| Requested by : @Yoonseok_Jinkook46 |
🍀 Jihyun🍀
Aku merenung ke luar tingkap kelas itu. Aku nampak awan kelabu mula berarak menutupi langit yang terang benderang tadi. Tunggu masa sahaja, hujan lebat akan turun. Herm, teringat pula dengan Min Yoongi. Rasanya, dah genap 3 bulan aku tak berjumpa dengan dia. Kali terakhir aku jumpa dia, masa kami berdua berkongsi payung disebabkan hujan yang turun. Agak-agak, di mana kau sekarang ? Kenapa menghilang tanpa apa-apa berita ?
“ Aish, time macam ni juga kau nak turun kan hujan ? Dah lah sekejap lagi drama kegemaran aku dah nak bermula. Sakit betul hati aku ! Lepastu, kena kongsi payung pula dengan minah pendek ni. ” rungut Yoongi yang memegang payung aku itu. Ye, aku sudah menawarkan sebatang payung kepadanya untuk berkongsi dengan aku. Heh, bukan nak cakap terima kasih.
“ Eh kau ni, dah kira baik aku bagi kau kongsi payung ni dengan aku. Daripada kau kena menunggu hujan reda sampai petang. Kau nak memerap kat sekolah tu ? Tak nak kan ? Jadi, jangan nak merungut-rungut. ” ucap aku dengan perasaan geram. Dia hanya mendengus geram dan memandang ke arah lain.
“ Yelah, yelah. ”
Lepas beberapa minit berjalan, akhirnya hujan yang turun tadi sudah berhenti. Matahari kembali menyinari langit. Yoongi tersenyum lebar dan terus menutup payung aku itu. Aku pula mengambil jarak darinya. Bukan apa, daripada tadi bahu aku berlanggar dengan bahunya jadi aku rasa malu pula. Lagipun, ini kali pertama aku berkongsi payung dengan dia. Biasanya, dia bawa payung nya. Boleh pula dia lupa nak bawa hari ini. Mungkin dia tak menjangka yang hujan akan turun.
“ Akhirnya ! Berhenti juga hujan ni. Weyh, rumah kau dekat mana ni ? Disebabkan kau dah bagi aku kongsi payung kau, aku akan hantar kau balik rumah sebagai tanda terima kasih. ” ucap Yoongi dan tersenyum. Payung aku yang dia pegang, di ketuk-ketuk atas jalan raya. Eh eh, ada yang patah payung tu sekejap lagi.
“ Yah ! Patah payung aku tu sekejap lagi ! Janganlah diketuk-ketuk macam tu ! ” marah aku. Kalau dia ketuk tu perlahan-lahan, aku tak kisah sangat. Ni dah macam nak pecah jalan tar tu dia ketuk payung aku. Dia tertawa dan menggelengkan kepala. Dia berjalan lebih cepat dengan tangan yang tak berhenti ketuk payung tu ke tanah.
“ Tak mungkin pa— ”
‘ Crack ! ’
“ Uwaaa !! Aku dah cakap kan tadi jangan diketuk-ketuk payung tu ! Kan dah patah ! Dahlah payung tu mahal, mama aku belikan ! Erh, kejam betullah kau ni Yoongi ! ” marah aku dan melihat payung kegemaran aku yang sudah patah dua itu. Dia ketawa bersalah dan menghulurkan payung tu kepada aku. Aku ambilnya dengan wajah kecewa.
“ Hehehe, mianhae Jihyun. Aku tak sengaja. Erm, tak jadilah nak teman kau balik. Omma aku dah call suruh balik cepat. E—erm, nanti aku ganti semula payung kau ! Anyeong, aku balik dulu ! ” ucap Yoongi dan berlari pergi meninggalkan aku. Aku mengetap bibir dan mengeluh kecil. Dah patahkan, bukannya nak bertanggungjawab ! Tak guna punya Yoongi !
YOU ARE READING
Magic Shop [BTS]
Historia CortaF A N T A S Y A pleasant situation that you enjoy thinking about but is unlikely to happen or the activity of imagining things. (One shot story with BTS) Written By Hyunjinee ||™ 2017