Y o u r M i n e

1.9K 138 8
                                    

| Requested By : @Nuyu_Kelly |


J e o n J u n g k o o k

H y e r i n



Langkah aku terhenti bila nampak pergaduhan diantara dua pelajar perempuan kat main lobby sekolah. Aku jadi tertarik pula nak tengok. Lagipun, dah boleh agak diorang tu gaduh sebab apa. Jeon Jungkook. Lelaki buaya sampah yang meliar dalam sekolah ni. Aku tak faham apa yang bagus sangat mamat ni.


“Yah ! Berapa kali aku nak kena ulang pada kau ?! Aku sukakan Jungkook oppa dan dah seminggu kitorang bercinta. Kau siapa nak halang hubungan aku dengan dia, huh ?!” marah perempuan berambut pendek itu. Park Sera, perempuan gedik sedunia sekolah.


“Penipu ! Jungkook cakap dengan aku, kau dengan dia dah putus ! Semalam dia minta couple dengan aku ! Heh, kau ni perasan lah ! Jungkook memang tak sukakan kau !” ucap pihak lawannya yang berambut panjang itu. Nama dia ialah Kim Ryeji. Herm, budak paling pandai dalam sekolah.



“Heh, gaduh sebab lelaki ? Muka sahaja lawa tapi tak bijak. Yang sorang lagi, muka lawa dan bijak tapi sebenarnya bodoh. Dah lah, malas aku nak ambil tahu. Lebih baik aku pergi ke perpustakaan sekarang.” gumam aku dan menjeling. Namun, belum sempat aku sambung berjalan ada manusia yang menarik lengan aku. Jeon Jungkook ?!



“Y—Yah ! Mwohae ?!”

Woi, berhenti bergaduh boleh tak ?!” ucap Jungkook yang mengabaikan soalan aku itu. Mereka berdua berhenti bertengkar dan tengok kitorang. Aku cuba menarik lengan aku dari tangannya tapi dia makin kuatkan genggaman supaya aku tak melarikan diri. Tch, apa yang dia cuba buat sebenarnya ?!



“Dia yang mulakan dulu !”



“Tak payah nak salahkan sesama sendiri ! Dua-dua sama sahaja ! Sebab tu lah korang berdua senang aku permainkan ! Heh, tak malu ke orang tengok kau berdua bergaduh ?!” marah Jungkook. Mereka berdua tersentap mendengar kata-kata Jungkook. Aku pula, masih bergelut dengan pegangan tangannya di lengan aku.



O—Oppa.



“Aku malas nak dengar apa-apa lagi. Sera, Ryeji kita putus. Sebenarnya, dari awal lagi aku tak ada langsung hati dan perasaan pada korang berdua. Korang ni lebih kurang macam, koleksi permainan aku sahaja.” acuh Jungkook. Mereka berdua mula buat drama airmata.



Apa salah kitorang pada oppa ? Kitorang sayang sangat dengan awak tau tak !”



“Heh, lantak lah kau nak cakap apa sekalipun. Ini keputusan aku, dan ianya muktamad. Lagipun, aku dah ada new girlfriend. Kalini, aku series dengan dia.. Kenalkan, Kim Hyerin.” ucap Jungkook dan memeluk bahu aku dengan erat. Aku melihat Jungkook dengan terkejut. Dua perempuan tu mula glare pada aku. Bukan mereka sahaja, semua peminat Jungkook yang ada di sekitar glare pada aku !

Magic Shop [BTS]Where stories live. Discover now