⚡Hoseok ⚡
Selepas teman kakak aku ke kelas pengajian dia, aku dengan Aeun berjalan-jalan di sekitar bandar Paris ni. Tapi, aku perasan sesuatu sepanjang dia berada di sebelah aku. Dia senyap, dia tak banyak bercakap. Dah dua minggu aku tinggal di sini, tapi baru harini dia lain betul. Aku memberhentikan langkah. Dia juga berhenti dan pandang aku.
“ Kenapa ? ”
“ Ani. Saya pelik dengan awak harini. Awak senyap semacam je. ” ucap aku. Dia mendongak memandang langit. Tiba-tiba, awan yang cerah tadi berubah menjadi warna kelabu. Tanda kalau hujan akan turun. Orang di sekeliling kitorang dah berlari sana sini nak cari tempat berteduh. Kilat pun mula menyambar secara kecil-kecilan.
“ Ada yang tak kena. Hati saya semakin tak tenteram. Sejak semalam, ada benda yang akan berlaku. Cuma, saya masih tak tahu apa. ” ucap Aeun. Aku memegang tangan dia dengan erat. Aku dapat rasa dia tengah menggigil. Aku harap, dia dapat tenangkan diri.
“ Awak jangan lah fikir macam tu. Saya yakin tak ada apa yang akan berlaku sekarang ni. ” ucap aku. Dia melihat aku dan tersenyum. Awan yang mendung berubah cerah semula. Aku mengeluh nafas lega. Aktiviti harian manusia pun berjalan seperti biasa.
“ Aeun !! ”
Kitorang berdua menoleh kebelakang apabila ada yang memanggil. Seorang perempuan berlari mendekati aku dan Aeun. Nafas perempuan tu tersekat-sekat. Mungkin sebab penat berlari. Kejap, aku macam pernah jumpa perempuan ni. Ah ! Dia pasangan Jungkook ! Apa yang dia buat dekat sini ?
“ Rin-ah ? Kenapa ni ? ”
“ Kau...kau kena berhati-hati sekarang ni. Akma tengah berusaha nak culik pasangan kita. Jungkook, dia dah kena culik. Jadi, sementara Hoseok masih selamat ni, kau lindungi dia ! Aku, kena pergi ingatkan Seolhyun. ” ucap dia. Aku dan Aeun tergamam seketika.
“ Apa dia ?! Kau okay tak ni ? Yang lain macam mana ? ”
“ Aku tak tahu. Maaf Aeun, aku kena pergi sekarang. Jumpa nanti. ” ucap Rin. Diri dia dikelilingi api dan dia terus hilang seperti debu. Aeun segera memegang tangan aku dan menarik aku pergi. Aku dapat rasa aliran elektrik di tangannya, yang membuatkan tangan aku sakit. Aku memaksa dia untuk berhenti dari berlari.
“ Tangan saya sakit.. ”
“ Mianhae, saya terguna kuasa saya terhadap awak. Saya..kena selamatkan awak dulu ! Saya tak nak awak digoda oleh akma ! ” ucap Aeun. Tiba-tiba, telefon yang ada di dalam poket seluar aku berbunyi. Aku terus keluarkan telefon itu dan menjawab panggilan.
YOU ARE READING
Magic Shop [BTS]
Historia CortaF A N T A S Y A pleasant situation that you enjoy thinking about but is unlikely to happen or the activity of imagining things. (One shot story with BTS) Written By Hyunjinee ||™ 2017