah berubah. Mungkin sebab dia dapat kahwin dengan orang kaya seperti dia idamkan. Lepas 16 tahun berkahwin, Datuk Sri meninggal. Segala harta kami tidak dapat. Kami dihalau oleh ibu Datuk Sri. Aku ingatkan ibu betul-betul dah berubah. Tapi, ibu ada niat jahat. Ibu kenal dengan Dato' Ashraf. Rakan perniagaan Datuk Sri. Ibu mula bercerita tentang masalah kami. Ibu meraih simpati Dato' Ashraf. Dato' berikan ibu duit yang banyak. Tetapi ibu tamak. Ibu mahukan Dato'. Aku asalnya duduk di rumah sewa bersama kawan. Tiba-tiba ibu mengajak aku pindah dengannya. Aku ikutkan sebab dia tetap ibu aku walau sejahat mana pon dia. Andrian dan Ariana dengar kesemua arahan ibu. Semalam, ibu arahkan Andrian dan Ariana perangkap Tengku dan Ash. Ibu suruh Ariana goda Tengku. Ibu suruh Andrian perangkap Ash dan fitnah Ash yang menggodanya. Tapi aku tahu, Andrian dan Ariana rasa keberatan. Sebab mereka saling mencintai. Mereka sumbang mahram. Mereka semua sudah jauh terpesong," cerita Andy panjang.
"Apa motif kau bagitahu aku?" Tanya Adam.
"Aku nak selamatkan keluarga kau orang. Aku tak sanggup tengok hubungan bapa dan anak hancur kerana keluarga aku. Aku tak nak bersubahat dalam perkara ni lagi. Cukup dua minggu aku sudah rasa betapa berdosanya aku," luah Andy. Adam menepuk bahu Andy perlahan
"Entah-entah kau pon dalang dalam rancangan ni. Bukan senang aku nak percaya," kata Ash setelah lama berdiam diri.
"Kalau saya tipu, i bet my head. Tengku boleh pancung sendiri kepala saya," kata Andy tanpa sebarang gentar.
"Apa kau ni. Ingat ini zaman Majapahit nak pancung segala?" Adam ketawa.
"Tak ada eh?" Andy menggaru kepala. Adam geleng kepala.
"Jadi, kau ada perancangan?" Tanya Adam. Andy senyum.
"Mestilah ada. Minggu ni, pastikan Ash balik. Tengku ada GoPro?" Andy memulakan perbincangan.
"Ada," balas Adam.
"Cantik. Aku akan setup GoPro pada bilik Andrian dan Ariana. Tengku perlu datang dan berbaik dengan Ariana sehingga Ariana...."
🙀🙀🙀🙀🙀
"Boleh percaya ke Adam?" Tanya Ash.
"Insha Allah boleh. Kita ikut je. Kalau betul dia tipu kita, aku akan pastikan dia tak terlepas," jamin Adam kepada Ash.
"Aku takut," gumam Ash. Adam berhenti berjalan. Dia menoleh kepada Ash.
"Takut apa?" Tanya Adam. Ash memberhentikan langkah. Kepalanya didongakkan menghadap Adam.
"Aku takut hilang kau. Sebab papa dah buang aku sebab perempuan tu. Aku cuma ada kau. Aku tak nak hilang kau," kata Ash dengan air matanya sudah bertakung.
"Ash, kita berserah pada tuhan. Insha Allah, ada jalannya. Walau apapun jadi, aku tak akan mengalah."
YOU ARE READING
Tyara College ✔
Teen FictionTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...