💫 J U N G K O O K 💫
Aku berkenalan dengan seorang perempuan yang dipanggil Deena. Bagi aku, dia nakal dan suka main-main. Tapi, bila dia tengah berlatih dia seorang yang fokus. Bagi aku, dia comel. Ini kali pertama aku nampak seorang trainee yang comel macam dia. Ini juga kali pertama BTS berhubungan dengan kumpulan perempuan. Hyung-hyung aku nampak gembira apabila berkenalan dengan mereka. Adakah ianya perkara yang bagus untuk kitorang ?
“ Korang, aku ada benda nak cakap. ”
“ Apa dia ? ”
“ Aku rasa kan, ada benda pelik yang berlaku pada kita semenjak trainee perempuan tu masuk syarikat kita. Korang tak rasa, kita semua tengah jatuh cinta ? ” tanya V hyung dan pandang satu persatu wajah mereka. Aku juga terkilan mendengar pertanyaan V hyung tu. Hoseok hyung yang sedang menonton tv itu menggeleng kepala.
“ Esh, takkanlah. ”
“ Kau tak perasan ke ? Semenjak kita jadi pelatih diorang, kita macam lebih happy daripada yang biasa. Baik korang mengaku, korang dah mula sukakan pasangan masing-masing kan ? Kalau tanya aku, yes. Aku ada sebuah perasaan aneh dengan Hyoyi. Aku masih memastikan perasaan aku yang sebenarnya. ” ucap V hyung dan tersenyum kecil.
“ Kau ingat manager kita akan bagi kalau kita bercinta ? Memang tak lah. Dalam dunia idol ni, tak payah lah bercita-cita nak bercinta. Lupakan jelah niat korang tu. ” ucap Yoongi hyung dan mengeluh. Hoseok hyung yang ada di sebelahnya menyiku lengan Yoongi hyung dengan lembut.
“ Eleh hyung, mulut je cakap macam tu, hati cakap lain kan ? Tadi, aku perhati sahaja kau dengan Shimin gelak-gelak. Dengan kitorang kau jarang betul nak ketawa tapi dengan dia, kau jadi lain. Cuba jujur hyung, kau suka dia kan ? ” tanya Hosoek hyung. Yoongi hyung menundukkan pandangannya. Nampak sangat kau malu nak mengaku kan, hyung ?
“ Aku pun, tak tahu. Tapi, dia orang pertama buat aku gelak dengan ikhlas. Dia berbeza. ”
“ Baiklah, Yoongi hyung dah mengaku. Kau pula Jungkook, apa perasaan kau dengan Deena ? Aku perasan kalau kau dengan dia asyik bergurau senda dalam bilik latihan tadi. ” ucap V hyung yang tiba-tiba serang aku dengan soalan macam tu. Gelabah aku sekejap ! Nasib tak jatuh phone kat tangan.
“ A—aku sendiri pun tak pasti. Bak kata V hyung, masih nak memastikan perasaan aku pada dia. Tapi, bila dengan dia hati aku rasa berdebar. Mungkin lah, aku mula simpan perasaan pada dia. ” ucap aku dengan malu-malu. Ya, aku rasa sesuatu bila dengan Deena. Perasaan suka, mungkin ?
“ Kau suka dia lah tu. Baiklah, Jimin pulak. ”
“ Herm, first impression aku pada Yaeri ialah dia seorang perempuan yang sangat dingin. Kalah Suga hyung punya dingin. Tapi, dia seorang perempuan yang hardworking dan pantang menyerah kalah dalam melakukan sesuatu. Jadi, aku agak terinspirasi dengan sifat dia. Aku nak kenal dia dengan lebih lagi. ” ucap Jimin hyung dengan senyuman yang lebar.
YOU ARE READING
Magic Shop [BTS]
Short StoryF A N T A S Y A pleasant situation that you enjoy thinking about but is unlikely to happen or the activity of imagining things. (One shot story with BTS) Written By Hyunjinee ||™ 2017