Murder 💐 Namjoon

637 49 5
                                    

For : mynameisarmy_





🍘 Hyo Kyo 🍘






" Hyo, saya nak awak yang kendalikan kes ni. Pastikan awak berjaya. Seluruh pegawai atasan mengharapkan awak. " ucap Tuan Choi selaku ketua inspektor bagi kumpulan penyiasat. Aku memberi tabik.





" Baik tuan ! "





" Nah, ini failnya. Dalam tu ada pelbagai maklumat tentang pembunuh yang digelar RM. Semoga berjaya. " ucap Tuan Choi dan menghulurkan fail itu. Dengan senang hati aku mengambil fail itu.






" Jangan risau tuan, saya akan selesaikan kes ni dan tangkap si RM tu. Herm, saya minta diri dulu tuan. " ucap aku kemudian menunduk hormat. Tuan Choi menganggukkan kepala.






Aku keluar dari pejabat Tuan Choi dengan hati yang riang. Akhirnya, kes ini di tangan aku. Dah lama aku teringin nak kendalikan kes ni. Latar belakang RM ni buat aku tertarik untuk tahu siapa dirinya yang sebenar.






" Hongbin-ah ! Aku dapat kendalikan kes RM ni ! " ucap aku dan menayangkan fail kes itu. Hongbin yang sedang menulis memandang aku dengan tidak percaya. Dia berdiri dan rampas fail tu dari tangan aku.






" Series lah, kau tak takut ke dengan kes ni ? Kau tahu an yang RM tu psycho ?! " ucap Hongbin. Aku mengangguk dan membentuk senyuman yang sangat yakin di bibir aku.






" Yes. But, aku tetap aku settlekan kes ni. Jadi malam ni kita akan siasat kes yang RM bunuh anak perdana menteri tu. Aku nak cari bukti. " ucap aku. Hongbin menggeleng dan serahkan kembali fail itu kepada aku.






" Kalau kes ni, aku taknak join kau. Bye. " kata Hongbin dan terus pergi. Aku menyelak fail itu dan memberi jelingan kepadanya. Pengecut betul mamat tuh. Apehal lah aku pilih dia jadi pembantu aku.






" Fine ! "






💦💦💦💦💦






Pada malamnya, aku pergi ke sebuah rumah kayu yang dikosongkan itu sendirian. Disinilah tempat RM membunuh anak perdana menteri tu. RM tu menikam perut anak perdana menteri tu dengan 12 tikaman. Darah yang sudah kering tu aku tenung.






" Mula-mula dia culik. Lepastu, mesti dia heret mangsa sehingga ke tengah ruang tamu yang kosong ni. Mereka bergelut dan akhirnya RM tu menikam dia. Tapi, kenapa dia bunuh anak perdana menteri pulak ? " soal aku sendirian.






Mata aku tertancap ke jaket hitam yang ada sudut dinding. Aku mendekati nya dan mengambil jaket itu. Macam mana boleh ada jaket tuh dekat sini ? Rasanya masa polis siasat, jaket ni tak ada dekat sini. Aku menghidu bau jaket ni. Wanginya !





' Maknanya dia ada di sini ! '





" Hahaha. Kantoi. "






Aku terus keluarkan pistol dan mengacukan ke serata tempat. Lampu yang terbuka tadi jadi terpadam dengan sendirinya. Jantung aku mula tak keruan. Dahi pula dan mengalirkan peluh. Tiba-tiba, ada kaki menendang tangan aku. Serta merta pistol tu tercampak jauh dan aku terundur ke dinding. Jaket yang di tangan aku dirampas





Magic Shop [BTS]Where stories live. Discover now