Dollhouse 💐 Jungkook

831 55 3
                                    

For : taenoob





🎎 Haizle 🎎






Aku memandang lelaki bernama Jeon Jungkook ini dengan penuh minat. Terlintas di hati aku untuk jadikan mangsa pembuatan patung yang seterusnya. Bukan dia sahaja, sahabatnya Taehyung juga perlu jadi mangsa aku.





Bukan apa, aku cuma nak figura manusia yang cantik dan sempurna untuk jadi koleksi patung aku. Aku taknak yang cacat cela berada di dalam rumah patung aku. Hahaha, macam mana aku nak umpan diorang ni ?






" Haizle, malam ni ada prom night. Kau pergi tak ? " tanya sahabat aku Yunmi. Aku mengangguk dan tersenyum. Mestilah aku pergi, aku nak umpan mereka.






" Jungkookie, Taehyungie. Rumah korang dekat dengan rumah aku. Kita pergi sama-sama nak tak ? Aku takut lah sensorang. " ucap aku. Mereka berdua saling berpandangan.





" Boleh je. "






" Terima kasih tau ! " ucap aku. Aku bangun berdiri dan mengangkat buku yang banyak tu. Aku diberi arahan oleh Miss Cassie untuk hantar semua buku ni dekat meja dia. Tiba-tiba, separuh buku diambil.





" Biar aku tolong kau. "






Aku melihat Jungkook seperti tak percaya. Aku rasa ini kali pertama dia bercakap dengan aku. Biasanya mulut Taehyung je yang bising. Aku rasa lain macam pulak. Kitorang berdua sama-sama pergi ke bilik guru. Lepas letak buku, kitorang berjalan ke kelas.






" Terima kasih, sebab tolong aku tadi. " ucap aku. Dia mengangguk. Jungkook ni dikenali sebagai lelaki yang dingin dan pendiam. Namun, wajahnya yang kacak telah menarik minat semua orang. Bukan perempuan je, lelaki pun ada.






" Sama-sama. Orang perempuan yang cantik macam kau tak sepatutnya angkat benda berat. Nanti tangan kau kasar. " ucap Jungkook. Aku tersentap seketika. Dia cakap aku cantik ?






" U-urm, tak berat mana pun. "






Tiba-tiba, ada orang langgar aku sampai buat aku macam nak jatuh. Tapi, Jungkook laju menangkap pinggang aku dan mendekatkan tubuh aku ke tubuhnya. Tangan aku melingkari lehernya. Jantung mula berdebar bila mata kami bertaut.






" Kau okay ? "






" A-aku okay. "







Persoalannya, patutkah aku jadikan dia sebagai patung ? Kenapa aku jadi berbelah bahagi pulak ni ? Tak boleh. Kau tak boleh terpedaya dengan tarikan dia. Aku mengundur daripada nya. Suasana kekok ini, perlu dielakkan.







" Kau tahu tak Haizle, tengok kau dari jarak dekat telah membuktikan kalau perempuan ni, ciptaan yang cantik. Kau patut lindunginya. " ucap Jungkook dan usap kepala aku.






" Kenapa tiba-tiba cakap benda macam ni dekat aku ? Selama ni, kau tak pernah bagi ayat yang macam tu. " ucap aku. Dia mendekatkan bibir ke telinga aku.





" Aku suka kau. "






Jungkook terus beredar setelah melafazkan kata tu. Aku yang tercengang hanya diam. Dia sukakan aku ? Atas dasar apa ? Kenapa tiba-tiba je ? Kitorang tak pernah bermesra dan berbual, tapi dia boleh selamba cakap yang dia suka aku.






Magic Shop [BTS]Where stories live. Discover now