💙 Haera 💙
Siapa pulak yang terguna kuasa dia ni ? Aku dan Jimin turun ke ruang tamu. Aku nampak Hyo tengah menangis teresak-esak. Manakala, Jin yang ada di sisi tengah ternganga melihat perabot rumah yang terapung.
“ Hyo, kenapa menangis ni ? Jangan lah menangis. Tengok ni, bila awak nangis kuasa awak tiba-tiba keluar. ” ucap aku. Hyo mula mengesat airmata dengan hujung lengan bajunya.
“ Ani, saya terdengar dia luahkan perasaan sambil tengok gambar seseorang. Jadi, saya pun nangis sebab sedih sangat. Awak tahu kan, saya ni tak boleh dengar benda sedih ? ” adu Hyo. Akhirnya, perabot dan barang yang terapung kembali ke tempat asal.
“ Awak kena belajar kawal emosi sikit. ” ucap aku. Aku melihat Jin dan Jimin yang masih terpinga-pinga. Kesian pulak aku tengok diorang berdua ni, dah macam tak betul.
“ Boleh tak korang terangkan. Aku tak faham ni ! ” ucap Jin dengan bengangnya. Aku dengan Hyo saling berpandangan. Manusia memang begini ke ? Susah nak faham situasi sebenar.
“ Okay, macam ni kita— ”
“ AH !! HYUNG !!! ”
Terkejut aku bila dengar orang menjerit, aku dan Jimin berlari menaiki tangga dan pergi ke arah suara tersebut iaitu di dalam sebuah bilik. Bukak je pintu bilik itu, asap berkepul-kepul keluar. Aku nampak buku yang ada di atas meja tu terbakar. Ianya disebabkan Rin.
“ Macam mana boleh terbakar ni ? ” tanya Hyo yang baru muncul. Aku ternampak paip di bilik air tu terbuka. Aku terus guna kuasa aku dengan ambil air tu kemudian disiram ke atas buku yang terbakar.
“ Tak, saya pegang je buku tu. Lepastu, tanpa sengaja tangan saya terkeluar api. Mungkin sebab saya tengah marah terhadap watak jahat dalam novel tu. ” ucap Rin.
“ Hyung, apa yang terjadi ni ? Macam mana boleh ada perempuan dalam rumah kita ? ” tanya Jungkook kepada Jimin dan Jin. Mereka dua mengangkat kedua bahu tanda tak tahu. Aku mengeluh seketika.
“ Macam ni lah, sebenarnya kitorang ni angel dari langit. Semalam, Jimin dah buat hajat terhadap bintang. Bintang tu macam mission bagi kitorang. Jadi, kitorang ni merupakan para angel yang terpilih untuk dampingi korang. Demi merealisasikan hajat Jimin. ” ucap aku.
YOU ARE READING
Magic Shop [BTS]
Historia CortaF A N T A S Y A pleasant situation that you enjoy thinking about but is unlikely to happen or the activity of imagining things. (One shot story with BTS) Written By Hyunjinee ||™ 2017