다른 사람 ➕ 지민

1.4K 100 15
                                    

|Requested by : @hannani_chaeyeonni |






🌸 Hana 🌸







Hana, saya ada berita buruk yang nak disampaikan kepada awak. Harap-harap awak tak marah bila saya bagitahu semua ni. ucap Hoseok berselang dengan keluhan. Aku yang ada di sebelahnya menoleh melihat muka dia yang muram semacam tu. Kenapa hati aku rasa tak tenteram ni ? Aku cuba membuang fikiran negatif itu dan tersenyum.






Waeyo ? Cakap jelah.




Saya kena balik ke New York. Saya kena teman ibu saya untuk pembedahan jantungnya. Mungkin, saya lama di sana. 2 atau 3 tahun macam tu. Maafkan saya tapi saya kena pergi menemani ibu saya. Saya tak nak menyesal di kemudian hari, Hana. ucap Hoseok dan menundukkan kepalanya. Aku tersenyum suram dan mengenggam tangannya.







Pergilah Hoseok. Saya tak akan halang kalau ianya untuk ibu awak. Awak dah cukup menderita melihat ibu awak tanggung semua tu. Jadi, pergilah. Saya faham sangat-sangat. Saya tak marah pun cuma..saya akan rindukan awak Hoseok. luah aku dengan mata yang sudah berair. Berpisah selama itu dengan Hosoek ? Mampukah aku menahan rindu ?







Saya pun akan merindui awak. Jangan risau, balik sahaja saya ke Korea saya akan berjumpa dan mengahwini awak. Saya janji dengan awak, Hana. Awak sanggup kan tunggu saya ? ” tanya Hoseok dan memeluk aku. Aku menangis dan menganggukkan kepala dengan laju. Bau ini, senyuman dia dan semua tentang dia. Aku akan rindukannya.






Saya tunggu, Hoseok.







     Itu merupakan kali terakhir aku bersama dengannya. Masa itu, kami berdua duduk di bawah pohon yang berada di taman. Tempat tu memang spot utama kitorang dating. Sekarang, sudah lebih 4 tahun aku tak berjumpa dengan dia. Sepanjang kitorang berpisah, jarang betul dia berkomunikasi dengan aku. Aku terfikir, macam mana rupa dia sekarang ? Adakah dia ingatkan aku ? Adakah dia ingat janji dia untuk mengahwini aku ? Sebab, aku setia menunggu dia di sini.







“ Yah ! Hana ! Kau berangan apa, huh ? Bukan main lama lagi kau termenung. ” sergah seseorang. Terhinjut bahu aku bila terdengar teriakan dia. Aku menoleh ke belakang dan melihat si dia yang bercekak pinggang itu. Aku yang berdiri di depan kedai bunga aku sendiri itu hanya tersenyum. Dialah peneman aku apabila aku kesunyian.







“ Kau ni kan, suka buat aku terkejut tahu ? Nasib baiklah aku tak ada masalah jantung. Kalau tak, sudah mati katak aku kat depan kedai ni. Hesh ! ” marah aku dan menjeling. Dia berjalan mendekati aku dan terus memeluk bahu aku dengan erat. Senyuman di bibirnya kelihatan lebar. Terima kasih, kau sentiasa ada disaat aku perlukan peneman.







“ Hehehe, mianhae. Dah tu, aku panggil nama kau dari tadi kau buat bodoh je. Terpaksalah aku sergah, kan ? Kau pun dah kenapa termenung depan kedai ? Orang yang lalu lalang tengok kau je dari tadi tahu tak. Macam mana nak laku bunga-bunga di sini kalau tuan kedainya kuat berangan ? ” bebel dia. Aku menyilangkan kedua tangan ke dada dan menjeling sekali lagi.







“ Suka hati aku lah ! ”




“ Hana ! Hati-hati ! ”







Magic Shop [BTS]Where stories live. Discover now