| Requested by : @_ParkMirae |
K i m N a m j o o n
—N a m j o o n
Hujan yang lebat mula membasahi muka bumi sama seperti airmata di pipi aku. Aku merenung makam itu dengan perasaan sedih. Aku kehilangan dia buat selamanya. Ya, Hani. Perempuan yang paling aku cintai. Dia pergi disebabkan aku ! Ini semua salah aku ! Aku lelaki pengecut yang tak mampu melindungi dia. Aku benci diri aku sendiri. Aku biarkan diri aku dibasahi hujan. Kaki aku mula melemah dan akhirnya aku terjatuh melutut di depan makamnya.
“Maafkan saya, Hani.”
“Geumanhae, Namjoon-ah. Jangan terus salahkan diri kau.” ucap Jin hyung yang berada di sebelah aku bersama payung. Aku menggeleng dan mengusap wajah dengan kedua tangan aku. Apa patut aku buat sekarang ni ? Aku dah penat melalui semua ini. Jin hyung mengeluh dan meletakkan tangannya di bahu aku.
“Hiks..nan eotteohkeyo hyung ? Ayah aku yang bunuh dia. Hiks..”
“ Dah, jom balik. ”
Jin hyung terus memapah aku dan membawa aku pulang ke rumah. Ye, betul. Hani dibunuh oleh ayah aku sendiri di hadapan aku. Ianya sebab Hani cuba membongkar identiti ayah aku yang merupakan mafia dan menjual dadah itu kepada polis. Aku tahu, niat dia nak melindungi aku dan dia nak aku berhenti dari terus membantu ayah aku. Dia sangat baik.
Tapi, kenapa dia pulak yang pergi.
◈◈◈◈◈◈◈
—A week later
Genap seminggu aku tidak hadir ke sekolah atas sebab kemurungan. Aku masih tak boleh terima pemergian nya. Tapi, atas semangat diri aku tetap pergi ke sekolah. Aku tak nak Hani kecewa bila tengok aku terus depress. Cuma aku masih trauma sebab bila berdiri di depan pagar sekolah, aku teringat dengan Hani yang sering menyapa aku bersama senyuman manis di bibirnya. Cis, hati aku sakit bila mengingatinya. Aku mengeluh kecil dan berjalan masuk ke kawasan sekolah.
YOU ARE READING
Magic Shop [BTS]
Short StoryF A N T A S Y A pleasant situation that you enjoy thinking about but is unlikely to happen or the activity of imagining things. (One shot story with BTS) Written By Hyunjinee ||™ 2017