| Requested by : @secret_Jay|
🔅Ah Ra 🔅
Aku berjalan masuk ke dalam sebuah rumah banglo yang baru sahaja aku sewa semalam. Beg bagasi yang aku tarik, aku sandarkan ke dinding. Wah, cantik betul rumah ni ! Dari luar rumah ni nampak sangat elegant dan style. Mesti bekas tuan rumah ni, orang-orang kaya. Dalaman rumah ni pula, ada banyak susunan perabot-perabot yang antik. Kena betul dengan taste aku. Tiba-tiba, aku teringat dengan pesanan orang yang menyewakan rumah ni pada aku. Ianya pesanan yang pelik.
“ Terima kasih pakcik Sam sebab bagi saya sewa rumah tu untuk sementara. Hehehe, saya tinggal tak lama pun. Mungkin dalam 2 minggu macam tu. Tak sangka pula pakcik Sam bagi saya rumah sebesar tu. Saya tinggal sendirian je Tuan. ” ucap aku dan mengambil gugusan kunci yang Tuan Sam berikan kemudian menunduk hormat tanda terima kasih.
“ Sama-sama. Tak apalah, dah alang-alang rumah tu dah lama tak ada orang sewa. Lagipun, kamu kan kawan baik kepada anak pakcik. Jangan risau, rumah tu memang sentiasa kemas. Jadi, kamu tak perlu susah payah membersihkan rumah besar tu. ” ucap Tuan Sam dan tersengih besar. Aku menganggukkan kepala tanda faham. Wah, senang lah kerja aku ! Its time to rest !
“ Baiklah ! Jinjja, kamsahamnida. ”
“ Tapi, pakcik nak ingatkan kamu tentang rumah tu. Herm, kamu boleh buat apa sahaja dalam rumah tu tapi kamu tak boleh bawa apa-apa benda atau apapun yang warna merah. Itu peraturan turun temurun rumah tu. Jadi, pakcik harap kamu dapat mengikuti peraturannya. ” pesan Tuan Sam dengan muka yang agak mencurigakan bagi aku. Aku mengangkat sebelah kening aku.
“ Boleh saya tahu kenapa ? ”
“ Herm, pakcik pun tak tahu nak jelaskan macam mana. Rumah tu kan dah lama, jadi adalah sejarah tersendiri dengan warna merah. Kamu hati-hati ya ? Kalau ada apa-apa cepat hubungi pakcik. ” jawabnya dan tersenyum manis. Aku mengangguk kepala tanda faham. Malas lah nak tanya lebih-lebih. Aku terus pergi ke rumah itu.
Tak kisah lah apa pun peraturan dan sejarah yang ada dalam rumah ni. Apa yang penting, aku suka dengan rumah ni. Ianya selesa dan harga sewanya berpatutan dengan bajet yang aku ada sekarang. Aku duduk di atas sofa dan mengeluh kepenatan. Huft, melayan kelas pagi buat badan aku kelenguhan tau tak. Sekarang, aku nak mandi dan berehat. Besok baru lah kita berjalan-jalan !
YOU ARE READING
Magic Shop [BTS]
Short StoryF A N T A S Y A pleasant situation that you enjoy thinking about but is unlikely to happen or the activity of imagining things. (One shot story with BTS) Written By Hyunjinee ||™ 2017