😎 Author 😎
Suasana menjadi sunyi sepi antara Jimin dan Puan Sae Hwa. Hubungan antara anak beranak itu dah lama padam selepas kejadian 20 tahun yang lalu. Semenjak dipisahkan oleh ibu nya, Jimin tinggal bersama dengan ayah nya. Tapi, ayah Jimin telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu.
“ Omma. ”
“ Jimin, anak omma. Kamu masih hidup ? ” ucap Puan Sae Hwa. Jimin menganggukkan kepala. Airmata lelaki nya itu telah mengalir dengan deras. Perasaan rindu itu sangat mendalam terhadap ibunya. Jimin berlari mendekati ibu nya dan memeluk erat tubuh wanita tua itu.
“ Bogoshipeoyo. Jimin ingat, Jimin dah kehilangan omma dalam hari kebakaran tu. ” ucap Jimin. Puan Sae Hwa terkaku tanpa membalas pelukan anaknya. Malah, dia tolak badan Jimin dengan kasar. Jimin dan Haera terkejut dengan tindakan Puan Sae Hwa.
“ Bukan. Kau bukan anak aku. Anak aku dah lama mati. Jangan pandai-pandai mengaku diri kau sebagai anak aku. ” tegas Puan Sae Hwa secara tiba-tiba. Haera mendekati Puan Sae Hwa dan berdiri di depannya.
“ Penipu. Dia anak puan. Saya boleh nampak rasa rindu puan terhadap dia. Kenapa puan tipu diri puan sendiri ? ” tanya Haera dengan rasa geram. Puan Sae Hwa menjeling dan menyilangkan kedua tangannya ke dada.
“ Sukahati kau lah nak cakap apa pun. Tolong keluar dari rumah ni. Aku taknak tengok muka korang berdua. Pergi ! ” arah Puan Sae Hwa. Jimin yang masih terkejut menunduk dan mengeluarkan sesuatu di poketnya iaitu cincin silver yang berukir nama Park.
“ Omma lupa ke, masa kita sama-sama beli cincin ni ? Macam mana omma boleh semudah tu lupakan Jimin ? Jimin, tak pernah lupakan omma. ” katanya dengan tangisan. Puan Sae Hwa sedaya upaya menahan airmata yang dah pun ditubir mata.
“ Pergi. ”
Jimin mengesat airmata nya dengan kasar kemudian menarik tangan Haera sehingga ke luar rumah. Haera cuba nak masuk semula ke dalam rumah itu, tapi Jimin menahan lengannya. Haera mula berasa sedih melihat Jimin yang sedang menahan sakit di hatinya.
“ Jimin, awak kena tahu perkara sebenar ! ” ucap Haera. Jimin menggeleng kepala dengan laju. Tangisan dia sudah serupa seperti bayi menangis tak dapat susu. Haera membatalkan niatnya dan memeluk Jimin.
“ Aku rindu dia, tapi aku bukan anak dia. Hiks— ” raung Jimin. Dia peluk Haera semakin kuat. Genggaman tangannya di baju Haera juga semakin kuat. Haera hanya mengusap lembut rambut Jimin itu.
YOU ARE READING
Magic Shop [BTS]
Short StoryF A N T A S Y A pleasant situation that you enjoy thinking about but is unlikely to happen or the activity of imagining things. (One shot story with BTS) Written By Hyunjinee ||™ 2017