Bab 12

8.2K 388 7
                                        

Ergh, panasnya! Classroom di Tyara College ada air-cond. Sini, setakat kipas syiling tiga biji mana sejuk! Tahu tak baju aku ni tebal semacam. Adam memandang Ash yang sedang membuka vest dengan ekor mata tajam. tali leher di longgarkan. Tudung yang dimasukkan ke dalam baju dikeluarkan. Lengan baju dilipat hingga siku. Mampus, bukan ada cikgu pun sekarang ni.

"Ash, dressing ethics dan aurat," tegur Adam apabila Ash sudah melebih lipat lengan baju. Ash buat muka menyampah.

"Tahu tak panas? Patutlah orang kedah ni hitam. Kau pun tak payah hipokrit lah, dah banjir pun boleh tahan lagi," balas Ash dengan suara meluatnya.

"Ash, tak baik menghina. Kau putih pun sebab terlebih banyak makan collagen," seloroh Adam membuatkan Afiq yang duduk di sebelah Ash tertawa. Ash bengang.

"Eh! Sejak bila aku makan collagen. Aku cantik ori eh!" Bantah Ash. Suka hati je kata orang makan collagen. Adam sengih kecil.

"Hey, sementara subject BM yang tak ada cikgu ni, apa kata kita share sikit story," cadang Afiq secara tiba-tiba.

"Story?" Tanya Ash yang duduk di antara dua jejaka idaman Bangladesh ini.

"Yeah, anything or Q&A," balas Afiq lalu senyum pada Ash.

"Asal tak cakap loghat kedah?" laju Ash tanya pada Afiq. Afiq sengih.

"Actually, aku ni dulu duduk KL. Ayah aku hantar sini suruh jaga nenek aku. Dia dah tua. Aku pindah sini dari form 3. Tak dapat nak catch lagi lah loghat orang sini. Faham tu faham lah. Nak cakap tu tak reti." Panjang Afiq menerangkan. Ash dan Adam angguk kecil.

"Ouh, your mom and dad kerja apa?" Tanya Ash. Ini yang best! Dapat korek latar belakang orang lain.

"Not as great as yours. Ayah lawyer swasta and mama pula lecturer kat MAHSA Uni," kata Afiq dengan senyuman. Ash memandang Afiq dengan tepi kepalanya ditongkatkan dengan tangan yang berada di atas meja.

"Kau memang suka senyum eh? Cair. Bukan macam mamat sebelah ni, ketat je muka," kutuk Ash membuatkan Adam mengetuk kepala Ash dengan pen. Ash menggosok kepalanya.

"Eh, dah pahal aku terjebak ni." Adam tak berpuas hati. Suka hati je nak main mention nama orang sana sini.

"Ye lah! Dia ketua pengawas sekolah, sama je lah dengan kau tu prez kolej. Tengok dia, cool je. Kau tu, so serious," kata Ash sebelum ketawa perlahan.

"Ni dah kenapa ketawa pula?" Tanya Adam pelik. Tadi marah, ni ketawa pula.

"Kau panas sangat kan? Buka je lah vest tu," kata Ash dengan tangannya mengeluarkan tisu dari sling bag yang dibawa sebelum tisu itu digunakan untuk mengelap peluh di wajah dan leher Adam. Adam buat muka selamba.

"Kau orang memang couple yang jenis banyak gaduh eh?" Tanya Afiq secara tiba-tiba. Kening Ash terangkat sebelah.

"Kita orang tak couple. Terima kasih," balas Ash sinis.

"Ouh, dari awal lagi ingatkan couple. Sorry," kata Afiq membuatkan Adam geleng kecil. Gaduh macam ni pun orang nampak macam couple ke?

"Afiq nak tanya sikit lah, that girl yang nama Asyikin dengan Fatimah tu memang taiko sekolah eh?" Tanya Ash dengan matanya merenung Asyikin yang sedang duduk di atas meja.

"Bagi kau? Kau kan taiko sekolah. Mestilah kau boleh tahu orang tu taiko ke tak," balas Afiq.

"Bila masa aku taiko sekolah pulak ni?" Bantah Ash. Hello, I bukan taiko. I diva je. Afiq ketawa.

"Dia orang tu sort of lah. Boleh katakan berlagak macam taiko." Afiq membetulkan rambutnya.

"Apa je masalah yang dia orang buat?" Tanya Ash ingin tahu banyak tentang perempuan tak guna itu.

"Bawa phone, kurang ajar. Macam tu lah," balas Afiq membuatkan Ash kening sebelah.

"Tu je?" Tanya Adam pelik kepada Afiq. Afiq angguk.

"Ye lah. Tu pon dah buat cikgu dengan aku sekali pening," kata Afiq membuatkan Adam ternganga.

"Perempuan ni punya masalah lagi besar tahu tak?" Adam mula exited untuk bercerita berkenaan jenayah Ash di sekolah.

"Nak burukkan aku lah tu," marah Ash.

"Jenayah apa yang teruk sangat bunyinya tu?" Tanya Afiq. Nak dengar juga kes sekolah budak elit.

"Ikat pak guard, hack email cikgu, potong rambut budak, rabakkan kain budak, pakai make up macam nak masuk Miss World dan macam lagi lah. Kalau aku nak senaraikan pun tak habis esok," cerita Adam. Afiq terkebil-kebil pandang Ash. Ash sengih.

"Muka lawa, budak jenayah gila rupanya," seloroh Afiq membuatkan Ash dan Adam ketawa.

~///~

"Handsome gila Putera Adam tu," puji Asyikin pada Adam melambung-lambung.

"Melepas lah hang, Syikin," kata Nadira secara tiba-tiba.

"Awat? Pasai apa pula che' melepas?" Tanya Asyikin tidak puas hati.

"Budak transfer tu kan girlfriend Putera Adam," kata Fatimah pula. Asyikin buat muka menyampah.

"Hang pa tak ada bukti nak kata depa bercintan-cintun," nafi Asyikin seboleh-bolehnya.

"Aku ni nampak depa celapak masa waktu BM. Sweet lah tu lap kan peluh," kata Nadira. Dia yakin Ash dan Adam bercinta.

"Entah-entah, perempuan tu yang merenyam," tuduh Asyikin membuatkan kedua kawannya itu ketawa sinis.

"Hang tu tak ada apa dibandingkan dengan budak tu. Kalau aku jadi Putera Adam, aku pilih budak tu. Sekurangnya budak tu lagi molek, cun, meletop. Kaya, setanding dengan pangkat cucu sultan tu. Apa ada dengan hang. Setakat anak petani buat apa," kata Fatimah lalu ketawa sinis diikuti Nadira.

"Kurang ajaq!" Marah Asyikin.

《_________》

Ash terbaring di ruang tamu. Adam menghampirinya. Adam menguis lengan Ash dengan kakinya. Ash berdecit.

"Jangan lah kacau. Aku nak tidur kejap je," kata Ash dengan menepis kaki Adam. Adam duduk di sebelah Ash. Ash membuka mata. Matanya menyapa mata Adam. Adam angkat kening sebelah.

"Ash, aku rasa kadang-kadang kita tak boleh nak hidup dengan suasana yang bukan milik kita," kata Adam apabila mengenangkan seharian di sekolah awam. Tak sama dengan suasana di Tyara College. Jauh beza dari segi pembelajaran dan kemudahan.

"Tahu pun. Faham sikit perasaan aku yang tak dapat terima suasana kampung," kata Ash lalu bengun. Tudungnya dibetulkan.

"Kau tak nak cerita kisah mama kau? Curious nak tahu kisah dia," kata Adam tiba-tiba. Ash pandang tempat lain. Mukanya sayu.

"I'm sorry," ucap Adam kalut. Ash pandang Adam dengan senyuman hambar. Adam balas senyuman itu.

"Kenapa nak tahu?" Tanya Ash.

"Sebab aku nak tahu kenapa kau down macam ni. Kenapa kau jadi macam ni. You know jadi mengada sikit," balas Adam lalu tersengih.

Ash senyum sahaja. Tak tahu lah nak cerita atau tidak. Air matanya seperti mengalir sedikit. Bulat mata Adam apabila matanya melihat air mata Ash.

Mama! Ash rindu mama!

Tyara College ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang