Thank You 💐 Taehyung (2)

801 58 0
                                    

👦 Taehyung 👦





       Pada esok malamnya, aku dan Humairah pergi ke Balai Raya. Ramai orang berkumpul untuk menyaksikan persembahan pada malam ni. Ramai perempuan yang melihat aku dan tersengih-sengih. Mungkin sebab aku kelihatan kacak dengan berbaju melayu. Aku beli sendiri tau baju ni ! Even Humairah pun, tercengang tengok aku.





“ Bila masa awak beli baju melayu ni ? ” tanya dia. Kami berdua duduk di bahagian hadapan sekali. Kebetulan ada kosong. Aku terkekeh ketawa dan melihat diri aku.





“ Dah lama. Saya beli dekat Korea. Kalau awak nak tahu, dekat sana dah ada butik untuk orang islam tau. Macam-macam baju ada. Kebetulan saya nak datang Malaysia, tu yang beli. ” ucap aku. Dia mengangguk.





“ Ouh. Jadi, awak tahulah salasilah islam ? ”






“ Tahu ! Masa saya belajar bahasa melayu, saya belajar juga pasal islam. Teringin nak tahu lebih lanjut, tapi omma dan appa saya tak benarkan. ” ucap aku dan menghela nafas.






“ Herm. ”







“ Saya teringin nak tahu lagi pasal Islam dan juga pasal Malaysia. Lagipun, saya nak isteri saya orang Malaysia. ” ucap aku dan menoleh melihat dia. Dia juga pandang aku. Hahaha, neomu kyeopta !





“ Erm d—dah mula ! ”






     Persembahan kompang sebagai pembuka majlis. Aku yang memegang camera terus ambil gambar. Teruja dengan alunan nyanyian dan tepukan kompang tu. Selepas itu tarian kuda kepang dipersembahkan dan pelbagai tarian dan alat muzik yang aku tak pernah nampak.






“ Jom menari sekali. ”





    Seorang lelaki tarian zapin, mengajak aku dan Humairah untuk menari zapin. Dengan hati yang senang aku mengikuti rentak lelaki itu. Humairah yang segan silu hanya melihat aku dan tertawa. Tapi, dia juga ikut menari dengan perempuan yang ajar dia.






     Lepas menikmati Malam Kebudayaan tu, aku dengan Humairah berjalan sama-sama ke rumah. Sambil jalan, aku membelek gambar-gambar yang aku ambil. Aku perasan yang Humairah hanya diam dan bermain dengan tangannya.






“ Awak okay ? ”







“ Saya okay. Hurm, boleh saya tanya sesuatu dekat awak Taehyung ? ” ucap dia. Aku memberi pandangan ‘apa dia’ kepadanya. Kamera di tangan aku tutup dan fokus dengan dia.






“ Awak.. awak sakit ea ? ”






“ Ma—macam mana awak tahu ? Awak ceroboh laptop saya ye ?! ” gertak aku. Hanya laptop tu sahaja yang menyimpan segala isi hati aku. Mesti dia bukak senyap-senyap ni. Dia memandang aku dengan muka bersalah.






“ Maafkan saya. Bukan niat nak ceroboh privasi awak. Tapi, saya terbaca.. ”






“ Herm, kalau saya ada sakit sekalipun takde kena mengena dengan awak. Faham ? ” tegas aku. Aku memang tak nak orang tahu apapun pasal penyakit. Lagipun, aku tak nak bebankan otak memikirkan penyakit aku tuh. Sebab aku sedar, bila-bila masa je aku boleh mati.






Magic Shop [BTS]Where stories live. Discover now