C a m e r a

2.3K 140 15
                                    

| Requested : @nabilah374 |

P a r k J i m i n

Y u r a


Semalam, aku pergi fanmeeting BTS di Busan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semalam, aku pergi fanmeeting BTS di Busan. Percaya atau tak, aku aku dapat tangkap gambar Jimin masa dia tersenyum manis. Tapi, aku tak boleh nak dapat sign dia sebab tujuan aku datang sini untuk jadi photographer sahaja. Lagipun aku malu nak jumpa Jimin depan-depan. Aku pergi pun sebab nak teman kawan aku Mimi. Untung dia dapat bergurau dengan Jimin.



“Kau tahu tak, masa aku jumpa Jimin dia kata nak ada girlfriend orang Busan. Hah, pastu dia sweet sangat layan aku. Aku harap dia nak couple dengan aku. Dah lah hensem, baik hati, mesra dengan peminat ! Aku tak boleh lah Yura ! Lemah jantung !” ucap Mimi yang teruja itu. Kami berdua baru je lepas keluar dari dewan fanmeet. Aku yang ada di sebelah dia tu cuma menggeleng. Mata aku fokus melihat hasil tangkapan gambar fanmeet tadi.



“Macam lah dia pandang perempuan biasa macam kita. Dia tu artis, mestilah tinggi citarasa.” ucap aku. Bukan apa, bila Mimi cakap macam tu aku rasa cemburu pula. Padahal, bias dia ialah Suga. Kenapa tiba-tiba nak berharap dengan Jimin pula ? Hah, aku malas nak gaduh sebab bias je tau.



“Hahaha, mana lah tahu. Oh ye, kenapa kau tak join sekali tadi ? Rugi tau tak jumpa mereka depan-depan. Kau kata, kau minat Jimin.” ucap Mimi. Aku agak tersentak mendengar soalannya. Aku segera menutup camera aku dan tersengih malu.


“A—aku malu lah.”


“Hahaha, nak malu apanya. Dah lah diorang sekali dalam setahun je datang sini. Boleh pula kau lepaskan peluang macam ni. Ish, ish.” ucap Mimi. Aku hanya mampu tersenyum sahaja. Bukan apa, aku tak nak nanti aku terjerit bila jumpa Jimin depan-depan. Aku ni kadang-kadang tak boleh kawal sifat fangirl aku.

Magic Shop [BTS]Where stories live. Discover now