😇 10 ➖ 질투? 😇

363 28 1
                                    

⚡ Hoseok ⚡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hoseok ⚡




Selepas tamat sesi photoshoot, kitorang pergi ke sebuah cafe sambil berbual-bual. Rasa rindu aku dekat noona terluah juga. Bukan apa, dah dekat 8 tahun aku tak jumpa dengan kakak aku. Dia dah banyak berubah sekarang. Makin cantik, rambut dia yang dulunya warna hitam dah berubah jadi warna kuning terang. Hahaha, dah macam penduduk asal orang sini dah. Tak sedar dirinya itu orang Korea.




" Kakak macam mana dekat sini ? Okay tak ? Ada masalah apa-apa tak ? " tanya aku. Dia tersenyum dan meletakkan jus oren yang dia minum tadi di atas meja. Dia pandang aku dengan sangat lama. Dah kenapa pulak kakak aku ni ?





" I'm okay. Semenjak akak dah ada kerja part time ni takde masalah langsung. Kamu tu, yang duduk Korea dengan kawan-kawan kamu. Okay ke tak ? " tanya Dawon noona. Dengan senyuman lebar aku menganggukkan kepala. Aku tak nak risaukan kakak aku.




" Okay je. Tak ada masalah apa pun. "





" Aigoo, adik akak dah pandai menipu sekarang ye ? Ingat akak tak tahu agaknya. Jimin dah bagitahu dekat akak. Tak perlu nak rahsiakan apa-apa. " ucap Dawon noona. Jimin ni, memang tak pandai simpan rahsia betullah.





" Herm, ala akak dah tak perlu risau lagi. Orang-orang tu tak akan ganggu Hoseok lagi. " ucap aku dan pandang Aeun dengan senyuman. Kalau takde dia, dah lama aku mati di tangan orang gangster tu. Dawon noona tersenyum.





" Baguslah. Lepasni, jangan nak pandai-pandai pinjam duit lagi. Adik jangan lah risau. Akak boleh lah survive sendiri. Kalau ada apa-apa baru akak bagitahu adik. Okay ? " ucap Dawon noona. Aku mengangguk dan tersengih lebar. Seronoknya ! Rasa macam satu beban hilang di bahu aku.




" Dawon ! "




" Haeun-ah ! What are you doing here ? " tanya Dawon noona kepada seorang perempuan berambut pendek yang mendekati meja kitorang. Hah, aku kenal sangat dia ni ! Kawan baik kakak aku iaitu Lee Haeun. Diorang ni sama-sama belajar dekat Paris ni.





" Just walking around and want to drink coffee. I'm really suprised too see you here. You're supposed have a photoshoot, right ? " tanya Haeun dan tarik kerusi di sebelah Dawon noona. Eh eh, orang tak ajak pun dia duduk sini ! Sibuk je Haeun noona ni. Nak acah speaking english konon.




" Hahaha, dah habis lah. Ni aku tengah makan dengan adik aku. Kau lupa ke dengan dia ? " ucap Dawon noona dan melihat aku. Haeun noona melihat aku dan terus gelak besar. Amboi, ketawakan aku nampak ! Taulah aku tak sehensem mamat-mamat Paris kat sini !





" Mestilah aku kenal. Hoseok si kuda kepang kan ? Hahahaha ! " ucap dia dengan tawa. Dia ni memang suka gelar aku kuda kepang sebab aku suka main dengan mainan kuda masa aku kecik-kecik. Tapi, aku dah besar kayh. Tak main lah mainan kuda ni !




Magic Shop [BTS]Where stories live. Discover now