Obses 💐 Yoongi (2)

964 62 5
                                    

For : YanYoongiYeopta





💄Dayana 💄





" Aku sukakan kau ! Sila couple dengan aku ! " ucap aku dengan beraninya di depan Yoongi. Dia pandang aku dengan pandangan sinis. Orang yang berada di sekeliling mula berbisik-bisik.






" Kenapa aku ? Takde lelaki lain ke kau nak luahkan cinta ? " tanya dia. Aku menggelengkan kepala. Aku mengambil tangannya dan meletakkan surat yang aku tulis tadi.






" Baca benda ni, dan awak akan tahu kenapa saya suka awak. " ucap aku. Dia merenyukkan surat tu dan baling ke dalam tong sampah yang kebetulan ada dekat dengan kitorang.





" Sorry, aku tak berminat. "





Dia berjalan pergi meninggalkan aku yang terpinga-pinga. Rasanya ni dah 3 kali aku kena reject dengan dia. Tapi, aku tak pernah mengalah untuk dapatkan hati dia. Sebab aku yakin, dia akan jatuh cinta dengan aku.






" Yana, kau okay ? "






" Aku okay. Nampaknya aku kena guna plan kedua untuk mengorat dia. Kau kena tolong aku tau. " ucap aku. Reena yang ada di sebelah aku mengangguk.






" Kenapa kau beria sangat nak couple dengan Yoongi tu ? Kau tahu kan dia tu bagaikan Serigala kat sekolah ni. " ucap Reena. Aku senyum dan melihat tapak tangan aku.






" Rahsia. "







Seperti yang dirancang, meja Yoongi dipenuhi dengan surat cinta. Malah ada tulisan yang aku tulis ' Yana ♡ Yoongi ' Aku harap sangat Yoongi suka. Aku yang berada di meja belakang sekali cuma menunggu ketibaan dia.






" Weyh Yoongi ! Kau kemana je ? Aku ada benda nak tunjuk kau ni ! Hahaha mesti kau suka ! " ucap Jimin dan terus tarik tangan Yoongi yang baru masuk ke dalam kelas. Terkejut beruk Yoongi bila nampak meja nya dipenuhi surat dan tulisan tu.





" Aku rasa, Yana betul-betul sukakan kau Yoongi. Apa kata kau bagi dia peluang ? " tanya Jimin. Soalan itu dibiarkan sepi. Mata tajam dia beralih ke aku. Aku hanya memaparkan senyuman padanya.





" Hei Crazy Girl ! "





Dia menghampiri aku dan tarik tangan aku dengan kasar. Budak kelas kitorang semua terkejut dengan tindakan Yoongi. Dia membawa aku ke Stor Sekolah dan menolak tubuh aku ke dinding.






" Apa yang awak buat ni Yoongi ? Awak nak saya menjerit ke ? " tanya aku. Dah kenapa nak tolak-tolak aku ? Buat sakit badan je tau tak !






" Jerit lah kalau kau nak. Sekarang ni aku nak tanya kau. Kenapa kau suka sangat menyusahkan aku ?! Asal kau ni tak reti bahasa ? Aku dah cakap aku tak suka kau ! Kenapa nak paksa aku suka kau ?! " tengking Yoongi.







" Saya ikhlas sukakan awak. Salah awak sebab buat saya obses dengan awak. Maaf kalau buat awak sakit hati, tapi saya tak akan mengalah untuk dapatkan perhatian awak. " ucap aku selamba.







" Hesh ! Susah betul bercakap dengan orang gila ni ! " ucap Yoongi dan menjeling. Aku tersenyum dan memegang pipi Yoongi.






Magic Shop [BTS]Where stories live. Discover now