💫 S U G A 💫
‘KTANG!’
Aku ambil dua tin soda yang aku beli di mesin air ini. Kemudian, aku kembali ke bilik latihan. Herm, gelap semacam sahaja bilik ini. Mesti semua orang dah pergi rehat. Aku melihat Shimin yang bersandar di dinding dengan tangannya memeluk bantal yang memang sedia ada dalam bilik latihan ini. Aku mendekati dia dan duduk di sebelahnya. Aku meletakkan tin air itu di sisi aku.
“ Tch, tidur rupanya. ”
Aku belikan air ni untuk dia, dia tidur pula. Penat sangat agaknya berlatih menari seharian. Aku faham sangat perasaan dia. Dulu, masa mula-mula team aku belajar choreo fire tu pun, sumpah penat. Kitorang dulu sampai tertidur di bilik latihan dan malas nak balik dorm. Aku melihat wajah tidur Shimin. Perlahan-lahan, bibir aku mengukirkan senyuman. Bukan main syok lagi dia tidur.
‘Neo, jinjja yeppeo.’
Aku pandang depan dan ambil satu air tin. Aku buka air tin itu dan minumnya. Tiba-tiba, bahu aku terasa berat. Aku menoleh ke sebelah semula. Rupa-rupanya, kepala Shimin yang menyandar di bahu aku. Aku hanya tersenyum dan membiarkan. Biarlah dia berehat sekejap, nanti nak sambung latihan dia tak ada tenaga pula. Jantung aku berdebar seketika. Terasa macam dunia ni cuma ada aku dan dia pula.
“ Y—Yoongi. ”
“ Eung ? ”
“ Johahae. ”
(Saya suka awak)Terkedu aku dengar dia berkata begitu di dalam tidurnya. Dia ni mengigau dan tengah mimpikan aku ke sekarang ini ? Aku dapat merasakan kalau pipi aku diserang rasa hangat. Jantung aku pula semakin menjadi-jadi berdegup laju. Dia menggapai tangan aku dan genggamnya erat. Aku melihat dia dengan senyuman dan membalas genggaman tangannya. Aku tak boleh tipu perasaan aku lagi. Aku sudah mula sukakan dia.
“ Nado, neo johahae. ”
Aku memejamkan mata untuk seketika. Aku terfikir kalau perbuatan aku ini, salah. Kalau fans tahu aku sukakan orang lain, pasti mereka kecewa. Tapi, aku hanyalah manusia biasa yang ada perasaan dan hati. Aku membuka mata dan melepaskan tangan Shimin. Aku kena kawal perasaan itu. Aku tak nak kecewakan peminat aku dan aku tak nak carieer aku terbantut disebabkan benda remeh macam ni.
“ Yah ! Ireona. ”
Aku menggerak-gerakkan bahu supaya dia sedarkan diri. Kedua matanya terbuka dan dia mengalih kan kepalanya dari bahu aku. Dia menguap dan mengesat matanya. Aku mengeluh dan memberikan dia tin soda yang aku belikan tadi. Tapi, dia abaikan sebab masih mamai. Aku menggeleng dan menekapkan tin soda itu di pipinya. Dia terkejut apabila tin sejuk itu menyapa pipinya. Dia ambil tin air itu.
YOU ARE READING
Magic Shop [BTS]
Historia CortaF A N T A S Y A pleasant situation that you enjoy thinking about but is unlikely to happen or the activity of imagining things. (One shot story with BTS) Written By Hyunjinee ||™ 2017