리더 ➕ 남준

1K 79 23
                                    

True ARMY, will always love
all Bangtan members. Please, love them fairly.









🔰 Namjoon 🔰

       Aku melihat lautan yang luas itu dengan perasaan tenang sambil mendengar lagu di earphone

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Aku melihat lautan yang luas itu dengan perasaan tenang sambil mendengar lagu di earphone. Sudah hampir dua minggu, aku bercuti dari melakukan aktiviti bersama BTS. Apa yang pasti, sekarang ni aku sedang melarikan diri daripada menjadi seorang penyanyi. Hati aku berasa sangat perit apabila mengenang wajah members satu persatu. Ya, aku sedang dalam dilema sama ada mahu keluar atau stay di dalam BTS. Aku sayangkan kerjaya aku, tapi dalam masa yang sama..aku terganggu dengannya.







Anyeong, Namjoon-ah. ”







“ Eh ? Anyeong. Jadi, kau betul-betul datang ya ? Aku ingatkan, kau main-main sahaja bila aku ajak kau berjumpa. ” ucap aku dan mencabut kedua earphone apabila gadis itu berdiri di sebelah aku. Nama dia ialah Hyun Jinee. Dia merupakan ex-classmate aku semasa di sekolah tinggi dulu. Kebetulan dia ada di Ilsan, aku ajak berjumpa. Lagipun, dia ialah seorang traveller dunia.







“ Hahah, mestilah aku datang. Aku rindu nak lepak dengan kau macam dulu. Herm, makin susah nak jumpa kau sekarang kan, Namjoon ? Dari zaman kau trainee sampai dah debut aku tak bertemu dengan kau. Jadi, dah alang-alang aku ada peluang berjumpa kau. Aku teringin lah nak jumpa. Lepas ni, kita dah tak boleh jumpa lagi dah. Aku kena pergi Paris dan banyak tempat. ” ucap Jinee dan tersenyum.








“ Ouh, macam tu ya. Mianhae, Jinee. Tapi, sekarang aku tengah free. Jadi, kita boleh lepak lama sikit. Aku tak contact kau, tak bermakna aku lupakan kau. ” ucap aku dan tersengih. Dia kawan perempuan yang sangat rapat dengan aku. Tak mungkin lah aku lupakan dia. Dia banyak tolong aku apabila aku dalam kesusahan masa zaman sekolah dulu.








“ Apa yang terjadi sebenarnya Namjoon ? Dari jauh, aku nampak muka kau muram sahaja. Aku perasan kalau kau dah tak bersama dengan BTS. Di rancangan TV, kumpulan kau tinggal 6 orang sahaja. Kau, okay ke tidak ? ” tanya Jinee. Aku memandang ke arah laut itu dan hanya mengeluh kecil. Kedua tangan aku masukkan ke dalam jaket padding.








“ Entahlah, kepala aku..serabut sangat. ”








“ Ceritalah, aku dengar. ”








“ Minggu lepas, aku bukak twitter semasa aku berehat di dorm. Aku nampak pelbagai comment yang mengutuk aku. Semuanya daripada fans BTS sendiri. Ada yang cakap aku ni buruk, tak layak jadi seorang leader, rap tak bagus dan lain-lain. Pada awalnya, aku tak terganggu. Tapi, bila kitorang buat fansign ada ramai ARMY yang layan aku seperti aku tak wujud dalam kumpulan BTS tu. Aku ni manusia Jinee, aku juga ada perasaan. ” jelas aku.








Magic Shop [BTS]Where stories live. Discover now