💫 3 - 훈련 💫

851 68 23
                                    

💫 H Y O Y I 💫






     Aku tak faham, kenapa aku dipasangkan bersama V sunbae ? Bukan ke dia dalam team vocal line ? Aku ni, rapper line tau. Tapi, mesti ada sebab kukuh kenapa aku dijadikan sebagai pasangan dia. Tak apalah, apa yang penting aku dapat bersama dengan bias sendiri. Rasa macam mimpi pula dapat duduk bersebelahan macam ni. Dia mendekatkan diri sedikit dengan aku dan menunjukkan kertas lirik.






“ Tadi, aku tanya RM hyung tentang part siapa kau kena cover. Kau dapat part Hoseok hyung. Jadi, mari aku ajar kau asas-asas penting untuk jadi seorang rapper. ” ucap V sunbae dengan riangnya. Aku ingatkan, dalam tv sahaja dia act childish macam ni. Rupa-rupanya, memang itulah sifat semulajadinya.






“ Serieslah sunbae nak ajar saya asas rapper ? Sunbae kan vocal line. Apa kata, awak tukar dengan Suga sunbae ataupun J-Hope sunbae since saya buat part dia. ” ucap aku dan menyengetkan sedikit kepala aku. Riak gembira tadi, berubah menjadi agak datar. Dia marah ke ? Aku cuma tak nak bebankan dia belajar pasal rap disebabkan aku.






“ Kau dah jadi pasangan aku, jadi jangan expect untuk bertukar dengan orang lain. Jangan nak risau tentang perbezaan rapper line or vocal line. Aku akan ajar kau semua ilmu yang aku ada tentang rap. Dulu, aku pernah rap lagu cyhper. ” ucap dia. Aku terus terdiam apabila dileter olehnya. Dia cemburu ke ? Eh, apa aku merepek yini ?! Sangatlah mustahil !





“ Erm, mianhaeyo. ”





“ Bagus, lagi satu tak perlu panggil aku sunbae sangat. Panggil sahaja V. Okay, aku nak ajar kau satu asas penting dalam rapper iaitu sebutan dan intonasi. Walaupun, rap dalam lagu Fire ni tak susah mana. Tapi, sebutan tu penting. Tak boleh lembut sangat, tak boleh tajam sangat. Maknanya, dia kena sahaja dengan nada muzik. ” ucap V





“ Ouh, begitu rupanya. ”






“ Jadi sekarang, aku nak kau dengar lagu fire sampai habis dan cuba rap mengikut intonasi dan nada yang betul. Jangan silap dengar okay ? ” ucap V dan memberikan sebelah earphone kepada aku. Aku mengangguk dan memasangnya ke telinga. Sebelah lagi earphone di telinganya.







When I'm wakeup room, room
nan mwoedo oepji
haego jigo nan hu, hu
biteuldamyeo eopji






“ Wah, boleh tahan lah nada kau Hyoyi ! Patutlah kau jadi rapper line. Suara kau ada vibe Suga hyung sikit. Hehehe, teruskan. Mesti akan jadi lebih baik. ” ucap V dan mengusap lembut kepala aku. Aku terkejut apabila dia melakukan itu. Aku melihat dia yang setia tersenyum manis di hadapan aku. Mata aku tiba-tiba terperasan kalau ada kesan luka di pipinya.






“ Pipi awak, waegeuraeyo ? ”







“ Ah, igeo ? Tak ada apapun. Luka kecil je sebab jatuh katil. Hahaha, aku ni kalau tidur memang kasar sikit. ” jelas V dan tertawa kecil. Aku memegang pipinya dan melihat luka itu dengan perasaan yang risau. Bukanlah sebab apa tapi nama pun fans kan ? Bila nampak orang yang dia minat, siapa je tak risau ?





“ Macam teruk je. ”






     Aku tersedar seketika apabila aku terlalu rapat dengan dia. Aku mengalihkan anak mata aku ke matanya. Mata kitorang saling bertentangan. Jantung aku berdegup kencang. Terus aku alihkan tangan dan mengundur daripadanya. Aduh, apa aku buat ni ? Aku memang ada sifat mudah merisaukan orang lagi-lagi orang tu aku suka. Aku dan V membuat wajah kekok.





Magic Shop [BTS]Where stories live. Discover now